Pages

Showing posts with label mara. Show all posts
Showing posts with label mara. Show all posts

Sep 8, 2014

Status Mara terkini

Assalamualaikum.

sedikit lega hari nie bila check e-baki mara yang pasal aku dah kena blacklist tue..tulis "account under query". sebelum nie status kat situ active.

tapi tak pasti pulak still blacklist atau x.penat dah sebenarnya nak follow up. every month selalu call tapi tak ada progress pun.yang baru2 nie pun sebab mengadu kat kawan sebab dia polis bahagian fraud dan ada sedara dia pulak keje mara.

maybe sebab tue lah status dah berubah..harap2 ok lah..sebab memang tak buat pun kan pinjaman pendahuluan tue..


Nov 15, 2013

Penafian Pinjaman pendahuluan MARA-story 3

Aku dah banyak kali call En Irman (MARA Penang) untuk tanya adakah dia dah keluarkan surat pelepasan hutang. Boleh dia kata yang dia tiada kuasa untuk buat macam tue. Jadi siapa yang bertanggungjawab untuk keluarkan surat pelepasan tue?? lepas tue dia suh aku contact orang lain (En Ali, bahagian penguatkuasaan,Penang). dan bila aku call En Ali, dia kata sepatutnya En Irman yang keluarkan.

Aku dah pening siapa sebenarnya yang bertanggungjawab atas kes aku nie.

Bila aku call MARA KL, dorang bagitau aku yang diorang perlukan satu surat dari MARA Penang yang mengatakan aku tak buat pinjaman untuk clearkan nama aku. sKL x boleh buat apa2 sebab pinjaman tue dikeluarkan kat penang. apa yang susah sangat ntah, semua maklumat aku dah bagi. laporan polis pun dah buat. surat dah bagi .buatlah penyiasatan. ini tidak, nak keluarkan surat pun bagi macam2 alasan. 

Serius aku dah sakit hati sangat2 dan kecewa sebab banyak dah duit dan masa aku terbuang sebab nak tau status penafian nie.tiap2 bulan aku call, tapi macam nie la..tak ada apa pun yang diorang buat.

padahal aku nie teraniaya.nampak sangat dokumen2 peribadi aku macam IC dah disalahgunakan. kalau tak, macam mana tiba2 nama aku ada buat pinjaman pendahuluan kat penang.dan aku syak dorang yang jahat nie guna ic aku masa aku buat pinjaman pelajaran utk master aku dulu (september 2011). dan kat mara penang, dorang memang tak dapat nak detect dokumen2 aku.

untuk makluman semua, pinjaman pendahuluan nie hanya boleh dibuat kat mara negeri yang berhampiran tempat tinggal. aku nie alamat tetap pun kat kedah, tiba2 logik ker aku buat pinjaman kat penang.dan aku tak pernah pun menetap kat penang tue.

geram betul dan sakit hati. mentang2 lah aku nie orang biasa. tapi aku tau allah maha adil. hanya allah yang dapat membalasnya atas sikap manusia yang menganiaya orang macam aku nie. tiba2 aku rasa serik buat pinjaman dengan MARA. tak pasal2 bertambah hutang yang aku memang tak buat. 

apa la tindakan yang patut aku buat, boleh ker aku buat report pada tibunal pengguna.? report polis pun macam tak ada apa jer..ker patut aku failkan kes kat lawyer. ??

Sep 12, 2013

Penafian Pinjaman Pendahuluan MARA-story 2

Salam semua,

Today, after hampir sebulan aku dah email salinan report polis berhubung penafian pinjaman pendahuluan MARA, aku call En. Irman (MARA Penang). yang membuatkan aku terkejut tue, dia tanya aku seperti baru first time dengar kes aku nie. sebelum nie aku deal dengan En. Azahar, Timbalan Pengarah. tapi aku call hari tue, dia dah ditukarkan ke Kuantan. 

Boleh en irman tanya aku, macam mana aku tau yang aku ada pinjaman pendahuluan dengan MARA, berapa no akaun pinjaman pendahuluan tue. ? aku rasa aku dah explain semua nie before and dalam email.

dari bulan 4 aku dah report pasal kes ni kat MARA KL. lepas tue baru MARA KL suruh aku contact MARA Penang. semua nie ambil masa berbulan2. aku dah submit surat kat MARA Penang dari bulan 6 lagi. now dah bulan 9 dah pun, xkan xdek action. aku dah email semua dokumen yang diperlukan. surat penafian, report polis, skrol ijazah, skrol matrik untuk nak membuktikan yang aku tak pernah buat pinjaman pendahuluan tue.

please la organize properly. note down dalam fail apa yang dah jadi. perbualan telefon, etc. bila pegawai lain ambil alih,have to explain back from A-Z. time and money wasted. 

lepas tue, different branch lain pulak. aku call mara KL, puan normah bagitau yang dia x boleh buat apa selagi tak ada surat dari MARA Penang yang mengatakan aku tak buat loan.tapi bila aku call MARA Penang, dia cakap lain pulak, as if dia x tau yang dia perlu bagi surat kat MARA KL. please la do something about surat2 nie..aku dah letih asyik call MARA, email. and then have to pergi balai polis buat report.

kalau nak blacklist and minta orang buat bayaran, cepat pulak jadual semua dikeluarkan. tapi kalau nak clear nama orang yang teranaiya macam aku, punya la ambil masa

Rasa macam nak ambil legal action jer to them. They have wasted my time and money. Disturb mentally and emotionally. But worth it ker dengan loan RM2000 tue??


contoh surat penafian pinjaman pendahuluan MARA


p/s: sabarlah wahai hati :(


Aug 19, 2013

Tak pasal2 aku kena blacklist dengan MARA!!!!!bukan salah aku-Story 1

Asssalamualaikum..

Geram betul aku rasa ngan MARA nie..aku x pernah buat pun pinjaman pendahuluan tue..Aku dah hantar surat penafian sejak bulan 4 lagi..sekarang dah bulan 8 dah pun..MARA KL x dapat nak buat apa2 sebab pinjaman tue dibuat kat MARA negeri..yang aku geram tue, dah la kat MARA Penang. Aku nie asal pun alor setar, kedah..x pernah langsung menetap kat penang tue..logik ker aku gi buat loan kat penang.. and then nama2 penjamin adalah orang yang sama iaitu ayah aku. sedangkan bukan sepatunya penjamin2 adalah orang yang berlainan. pastu pegawai MARA tue cakap pinjaman dibuat untuk diploma kat kolej medikal pinang..aku x pernah ambik diploma pun, aku straight belajar dari matrik terus ke degree. degree aku pun dalam environmental science..geram betul lah..mula2 suruh aku hantar surat penafian..email kt MARA KL. pastu bila aku follow up balik..kena hantar kat MARA Penang pulak..tadi aku call MARA Penang, dia kata aku kena gi wat report SPRM . Polis pun boleh..aku nie macam bola dah aku rasa..kenapa x bagitau awal2 dulu aku kena gi wat report. dalam e-baki memang tak ada maklumat bila and kat mana kita ambil loan tue.semua kena tanya kat orang MARA.

inilah loan yang aku tak buat tue!!!!

alamat penjamin dan dua2 penjamin adalah orang yang sama.


dah la aku nak sambung belajar bulan depan..biasiswa pulak tue..risau pulak tiba2 aku sangkut..xkan lah aku nak bayar kan dulu..confirm2 lah, MARA xkan bagi balik duit aku..dan bukan aku yang buat loan tue..yang aku pelik, en azahar dari MARA penang tue kata surat beranak aku ,mak, ayah ada dlm simpanan..tapi fail aku x jumpa..boleh pulak gitu..kalau buat pinjaman, sure kena ada perjanjian semua kan..offer letter tempat kita nak belajar..pastu, bila aku tanya apa next action, dia kata sprm akan cari dia..pastu bila nama aku nak clear. dah la aku google2, ambik masa 3-6 bulan jugak untuk clearkan nama..

aku dapat tau pasal pinjaman pendahuluan nie pun masa aku register e-baki sebab aku nak tengok baki pinjaman pelajaran masa aku master. masa aku degree, pinjaman aku dengan ptptn sebab study kat upm..tup2 keluar lah pinjaman pendahuluan nie.aku pun pelik lah, ingatkan sebahagian dari pinjaman master aku, buka details penjamin. dua2 penjamin nama ayah aku dan alamat aku kat penang..

apala nasib aku nie..sapa la yang jahat aniaya aku sampai macam nie..walaupun amount pinjaman tue x banyak mana, RM 2000, aku x sanggup nak bayar sebab bukan aku yang buat pinjaman. if memang betul aku yang buat, off course aku akan bayar. sebab bayar hutang adalah "WAJIB".


sedihnya....mintak2 la biasiswa aku xdak masalah nanti.dah la kerugian masa dan wang sebab selalu terpaksa call pegawai yang bertugas kat MARA penang tue (Encik Irman). dah la selalu tak ada kat ofis.rasa macam nak pergi jer MARA Penang tue dan confront dengan mereka. tapi berbaloi kah dari shah alam nak pergi penang. kalau kat MARA KL, dah lama aku redah jugak ke sana.


Apr 26, 2011

PSYCHOMETRIC TEST

Salam semua,

Sapa yg tau apa dimaksudkan pyscho test nie.bunyi mcm gerun ja..mcm nk pyscho kita ja kn..
jadik apa lg, aku pn tnya la encek google..tnya2 encek google , terjumpa 1 penerangan yg agak memahamkan la.
Kt bawah ada la penerangannya.

Psychometric Tests are measures of the mental skills, aptitudes and personality traits of people. Only tests that have been “standardized” for their “reliability” and “validity” should be used to get correct results. Psychometric Tests are behavior samples that are uniform, objective and interpretable. They are designed to gauge individual differences.
These tests help the student community to identify careers in which they would be successful and select educational courses accordingly.
Test the child for his/her IQ, aptitude and career preferences through our specialized psychometric tests and scientifically assess his/her intelligence levels, career interests and core aptitude.
penerangan yg lebih jelas
"Psychometric Test will revel your Natural Motivation, Your Interests, Your Preferences, Your Inclinations, Your Outlook, Your Aptitude, Your Potential, Your Personality, Your Intelligence….The REAL YOU"
drp pembacaan aku ,test ini adalah test yg menyeluruh yg melibatkan iq, sahsiah, pengetahuan am.tp x tau la plak ada esei ker tidak..
p/s: sapa2 yg ada penerangan yg lebih jelas, tlg komen k..(^_^)..woot2...ada test nie...wish me luck..tenkiu2..

LinkWithin