Pages

Oct 1, 2013

Proses Pendaftaran Postgraduate UITM-Story 2

Salam semua,

First story berkisar mengenai prosedur registration.

Setelah selesai semua proses, nak kena ambil kad matrik dekat Infotech, Tingkat 6, menara SAAS

Kalau dari pintu depan UITM (Seksyen 2), belok kanan dan terus jer sampai la jumpa simpang (satu terus dan naik bukit dan satu lagi ke kiri, yang kanan tue one way dan tak boleh masuk).terus jer naik bukit sampai nampak bangunan tinggi, itulah menara tue..ada parking kat atas tue tapi mostly penuh.better datang berteman ,yang boleh tunggu dalam kereta.

direction nak ke MENARA SAAS

oklah, sampai aku kat Menara SAAS, perlu cari lift.signboard lift agak memeningkan..ada dua lift, lift yang pertama untuk staff. yang lift untuk student sebelah surau lelaki.

kalau masuk lift staff, akan terus ke pintu belakang infotech dan tak dapat nak ke bahagian kaunter infotech tue. jadi better ikut lift student.

sampai jer depan kaunter dan bagi slip untuk ambik kad matrik.staff kat situ cakap kad aku tak ada dan ada kat fakulti. sebelum tue, aku baru jer pergi fakulti untuk tanya pasal kad matrik..dan fakulti kata tak simpan kad aku.kawan aku dapat pulak kad sedangkan aku dan dia dari fakulti yang sama.

Staff tue check lagi dalam komputer pun masih tak jumpa kad aku..dia suruh pergi fakulti.and then, aku cakap kat dia yang aku dah check kt fakulti dan memang tak ada.aku hampir silap cakap yang kad tue kat IPSIS. mula2 aku ingat infotech adalah sebahagian dari IPSIS. Infotech adalah jabatan lain. terus staff tue macam nak suruh aku pegi IPSIS(kat intekma). aku tekankan kat dia yang memang fakulti cakap kat infotech.

Last2 staff tue cari sekali lagi dan baru jumpa kad aku. nasib baik la aku dah check dengan fakulti, kalau tak, memang jadi bola la aku nie..

nak mudahkan kerja, lain kali call jer fakulti dulu.yang aku nie, dah sampai tingkat bawah fakulti, baru terasa baik call dulu.kalau tak, lagi la penat nak menapak ke tingkat 7, FKA.

aku dah complaint dlm FB ipsis tentang prosedur yang menyusahkan nie dan jawapan mereka, infotech bukan diuruskan oleh mereka..

untuk pengetahuan semua, access parking berpalang pun diuruskan oleh infotech gak.untuk nak mohon, just pergi kat post pengawal (kalau kat map kat atas, cari INFORMATION COUNTER), jalan sebelum ke menara, bukak dari Isnin hingga Khamis (pukul 12 tengahari hingga 3 petang). dan kena bawak borang (boleh ambil kat infotech tingkat 6).kat situ ada no siri.setiap kad ada no siri yang lain.

boleh gak email , tapi aku tak ingat pulak email (depan post pengawal tue ada maklum).


LinkWithin