Pages

Mar 31, 2017

Rawatan pergigian di klinik Nurul Adha

Salam semua,
 بسم الله الرحمن الرحيم
Sesi Perbualan Tamat
Dah 2 bulan aku menderita sakit gigi. start sakit gigi bulan 9 time raya haji.gigi geraham belakang aku dah berlubang..uwaaa..time pregnant aku tak berani nak tampal, pastu dah bersalin & pantang kan..so aku cadang tunggu lepas pantang.and at last aku terpaksa juga pergi dentist..sakit berdenyut2 kat pipi setiap malam.siang ok la pulak..hasil google2 , katanya bakteria kan lagi aktif waktu malam..so aku pergi la klinik pergigian uitm. dekat pusat kesihatan uitm.klinik nie buka office hour isnin hingga jumaat..kalau untuk tampal gigi..terus dapat rawatan.macam aku hari tu kena tampal n scaling.so  dia boleh buat 1 rawatan jer setiap kali datang.scaling dia bagi tarikh appointment lain.

Nyilu dan seram giler la masa tampal tue sebabnya tak ada bius..pastu aku asyik kena marah,katanya gerak2 lidah dan keraskan badan.aku bukan nak buat gitu pun la..dah sakit, tindakan refleks kot..eeeiii..garang betul dentist yang aku jumpa hari tue..dah la siap suruh aku pegang tiub untuk sedut air liur, pastu marah aku cakap jangan tarik..aku nampak pun tidak.pakai spek besar tue kan.aku statik jer kot. dia yang tarik untuk cuci..mana la aku nampak..
tapi dentist masa scaling ok la pulak..elok jer cakap.. 
credit fb klinik adha

so lepas 1 bulan aku tampal, gigi aku sakit balik..memang nightmare sungguh la..start la berdenyut2 time malam..nak tido pun memang tak boleh..uwaaa...dah tue aku yang start x tahan sangat sakit malam ahad..ahad pulak jarang ada yang klinik buka kan...

hasil pencarian di google..akhkirnya jumpa juga klinik yang buka ahad. klinik pergigian adha kat alam avenue.betul2 sederet dengan speedmart.klinik tue tingkat atas.
waktu operasi

So. aku awal2 pagi dah datang.klinik buka pukul 9.30 pagi .parking banyak kosong.aku orang ke 2 yang datang. sampai turn aku..ok la dia bagi bius..so masa tampal, tak ada la lidah bergerak2 kan. dentist suruh aku relax, baru la tak sakit katanya.lega sangat2 pas tampal tue.gigi dah tak sakit..masa kat klinik gigi uitm hari tue.maybe dentist tak dapat nak betul2 buat kot..yer la..dah bergerak2 lidah so maybe nampak tak nampak sangat kan.total cas untuk tampal +bius adalah RM130.




cas pergigian pada 22.1.17

cas pergigian


Details:

Klinik Pergigian Nurul Adha
Alam Avenue, B-7-1, Jalan Serai Wangi G16/G Seksyen 16, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Telefon: +60 3-5510 2185
FACEBOOK Klinik Pergigian Nurul Adha



Jun 14, 2016

Klinik Pediatrik Adek (Pakar Kanak-Kanak) Seksyen 9 Shah Alam

Assalamualaikum semua,

Hari nie bawa anak pegi check di klinik adek.. Hana ada masalah macam panau kat bawah mata. Mula2 ingatkan panau..jadi pergi la farmasi dan beli ubat panau yang bernama zarin. seminggu pakai tak hilang2 jugak..Last2 kawasan tue jadi macam merah..Mula la risau kan..sebab ingatkan panau biasa. 

So, hari nie decide untuk bawa hana ke klinik adek..banyak review best pasal klinik nie.

Details  klinik tue..lagi senang klinik berhampiran plaza masalam, shoplots belakang kfc.


Nama klinik: Klinik Pediatrik Adek
Alamat: 20, Jalan Tengku Ampuan Zabedah G-9/G, Seksyen 9, Shah Alam, 40000, Shah Alam, Selangor. 
No phone: 03-5880 7964 


klinik adek

Pukul 10 baru la aku sampai ke klinik aku..dan pintu dah tutup pun..klinik nie buka start pukul 9.00 pagi..habis jer no giliran, klinik nie pun tutup.

waktu operasi


Nasib baik la, lepas dapat masuk, mula2 ingatka tak dapat nak jumpa paed. orang kat kaunter kata hanya boleh beli ubat sahaja. Nasib la dapat jugak jumpa paed sebab kitorang pernah ada rekod datang sini sebab dulu anak macam kena kayap kat lengan sebelah kiri dan akhirnya bukan kayap pun..cuma allergic+jangkitan sikit.

kat sini yang bestnya ada tempat untuk budak main..tak la bosan kan budak..lepas tue lengkap dengan nursing room, tempat nak tukar diapers. 



Ada jugak barang2 jualan lain macam supplement, kids vitamin,baju dan telekung.


Dalam pukul 11 pagi ,dapat la jumpa paed iaitu Dr. Amdan. wife dia pun ada sekali rupanya..

Jadi dia pun check2 la 1 badan dan Doc cakap anak ada mild ezcema, kena jaga pemakanan. Dr. Amdan dan wife dia sangat ok, layan pun santai jer.. macam lepak2 gitu..siap bagi toys suh pegang lagi bila anak takut2. dalam bilik Dr pun boleh dengar alunan ayat al-quran

Dr. bekalkan zaricort + cethaphil restorederm mositurizer dalam bentuk tiub kecik dan dalam botol.cetahphil tue botol besar dalam RM100+. sekali dengan multivitamin. aku bagitau ada consume caliph,pastu doc tanya apa ingredient. aku pun bagitau la madu, kismis, kurma..Dr cakap tak cukup kena ambil multivitamin jugak. next Dr. suh datang lagi untuk follow up. yang tue kira appointment lah..Zaricort tue ada steroid tapi Dr kata akan ada follow up dan sapu nipis2 jer.



Total bill untuk hari nie RM150. consultation RM90. ubatan RM60. bagi aku agak costly jugak la kan.tapi bila dipikirkan balik. paed dekat kpj pun consultation dekat 100 jugak.dekat salam aku pernah pegi sekali..tapi macam tak best..tak tau la kan maybe Dr yang aku jumpa tak best.


last time datang sini pun bill around 150 jugak la. tapi alhamdullilah lepas tue dah elok. Cuma 1st time datang, bill dekat RM200, sebab sekali dengan pendaftaran.

So , sapa yang nak datang,.kena datang sebelum pukul 9 pagi tue..masa buka pun sekejap jer..jadi kena cepat.

LinkWithin