Pages

Showing posts with label uitm. Show all posts
Showing posts with label uitm. Show all posts

Apr 22, 2017

Apa perlu buat bila kad pelajar UITM hilang ??

Assalamualaikum semua,


Kali nie memang stress jugak la.tiba2 jer lesap kad pelajar.. puas cari satu rumah, dalam kereta tapi tak jumpa jugak..nak masuk uitm jadi susah sebab tak boleh nak lepas palang.. nak masuk bilik postgrad pun jadi susah.


Adoiiii...


Last2 terpaksa la pergi buat kad yang baru. Nie aku senaraikan langkah-langkah yang perlu dibuat


1) buat report kat polis bantuan UiTM.


2) Bayar denda RM30, boleh bayar kat kaunter bendahari dalam polis bantuan tue.
UPDATE 2018-BOLEH BAYAR DIKAUNTER BENDAHARI ZON 6 DI TINGKAT 3 MENARA SAAS

3) Pergi menara SAAS tingkat 6 (bahagian infotech), ada lift tau, lift berdekatan surau lelaki.


tunjuk resit dan salinan report polis bantuan, kat sini dia akan tanya nak tangkap gambar baru atau guna yang lama.. So, aku pilih yang lama jer...senang..


dan tunggu sekejap...tadaaaa. 5 minit dah siap on the spot..yang nie lah part paling best :)


dah tue...aku kena la aktifkan akses untuk parking berpalang.. yang nie leceh sikit..
sebab kena daftar stiker kereta dulu kat student portal.pergi kat bahagian eHep



seterusnya kat bahagian permohonan stiker. klik permohonan. kat sini perlukan maklumat kereta macam no road tax. dan detail pasal lessen memandu (bila expiry, no lessen memandu).
dah siap boleh klik semakan. pastikan status tulis disokong.kemudian klik la cetak. bawa cetakan tue ker bahagian keselamatan untuk ambil stiker (harga RM2).

dah ada stiker barulah boleh teruskan ke bahagian untuk aktifkan palang. guna system online. boleh klik kat sini.klik kat borang permohonan. cuma pilih jenis permohonan.dan yang lain info semua automatic akan ada sendiri (no stiker, nombor wigend).

SISTEM PENDAFTARAN PARKIRAN BERPALANG (SPB) UiTM SHAH ALAM

borang permohonan spb uitm
Borang permohonan spb uitm
dah setel tekan hantar.boleh semak status kat status permohonan. kita akan dapat email bila dah diluluskan. selalu sehari dua dah dapat dah.
status spb uitm

contoh email lulus

untuk akses ke bilik postgrad pulak, kena jumpa bahagian teknikal dan daftar semula sebab kad baru kan..

ok la..the end..satu hari dah boleh buat semua..dengan syarat buat dari pagi..

kat sini aku sertakan sekali no telefon untuk rujukan, senang tak clear apa-apa, call dulu Tanya.

INFOTECH  Tel : +603 5544 2203

POLIS BANTUAN UITM
WAKTU URUSAN PEJABAT DAN KAUNTER PEMBAYARAN SAMAN DAN PEMBELIAN PELEKAT KENDERAAN
ISNIN - KHAMIS
8:00AM - 1:00PM...
1:00PM - 2:00PM (REHAT)
2:00PM - 5:00PM

JUMAAT
8:00AM - 12:15PM
12:15PM - 2:45PM (REHAT)
2:45PM - 5:00PM
SABTU/AHAD CUTI UMUM (CUTI)
TALIAN KECEMASAN 24JAM POLIS BANTUAN UiTM SHAH ALAM
03-55442157 / 03-55443999

SPB UITM .Tel: 03-55448050 atau email ke spbuitm@salam.uitm.edu.my untuk sebarang pertanyaan lanjut




Feb 8, 2015

Dugaan ketika menuntut ilmu

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّح

Dalam menuntut ilmu nie kan yang penting sekali kena menjaga nawaitu.sebab tue menuntut ilmu kan dikatakan jihad.tak mudah sebenarnya nak menuntut ilmu.tambah2 banyak dugaan.macam pelajar phd nie.selalu orang akan tanya aku,ada kelas ker,tak pergi ker.

Sebenarnya phd nie mana ada kelas dan exam.walaupun ada jugak yang ada class.tapi rasanya tak banyak phd yang ada class.kebanyakan memang tak ada class dan tak ada exam.

Sebab tue aku cakap senang betul nak lalai.sebab we are the  boss.nak buat keje tak nak buat ikut suka kita.tapi kalau kita tak buat kerja.macam mana nak siap kan research kita.phd nie ada stage2 yang perlu kita buat.

~bersambung


Jan 14, 2015

Apa itu Defence Proposal,DRP

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحي

Hari nie jadual agak busy..sibuk menyiapkan correction untuk DRP (defence proposal).lega jugak dapat pass with minor correction.meh nak share sikit apa itu DRP.DRP nie selalu jugak jadi igauan ngeri bagi pelajar research.setiap fakulti dan universiti ada rules berbeza.ada student yg wajib DRP pada sem 1.macam fakulti civil kat uitm,wajib drp pada sem 2.kalau dulu rules boleh lagi drp pada sem 3.
DRP nie ada fak wajib.dah lulus DRP baru boleh teruskan research.bagi aku lah,nama pun proposal kan.kita baru nak proposed idea kan.tak perlulah nak 100% perfect.sebab sepanjang research ,sure kita akan jumpa benda yg baru,benda yg di luar kotak pemikiran.hasil daripada buat literature review(LR).Dan aku rasa part LR yang paling penting.macam kita bina rumah lah.kena ada tiang yang kukuh.memang kena banyak membaca.dunia ilmu nie sangatlah luas.

Dan aku paling suka baca idea Dr O.T yang tekankan x payah nak proposal sampai beratus2 muka surat.bagi aku apa guna kalau beratus muka surat,tapi banyak merapu ja.buku2 dia banyak buka minda aku dan aku rasa buku2 nie kita kena baca sebelum plan nak buat research lagi.

Hasil daripada proposal yg dah direview oleh panel2.boleh la digunakan untuk apply grant,siapkan chapter 1-3.yes..aku patut dah siap semua tue by semester nie..

Ok lah.itu saja share untuk kali ini.

Nak sambung buat keje :)

Nov 16, 2013

Adakah namaku rercicir dalam senarai biasiswa SLAB/SLAI 2013

Bismillah,

Sungguh pening bila pikir yang ada kemungkinan nama aku tercicir dalam senarai pemegang biasiswa. Sebabnya sampailah sekarang, aku tak dapat email pun dari pihak slab/slai. Semua kawan2 aku dibawah skim yang sama dah dapat email. 
Wondering jap

Yang paling mengejutkan aku, aku hantar dokumen perjanjian tue by hand pada khamis lepas. dan semalam (jumaat), member aku dah dapat elaun. seminggu jer proses. Aku hantar sekali dengan member aku tue dan kitorang satu skim. Tak ke pelik..Risau pulak aku..Adakah nama aku tercicir eh.Aku dah try call KPT hari jumaat tue, tapi nobody answer. 

Nampaknya isnin nie kena call lagi la. dan cuba email lagi. Senarai email dan no telefon KPT boleh click DISINI 

Elaun aku katanya dibagi sampai la bulan 1. Elaun dari uitm xtau pulak bila dapat, dengar khabar, uitm baru nak proses borang perjanjian dengan UITM pulak..mesti lambat lagi nak dapat. Tapi kalau dapat elaun KPT nie walaupun x banyak tapi bolehlah meringankan sket beban. stress gak bila pikir, yer lah..aku dah la nak bersalin kot..lagi sebulan jer pun...Mak jemah RISAU nie...kang x pasal tekanan darah aku mencanak naik..tarik nafas..tarik..hembus...

meh la join MAK jemah bersenam..MEH  meh..


KEEP CALM AND THINK POSTIVE 

Nov 7, 2013

Panduan untuk mengisi perjanjian SLAB/SLAI

Salam semua,

Kat sini aku nak listkan perkara2 yang penting dalam mengisi dokumen perjanjian untuk dihantar ke KPT,

Antaranya ialah:


  • Guna pen hitam dakwat biasa
  • Tak boleh liquid


  • Penjamin 1
Ibu bapa boleh jadi penjamin dan perlu jadi penjamin 1. syarat umur dan pendapatan dikecualikan



  • Penjamin 2

mestilah berumur 45 tahun ke bawah


  • Saksi

mesti dari pegawai kerajaan gred A, ketua Kg, Pengetua.


  • Stamping atau matikan setem hasil

Dibuat kat pejabat hasil, RM10 setiap perjanjian, kalau kat shah alam (kat plaza perangsang tingkat 9, bersebelahan hotel quality, depan sacc mall)
tak perlu bawa setem hasil, nak bawa pun boleh
waktu urusan kaunter
isnin-khamis: 8pg hingga 3ptg
jumaat :8pg-12.15tghri
           2.45-3.45 (untuk urusan matikan setem hasil sahaja)


  • Tarikh stamping

pastikan tarikh dalam perjanjian sama dengan tarikh matikan setem.


  • Initial sign
atau sign ringkas disetiap helai dokumen perjanjian, sila ikut contoh panduan



  • Alamat

mestilah alamat rumah dan bukan pejabat untuk setiap yang terlibat kecuali saksi.


Nov 2, 2013

Akhirnya dapat juga Tawaran Biasiswa Slab/Slai 2013

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Alhamdullilah syukur sangat2..At last dapat jugak tawaran biasiswa slab/slai nie..dah hantar application since tengah september lagi..hantar kt jpbsm, uitm and then dorang yang hantarkan ke kpm.masa tue tak sempat masuk meeting untuk september sebab dah lepas. jpbsm akan hantar dokumen2 tue setiap hari jumaat. 
setakat nie dah 2 kali aku buat penangguhan yuran uitm kat ipsis sebab belum dapat surat tawaran slab.once dah dapat, tak payah buat penangguhan, cuma bagi jer surat tawaran tue kat bendahari.
pastu next meeting dijadualkan pas raya haji.kena selalu call kpm untuk tanya bila meeting dan untuk check nama dah masuk dalam meeting belum.
aku dah start risau bila ada kawan2 dah dapat email berjaya tapi aku belum dapat lagi. 
apa lagi, aku pun call kpm kat no nie 0388881616 untuk bahagian biasiswa slai, operator yang akan jawab, pastu tekan 2 untuk pertanyaan mengenai slab/slai. pastu tunggu la sampai ada orang angkat..kadang2 sekejap jer orang angkat, kadang2 lama..tapi setakat nie ok jer,mesti ada orang yang angkat..aku tanya la status aku kan..dia mintak no ic and then aku punya dah masuk meeting..just kena tunggu email untuk surat tawaran. mereka masih dalam proses nak email sampai la next week..
aku pun tunggu la punya tunggu sampai la ke petang..tak dek pun email sampai la ke malam.
last2 aku try check kat link nie https://payloan.mohe.gov.my/ez-offer/ .before tue aku dah check memang tak dek lagi..
and then tadaaa...fuh...at last ada gak walaupun aku lum dapat email lagi.. syukur..
pas nie kena la start isi2 dokumen2 yang diperlukan..banyak gak nak kena prepare. medical check up, akaun bank islam, dokumen perjanjian..yang medical check up ada ujian hepatitis and biasanya ambil masa 3 hari untuk ujian tue..ada tempoh 14 hari jer untuk hantar balik dokumen2 yang diperlukan..ok..mari mengisi..
tawaran slab/slai


Oct 1, 2013

Proses Pendaftaran Postgraduate UITM-Story 2

Salam semua,

First story berkisar mengenai prosedur registration.

Setelah selesai semua proses, nak kena ambil kad matrik dekat Infotech, Tingkat 6, menara SAAS

Kalau dari pintu depan UITM (Seksyen 2), belok kanan dan terus jer sampai la jumpa simpang (satu terus dan naik bukit dan satu lagi ke kiri, yang kanan tue one way dan tak boleh masuk).terus jer naik bukit sampai nampak bangunan tinggi, itulah menara tue..ada parking kat atas tue tapi mostly penuh.better datang berteman ,yang boleh tunggu dalam kereta.

direction nak ke MENARA SAAS

oklah, sampai aku kat Menara SAAS, perlu cari lift.signboard lift agak memeningkan..ada dua lift, lift yang pertama untuk staff. yang lift untuk student sebelah surau lelaki.

kalau masuk lift staff, akan terus ke pintu belakang infotech dan tak dapat nak ke bahagian kaunter infotech tue. jadi better ikut lift student.

sampai jer depan kaunter dan bagi slip untuk ambik kad matrik.staff kat situ cakap kad aku tak ada dan ada kat fakulti. sebelum tue, aku baru jer pergi fakulti untuk tanya pasal kad matrik..dan fakulti kata tak simpan kad aku.kawan aku dapat pulak kad sedangkan aku dan dia dari fakulti yang sama.

Staff tue check lagi dalam komputer pun masih tak jumpa kad aku..dia suruh pergi fakulti.and then, aku cakap kat dia yang aku dah check kt fakulti dan memang tak ada.aku hampir silap cakap yang kad tue kat IPSIS. mula2 aku ingat infotech adalah sebahagian dari IPSIS. Infotech adalah jabatan lain. terus staff tue macam nak suruh aku pegi IPSIS(kat intekma). aku tekankan kat dia yang memang fakulti cakap kat infotech.

Last2 staff tue cari sekali lagi dan baru jumpa kad aku. nasib baik la aku dah check dengan fakulti, kalau tak, memang jadi bola la aku nie..

nak mudahkan kerja, lain kali call jer fakulti dulu.yang aku nie, dah sampai tingkat bawah fakulti, baru terasa baik call dulu.kalau tak, lagi la penat nak menapak ke tingkat 7, FKA.

aku dah complaint dlm FB ipsis tentang prosedur yang menyusahkan nie dan jawapan mereka, infotech bukan diuruskan oleh mereka..

untuk pengetahuan semua, access parking berpalang pun diuruskan oleh infotech gak.untuk nak mohon, just pergi kat post pengawal (kalau kat map kat atas, cari INFORMATION COUNTER), jalan sebelum ke menara, bukak dari Isnin hingga Khamis (pukul 12 tengahari hingga 3 petang). dan kena bawak borang (boleh ambil kat infotech tingkat 6).kat situ ada no siri.setiap kad ada no siri yang lain.

boleh gak email , tapi aku tak ingat pulak email (depan post pengawal tue ada maklum).


Sep 30, 2013

Cara nak tangguhkan yuran pengajian UITM

Salam semua,

Syukur alhamdullillah yuran pengajian dapat ditangguhkan sehingga 31 october 2013..Mula2 aku ada buat kaedah yang hantar email ke bahagian kewangan (rujuk kat Facebook bahagian kewangan UITM) , tapi no respon pun.last2 jumpa dekan ipsis sendiri setelah ada kawan inform yang dia berjaya dapat sehingga 30 nov 2013.

surat penangguhan yuran uitm


Prosedur permohonan:

  1. Sediakan surat rasmi untuk penangguhan yuran(letak details no pelajar, nama penuh, no ic) dan nyatakan sebab nak minta tangguh.
  2. minta sokongan dari dekan fakulti, timbalan dekan pun boleh.
  3. jumpa dekan ipsis(Tingkat 2, Blok 8, intekma resort), bawa bersama surat penangguhan yang dah dicop oleh dekan/timbalan fakulti. kalau ada surat tawaran biasiswa, bawa bersama untuk tunjuk jer..
  4. setelah dapat penangguhan, pergi bendahari, blok yang sama (tingkat 3,Blok 8, intekma resort), bagi yang original , photostat untuk salinan sendiri (boleh minta pejabat ipsis buatkan).

sebelum habis tarikh penangguhan, kena ulang prosedur kat atas untuk buat penangguhan lagi sampai la dapat surat biasiswa dari KPT (tak ada limit nak mohon berapa kali) untuk student research tapi kalau student yang ada exam (biasanya sehingga sebelum ambil exam).


Sep 21, 2013

Kursus PHD Research Methodology di UITM Kota Bharu

Salam semua,

Sebenarnya dah lama nak cerita pasal kursus nie..kursus nie berlangsung selama 3 hari iaitu dari 2 Sep 2013 hingga 4 Sep 2013 di UITM Kota Bharu anjuran ILQAM, UITM.

Actually kursus nie untuk zon pantai timur tapi sebab coordinator PSPM kat IIESM nak try kejar meeting KPT yang dikatakan akan buat pada pertengahan bulan 9. kami seramai 4 orang nie dicampak ke zon pantai timur..

Penginapan semua ditanggung tapi kos perjalanan kena bayar sendiri.. Pemberitahuan pasal kursus nie pun agak lambat, hari rabu petang baru dapat email pasal kursus nie. 

Dari shah alam nak ke kota bharu ambil masa 6 jam kalau naik bas.aku apa lagi terus cepat2 booking tiket flight.kalau lagi lambat memang mahal. pastu naik flight ambil masa 45 minit jer..

aku dah la tengah menjadi mak buyung. letihnya nak dok dalam bas lama-lama. tambahan pula aku memang tak suka naik bas. dari kecik lagi aku memang x suka naik bas atau keta yang pasang air cond. semua akan menyebabkan aku rasa pening2 dan nak muntah. itulah dipanggil "travel sickness" atau "mabuk perjalanan". dulu aku selalu ambil ubat untuk travel sickness (macam kat bawah nie). ada jual kat watson. kena makan 30 minit sebelum perjalanan. pas makan, confirm terus ngantuk.


pinjam sat
Aku berjaya dapat harga promo yang tak adalah murah sangat. tapi boleh lah. biasa kalau betul2 murah, boleh dapat RM36 hengget. Ini aku dapat RM62 dan balik RM89. total RM151. penginapan disediakan di hotel Sutera Inn.


aku bertolak pada pagi 2hb tue..sebab flight malam sebelum tue agak mahal. tambang teksi dari aiport Sultan Ismail Petra ke Hotel Sutera Inn kena RM30. 

masa balik pulak sebab aku gerak gi airport pukul 6.30 pagi. jadi aku kena surcharge, RM45. yang buat aku pelik, bukankah surcharge tue dari kul 12 mlm hingga 6 pagi, boleh check kat laman web SPAD. aku call kaunter teksi kat airport (09-7747732). kaunter pun cakap 6.30 pagi masih lagi kena surcharge.hairan sungguh apasal time surcharge tue lain..

Kursus bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 7.00 malam. Ada break sekejap pukul 2 petang dan 4 petang.
kursus time
Overall, sepanjang kursus tue, makanan semua ok. selalu dapat air mineral and gula2. aku asyik makan gula2 sampai last2 lelangit rasa tak best...pengisian kursus pun ok. yang aku tak suka tempat kursus tue..bangunan tue 4 tingkat jadi tak ada lift lah kan..penat betul nak menapak ke tingkat 3. kalau nak makan, kena turun kat ground floor..

hari ke 2 kursus, barulah makanan petang dibawa naik. yang hari pertama, memang aku tak turun makan petang sebab x larat nak turun naik

Antara yang hadir kursus tue kebanyakn lecturer UITM, TPM dan PSPM adalah beberapa kerat jer..mostly lecturer yang datang belum nak daftar phd pun, just preparation jer. bila bercampur dengan yang kebanyakan adalah lecturer, rasa macam agak pelik pulak.sebab mereka pergi kursus tue untuk dapatkan overview mengenai phd sedangkan kami2 yang PSPM dan TPM nie dah nak enroll untuk phd dah pun.lepas tue mereka ada pengalaman supervise student dan ada pengalaman buat research. kebanyakan pula dah 5, 6 tahun jadi lecturer.

hari last kursus, dapat sijil. sijil tue diperlukan untuk dihantar ke KPT.

sijil kursus


p/s: balik dari kursus, terus aku demam, selsema dan batuk.yang sadisnya tak dapat nak makan ubat, just minum banyak air masak jer..






Proses Pendaftaran UITM untuk postgraduate-story 1

Salam semua,

Syukur dah selesai pendaftaran untuk UITM. pendaftaran berlangsung pada 19 September 2013(Khamis). .boleh rujuk SINI untuk checklist registration.

Aku sampai UITM dalam pukul 8 pagi. susah gila nak cari parking kat dalam UITM nie. parking depan menara FKA tue dah kena tutup. and then guard tue suruh aku parking kat padang kawad (jauh gila kot nak jalan ke FKA). dia suruh aku tengok kat depan kolej MAWAR kalau ada kosong. nasib aku baik ada kosong. 

selesai parking, aku ke IIESM sebab nak minta sokongan dekan FKA untuk tangguhkan yuran. Aku buat satu surat yang minta penangguhan pembayaran yuran sebab dalam fb bahagian kewangan uitm ada makluman yang boleh buat macam tue dan surat perlu dihantar ke bahagian kewangan.

surat penangguhan yuran UITM

Selesai minta tandatangan dekan. alhamdullilah, mudah saja dekan FKA bagi sokongan. kami hanya tunjuk surat tawaran PSPM. aku kemudian ke Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) untuk register. 

Kaunter pertama adalah kaunter registration, kat situ perlu masukkan student ID dan klik ok untuk update. selesai proses tue, aku dapat beg yang ada macam2 kat dalam tue (air, twiggies,mug).dalam beg tue ada gak checklist kaunter2 yang kita perlu pergi , peta kawasan dan lain2.

student kena pergi setiap kaunter dan dapatkan cop untuk checklist tue..kaunter kedua yang aku pergi adalah kaunter fakulti dimana aku perlu dapatkan pengesahan sijil2. perlu juga isi kad rekod pelajar yang macam kat sekolah menengah tue.ambil masa jugak nak isi sebab banyak maklumat yang diperlukan.maklumat ibu bapa, no ic semua.and then perlu bagi 1 salinan ic, skrol, transkrip, student pledge.

selepas tue aku pergi kaunter kesihatan. mereka cuma ambil yang perakuan kebenaran bius dan pembedahan tue jer. yang lain semua simpan sebab sihat.kalau ada sakit, baru mereka ambil yang lain. 

kemudian aku pergi ke kaunter kewangan .selagi tak selesai kat kaunter kewangan, x boleh proceed untuk buat student card. kat kaunter kewangan, kami diminta pergi ke kaunter penangguhan yuran.perlu isi borang kuning sebanyak 2 salinan (depan dan belakang). dapatkan tandangan dekan IPSIS (ada kat kaunter tue).

and then selesai yang tue, perlu pergi ke kaunter kewangan , bagi 1 salinan borang kuning tue, 1 lagi untuk simpanan kita.surat yang aku bawak x pakai pun.dapat penangguhan sehingga 30 september nie. ingat nanti next week nak try hantar surat tue ke bahagian kewangan. tapi ada jer staff kat kaunter tue cakap, penangguhan yuran hanya untuk sesuatu tempoh sahaja melainkan kita dah dapat surat dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). selagi tak dapat, terpaksa la dahulukan duit sendiri sebab x boleh tangguh lama2 pun.
borang penangguhan pembayaran yuran uitm

seterusnya aku pergi ke kaunter student card. perlu tunjuk offer letter, ic dan checklist. sekejap jer tangkap gambar semua. ingatkan boleh dapat terus kad pelajar, tapi rupa2 nya pukul 1.30 ptg baru boleh ambik kat kaunter fakulti.

next, last kaunter (kaunter IGS). hanya boleh pergi selepas complete semua kaunter yang lain. perlu bagi offer letter, student pledge, salinan ic, skrol and transcript. jadi dokumen yang perlu prepare lebih, kena la bawak.

proses semua selesai dalam pukul 12 tengahari. and then baru aku perasan yang dalam beg aku tue, x lengkap rupanya..aku dan kawan aku tak lengkap.lagi sorang kawan aku lengkap sebab dia daftar kat kaunter lain masa kat kaunter registration (ada banyak kaunter). penting kot dokumen2 tue sebab dalam tue guideline untuk postgraduate, panduan nak dapatkan stiker kereta. tambahan untuk student baru macam aku, first time aku belajar kat uitm nie kot. staff kat situ cakap biasa la ada yang termiss..ohhh..mana boleh macam tue kan, nasib baik aku pergi dengan kawan. aku boleh perasan dokumen tak cukup. cuba bayangkan kalau pergi sorang..sungguh cuaiiiii!!!!


missing documents

seterusnya kena ambik log book (untuk student phd sahaja) kat pintu masuk. 

and then aku pergi fakulti untuk booking tempat di bilik postgraduate. perlu ambil borang "workspace booking" dari bahagian pentadbiran fakulti. kalau macam kat fakulti civil, boleh ambil kat kaunter pentadbiran tingkat 7. and then perlu pilih tempat duduk dengan isi borang. 

after selesai booking, aku dapat panggilan dari pihak biasiswa kat JPBSM yang minta aku email salinan surat pengiktirafan JPA untuk master aku sebab aku buat kat oversea. padahal aku dah bagi salinan tue semalam kat kaunter JPBSM, tingkat 3. dekat dengan bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS). staff tue kata dia tak tau letak kat mana surat aku sebab terlalu banyak borang orang lain. 

penat jer aku datang semalam, kalau aku tau boleh email, awal2 aku email jer..dah la parking kat situ susah, yang dekat2 untuk staff jer, untuk student dan pelawat kat bahagian bawah.itupun asyik penuh jer. and then kalau parking kat situ, kena pulak daki bukit. dah la aku preggy sekarang. semalam nasib baik la husben aku temankan. jadi parking kat atas jer, husben aku tunggu dalam kereta. tak berani aku nak parking sebarangan dalam UITM nie , mau kena clamp nanti. 25 hengget jugak lah kena denda, tapi tak pasti pulak kot2 lain chargenyer sebab itu aku tengok kat papan tanda jer.

and then mula lah episod mengecewakan dalam proses aku nak dapatkan kad pelajar.kad matrik tue nak kena ambil kat infotech, tingkat 6 menara sultan abdul aziz shah (SAAS). dari pukul 2 sehingga pukul 5 barulah selesai..next entry...

p/s: penat , letih and stress betul hari nie .bermulalah perjalanan hidupku yang baru .bismillah.

Sep 12, 2013

Iklan Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM 2014

Salam semua,

Sini nak khabarkan bahawa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) akan dibuka mulai 17 Sep 2013 sehingga 1 October 2013.


Antara Syarat-syarat permohonan ialah :



* Sila rujuk disini untuk maklumat lanjut IKLAN TPM 2014
* Permohonan boleh dibuat di ONLINE TPM


Sep 7, 2013

Tips Persediaan untuk IELTS exam

Assalamualaikum,

This time nak share experience masa buat persediaan untuk IELTS exam

Result dah dapat dan alhamdullilah dapat 7.5. better than before. requirement nak 5.0 jer, tapi puas dan syukur sangat2 sebab ini menunjukkan peningkatan English performance :). Diharap perkongsian ini dapat membantu serba sedikit dalam preparation.
IELTS result


Antara Preparation yang dibuat:

1. Pinjam dari library (library negeri, universiti2 atau mana2 library lain). -aku pinjam buku dari library uitm
buku-buku yang dipinjam


2. Beli buku dari book store (MPH), kedai buku yang lain x pasti ada ker tak.


my all time favourite book


Daripada buku2 nie, ada satu buku yang memang all time favourite (beli kat MPH tahun 2011). Buku nie sangat easy nak faham and yang penting sekali,kena faham:
  • format soalan
  • masa untuk setiap part
  • apa yang diperlukan untuk nak jawab soalan
  • words2 yang boleh digunakan untuk tambahkan vocabulary, instead guna " increase" , boleh guna " rose, climbed". 
pastu dalam buku nie, ada sample2 soalan and answer. try to follow masa yang diberikan dan practice jawab soalan macam dalam exam.


and satu lagi, tak perlu banyak2 sangat buku pun. cukup dengan 2,3 buku jer and concentrate sepenuhnya pada buku2 tersebut. macam aku lah, pinjam buku sampai 7 buku. last2 bukan semua sempat baca pun. 

3. Dengar video ielts tips, speaking yang dapat band 6, 7 dan 8 kat youtube.


-Ini pun banyak membantu jugak, dari situ:
  • List kan soalan2 yang biasa ditanya, contohnya speaking: general information pasal diri kita (nama, tinggal kat mana, family members). 
  • List down kan juga favourite2 kita (contoh: makanan, minuman, warna, barang2, pelakon,penyanyi,guru, tokoh2 ). 
  • Kalau tak ada, just buat2 ada. untuk senang kita nak jawab masa speaking test nanti. contoh macam tokoh2 kan, google information kat internet dan list kan a few point pasal tokoh tersebut (sumbangan tokoh, apa yang anda suka pasal tokoh tue) tak perlu banyak sangat point , sebab masa diperuntukkan hanya 1-2 minit untuk speaking.
3. Practice and practice

  • Try banyak buat latihan soalan sample untuk listening, reading, writing. cari kelemahan dan tumpu pada bahagian tersebut.macam aku, aku lemah writing and speaking.  
  • Untuk part2 yang lain, perlu buat juga, supaya tak la terkejut masa nak jawab exam nanti. 
  • Better cari someone yang berkebolehan untuk check writing especially spelling, grammar, vocabulary and content. walaupun xdek sapa nak check writing aku, aku just tulis jer ikut format (intro, body and conclusion). terus tulis dan tulis.
  • biasa untuk writing, tak ada yes or no cuma bagaimana kita jawab and sokong statement kita. 
  • Google untuk cari content2 yang unfamiliar atau tak ada idea nak tulis apa.
  • Cuba list down vocab2 yang boleh digunakan.(contoh: daripada gunakan important, guna essential, vital). try to use perkataan yang berlainan daripada kebiasaan. 
  • Try to follow masa yang diberikan, let say 1 jam untuk reading, jadi set time untuk 1 jam.
  • For speaking, try to record and dengar balik apa yang dicakap. 
contoh content buku
4. Prepare mental and fizikal

  • kesihatan pun kena jaga. make sure minum air banyak dan rest secukupnya sehari before nak exam. last revision just tengok balik apa yang dah study. buat yang simple2 dan jangan yang berat2. 

lastly, banyakkan berdoa supaya segala dipermudahkan. and if siapa2 yang nak tau details pasal buku, boleh email me. I'm glad to help :)

and all the best :) . sharing is caring :)

p/s: next post I will share pasal my experience on speaking test.stay tune.

Medical Check Up untuk daftar UITM Shah Alam

Salam semua,

Semalam aku buat medical check up di Klinik Ajwa, Seksyen 7 Shah Alam. 
Harga medical check up RM80, tapi sebab aku tak buat x-ray, aku hanya perlu bayar RM38 sahaja.
Sebelum tue aku dah gi klinik kerajaan seksyen 7, tapi tak dapat nak buat sebab tarikh yang paling awal ada untuk buat ialah 19/9/13 sedangkan hari tue gak kena daftar UITM.biasanya RM20 kalau buat kat klinik kerajaan.
kalau tak ada medical check up masa daftar, memang tak boleh proceed untuk ke bahagian yang lain. jadi memang kena buat siap2 la before pergi daftar. untuk student degree, maybe boleh buat medical check up kat uitm.untuk postgraduate memang tak dibenarkan.
form untuk JPBSM

form untuk daftar UITM

Oklah, kebetulan aku ada 2 medical check up yang perlu dihantar, satu untuk JPBSM dan satu lagi untuk pendaftaran.

Form sama jer, cuma yang JPBSM perlukan hepatitis test , test tue ambil masa 3 hari untuk dapatkan keputusan. dan kena extra charge RM50 untuk test tue. sebab aku buat 2 medical check up sekali, aku hanya perlu bayar RM88 jer..syukur...alhamdullilah, jimat sikit.hehe

yang best buat kat private, sabtu , ahad pun boleh buat kecuali keputusan hepatitis kena tunggu hari bekerja.
Pastu, proses untuk buat pun mudah dan cepat. setengah jam jer aku dah siap kesemuanya. 

that all for today. sharing is caring :)





May 2, 2013

Interview Program Ahli Sains dan Penyelidik Muda (PSPM) 2012, UITM

Salam semua,

Sini aku nak cerita bagaimana proses interview untuk program PSPM, uitm under IIESM. Macam biasa, untuk nak apply, kena isi borang permohonan dan hantar bersama proposal.Program ini membolehkan pelajar mendapat tajaan untuk melanjutkan master atau PhD. Tempoh ikatan adalah selama 7 tahun sebagai penyelidik. Ini adalah berbeza dengan program TPM (Tenaga Pengajar Muda) yang fokus kepada menjadi " pensyarah".tapi yang bagusnya, kita akan diletakkan di insitut. macam IIESM terletak di Shah Alam dan tak dicampak ke negeri2 yang lain.


Interview berlangsung pada 6hb Februari 2013 dan mengambil masa lebih kurang 30 minit. seramai 4 orang calon untuk phd. ada yang dah habis master dan ada yang masih menunggu VIVA.  Aku dinterview untuk bidang Water Resources and Environmental Systems (WRES). Ada 4 orang panel. Sorang pengarah institut dan lecturer2 dari fakulti kejuteraan awam sendiri.

Aku memang dah agak,soalan mereka mesti pasal proposal. Proposal amat dititik beratkan, tambahan lagi pada peringkat PhD. Aku memang x berapa nak ready untuk defend proposal dan tak tau apa yang perlu ada.hanya mencuba nasib sahaja. 

Ada jugak soalan what is your ambition? pastu tanya macam mana nak jadi researcher yang round ended. for sure memang aku x pernah come across that word. hahaha..Soalan juga berkisar kepada apa yang dipelajari pada peringkat master. Panel seperti ingin mengetahui sekuat mana pengetahuan asas dalam bidang environmental. Panel juga ingin mengetahui adakah anda pernah " publish" paper atau join conference". Itu merupakan satu bonus untuk dipilih.

 Nasihat dan sedikit pengajaran yang dapat ambil dari sesi temuduga ini ialah:

1) Pastikan proposal yang anda buat telah mendapat advice dari mana-mana pihak professional  (pensyarah, supervisor). Ini adalah untuk memastikan yang proposal anda sesuai dijadikan sebagai "research" bagi peringkat master dan PhD.

2) Pastikan idea untuk proposal anda merupakan idea yang " niche" iaitu sesuatu idea yang baru dan dapat memberikan sumbangan.

3) Carilah pengalaman terlebih dahulu dalam bidang penyelidikan iaitu sebagai research assistant (RA) untuk membolehkan anda tahu selok belok membuat publication dan juga research.



  • Melalui temuduga ini, dapat simpulkan bahawa fokus sebenar program ini adalah untuk mencari " full time " saintis yang dapat membuat banyak penyelidikan seterusnya menjana pendapatan untuk institut di samping menjadi " consultant" dalam sesebuah projek. 
  • Calon semestinya seorang yang sangat berwawasan dan bersemangat tinggi. Bukan mudah untuk publish paper. Bagi yang baru bercita-cita untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi, pastikanlah anda betul- betul bersedia untuk menjadi sebagai seorang penyelidik dimana penyelidik fokus kepada penyelidikan. Berbeza dengan pensyarah, dimana pensyarah perlu mengajar. Tugas pensayarah bukanlah hanya mengajar tetapi sebenarnya ialah " multi tasking" di mana penyelidikan juga perlu dilakukan. Tugas mereka x ubah seperti pengajar + penyelidik. Pensyarah juga dimestikan memenuhi  Key Performance Index (KPI) untuk membolehkan menapak ke tangga yang lebih tinggi iaitu dengan " publish paper:". tapi lebih fokus kepada mengajar.
  • Indeks pencapaian bagi program ini  adalah berbeza dengan pensyarah di mana mungkin memerlukan untuk publish 4,5 paper sepanjang tahun.

Jadi tepuk dada tanya selera, adakah anda memenuhi kriteria-kriteria tersebut.

p/s: never give up, strike until you succeed. insyallah.


LinkWithin