Pages

Aug 16, 2024

Berbelanja menggunakan shopback

Assalamualaikum semua.

Kali ini nak cerita mengenai shopback. best jugak join shopback.ala2 membeli sambil dapat point la tapi yang nie dapat cashback. 

Cara dia mudah jer. click sini

CLICK SINI



























Ini earning aku, boleh tengok RM tue.tak la banyak sangat pun tapi alhamdullilah ada juga.😊






cashback ni boleh keluarkan atau withdraw ke dalam akaun bank kita. tak kisah la bank apapun.

apa lagi. register lah, click link tue nanti dapat bonus. dan buat pembelian RM25 keatas baru la layak dapat bonus. lepas nie nak beli apa-apa, buka shopback dulu, lepas tue baru la click kedai2 yang kita nak. banyak kedai dalam tu.boleh search ada ker tak.

tips: belian pertama buatlah nilai yang besar, nanti dapat cashback banyak, belian pertama dapat % cashback lagi tinggi. 

I'm back

 I'm Back.

Nantikan kemunculanku kembali.😀

Alhamdullilah dah berjaya bergelar warga pendidik.

Journey yang paling tough, and sangat la lonely.


Jan 30, 2018

Cara nak aktifkan parking berpalang secara online bagi pelajar postgraduate UiTM Shah Alam

Assalamualaikum semua,

1st step:

daftar stiker kereta dulu kat student portal.pergi kat bahagian eHep



seterusnya kat bahagian permohonan stiker. klik permohonan. 
kat sini perlukan maklumat kereta macam no road tax dan detail pasal lessen memandu (bila expiry, no lessen memandu).
dah siap boleh klik semakan. 
pastikan status tulis disokong.kemudian klik la cetak. 

2nd step
bawa cetakan tue ker bahagian keselamatan untuk ambil stiker (harga RM2).

3rd step
dah ada stiker barulah boleh teruskan ke bahagian spb untuk aktifkan palang. guna system online. 
boleh klik kat link bawah .pilih borang permohonan. 
cuma pilih jenis permohonan.dan yang lain info semua automatic akan ada sendiri (no stiker, nombor wigend).

next2 semester, boleh click lanjutan sahaja untuk aktifkan parking (dengan syarat stiker masih tahun yang sama) 

SISTEM PENDAFTARAN PARKIRAN BERPALANG (SPB) UiTM SHAH ALAM

borang permohonan spb uitm
Borang permohonan spb uitm
dah setel tekan hantar.boleh semak status kat status permohonan. kita akan dapat email bila dah diluluskan. selalu sehari dua dah dapat dah.
status spb uitm

contoh email lulus

No Telefon untuk rujukan:

INFOTECH  Tel : +603 5544 2203

POLIS BANTUAN UITM
WAKTU URUSAN PEJABAT DAN KAUNTER PEMBAYARAN SAMAN DAN PEMBELIAN PELEKAT KENDERAAN
ISNIN - KHAMIS
8:00AM - 1:00PM...
1:00PM - 2:00PM (REHAT)
2:00PM - 5:00PM

JUMAAT
8:00AM - 12:15PM
12:15PM - 2:45PM (REHAT)
2:45PM - 5:00PM
SABTU/AHAD CUTI UMUM (CUTI)
TALIAN KECEMASAN 24JAM POLIS BANTUAN UiTM SHAH ALAM
03-55442157 / 03-55443999

SPB UITM .Tel: 03-55448050 atau email ke spbuitm@salam.uitm.edu.my untuk sebarang pertanyaan lanjut

Oct 20, 2017

Cara Mudah & Murah Pos Barang guna Easyparcel

Assalamualaikum semua,


Jom nak share mengenai cara yang paling murah dan jimat untuk pos barang..

Siap posmen datang pick lagi kat rumah.boleh letak apa2 alamat yang kita nak dia pick up. 
dan yang paling best nak pos 1 barang jer pun boleh. 

hanya perlu ada printer untuk nak print tracking slip. 

Kalau tak ada pun tak apa, janji boleh print kat mana2. Tracking slip dalam bentuk pdf.

Dan yang paling menarik sekali adalah pasal cas pos

Lagi murah dari pos kat pejabat pos

Sekarang tengh offer, cas pos hanya RM5.90 sahaja untuk 1kg barang ke Semenanjung Malaysia..best kan.biasa normal harga RM7.80. bila daftar akan terus dapat RM25 free credit. dah terus boleh guna.tapi nak jimat. sila lah top up dulu untuk dapat harga special. 

tekan sini

                                          


Nak dapat rate murah nie, kena top up paling minimum RM100. tak rugi pun sebab kita dapat guna kesemua RM100 tanpa potongan apa2 caj. ada expiry date macam top up handphone iaitu dalam tempoh sebulan untuk RM100. ada lagi banyak pakej lain. top up rm300, untuk 3 bulan. boleh pilih mana2 ikut kesesuaian.dan ada pakej yang dapat free flyers dan diskaun lagi.

ada banyak lagi pilihan pakej
pakej lain yang available


                        
Boleh pilih mana2 syarikat courier, ada banyak pilihan selain poslaju. contohnya nationwide,skynet,gdex, dan bergantung ikut poskod tempat.biasa poslaju memang semua tempat lah ada

Untuk barang2 yang berat lebih dari 1kg..
cas pos pun hanya RM10. 
yang nie poslaju biasa lagi mahal. 
boleh pilih courier lain macam nationwide, gdex, skynet dan lain2. nie pun mereka datang pick up barang di rumah.

jadi dah jimat dah kan kos dan masa untuk beratur pos barang. 

apa lagi. meh la kita cuba :)

contoh harga.boleh tengok harga vip lagi murah kan. yang nie berat 1 kg.

Apr 22, 2017

Apa perlu buat bila kad pelajar UITM hilang ??

Assalamualaikum semua,


Kali nie memang stress jugak la.tiba2 jer lesap kad pelajar.. puas cari satu rumah, dalam kereta tapi tak jumpa jugak..nak masuk uitm jadi susah sebab tak boleh nak lepas palang.. nak masuk bilik postgrad pun jadi susah.


Adoiiii...


Last2 terpaksa la pergi buat kad yang baru. Nie aku senaraikan langkah-langkah yang perlu dibuat


1) buat report kat polis bantuan UiTM.


2) Bayar denda RM30, boleh bayar kat kaunter bendahari dalam polis bantuan tue.
UPDATE 2018-BOLEH BAYAR DIKAUNTER BENDAHARI ZON 6 DI TINGKAT 3 MENARA SAAS

3) Pergi menara SAAS tingkat 6 (bahagian infotech), ada lift tau, lift berdekatan surau lelaki.


tunjuk resit dan salinan report polis bantuan, kat sini dia akan tanya nak tangkap gambar baru atau guna yang lama.. So, aku pilih yang lama jer...senang..


dan tunggu sekejap...tadaaaa. 5 minit dah siap on the spot..yang nie lah part paling best :)


dah tue...aku kena la aktifkan akses untuk parking berpalang.. yang nie leceh sikit..
sebab kena daftar stiker kereta dulu kat student portal.pergi kat bahagian eHep



seterusnya kat bahagian permohonan stiker. klik permohonan. kat sini perlukan maklumat kereta macam no road tax. dan detail pasal lessen memandu (bila expiry, no lessen memandu).
dah siap boleh klik semakan. pastikan status tulis disokong.kemudian klik la cetak. bawa cetakan tue ker bahagian keselamatan untuk ambil stiker (harga RM2).

dah ada stiker barulah boleh teruskan ke bahagian untuk aktifkan palang. guna system online. boleh klik kat sini.klik kat borang permohonan. cuma pilih jenis permohonan.dan yang lain info semua automatic akan ada sendiri (no stiker, nombor wigend).

SISTEM PENDAFTARAN PARKIRAN BERPALANG (SPB) UiTM SHAH ALAM

borang permohonan spb uitm
Borang permohonan spb uitm
dah setel tekan hantar.boleh semak status kat status permohonan. kita akan dapat email bila dah diluluskan. selalu sehari dua dah dapat dah.
status spb uitm

contoh email lulus

untuk akses ke bilik postgrad pulak, kena jumpa bahagian teknikal dan daftar semula sebab kad baru kan..

ok la..the end..satu hari dah boleh buat semua..dengan syarat buat dari pagi..

kat sini aku sertakan sekali no telefon untuk rujukan, senang tak clear apa-apa, call dulu Tanya.

INFOTECH  Tel : +603 5544 2203

POLIS BANTUAN UITM
WAKTU URUSAN PEJABAT DAN KAUNTER PEMBAYARAN SAMAN DAN PEMBELIAN PELEKAT KENDERAAN
ISNIN - KHAMIS
8:00AM - 1:00PM...
1:00PM - 2:00PM (REHAT)
2:00PM - 5:00PM

JUMAAT
8:00AM - 12:15PM
12:15PM - 2:45PM (REHAT)
2:45PM - 5:00PM
SABTU/AHAD CUTI UMUM (CUTI)
TALIAN KECEMASAN 24JAM POLIS BANTUAN UiTM SHAH ALAM
03-55442157 / 03-55443999

SPB UITM .Tel: 03-55448050 atau email ke spbuitm@salam.uitm.edu.my untuk sebarang pertanyaan lanjut




Mar 31, 2017

Rawatan pergigian di klinik Nurul Adha

Salam semua,
 Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحيم
Sesi Perbualan Tamat
Dah 2 bulan aku menderita sakit gigi. start sakit gigi bulan 9 time raya haji.gigi geraham belakang aku dah berlubang..uwaaa..time pregnant aku tak berani nak tampal, pastu dah bersalin & pantang kan..so aku cadang tunggu lepas pantang.and at last aku terpaksa juga pergi dentist..sakit berdenyut2 kat pipi setiap malam.siang ok la pulak..hasil google2 , katanya bakteria kan lagi aktif waktu malam..so aku pergi la klinik pergigian uitm. dekat pusat kesihatan uitm.klinik nie buka office hour isnin hingga jumaat..kalau untuk tampal gigi..terus dapat rawatan.macam aku hari tu kena tampal n scaling.so  dia boleh buat 1 rawatan jer setiap kali datang.scaling dia bagi tarikh appointment lain.

Nyilu dan seram giler la masa tampal tue sebabnya tak ada bius..pastu aku asyik kena marah,katanya gerak2 lidah dan keraskan badan.aku bukan nak buat gitu pun la..dah sakit, tindakan refleks kot..eeeiii..garang betul dentist yang aku jumpa hari tue..dah la siap suruh aku pegang tiub untuk sedut air liur, pastu marah aku cakap jangan tarik..aku nampak pun tidak.pakai spek besar tue kan.aku statik jer kot. dia yang tarik untuk cuci..mana la aku nampak..
tapi dentist masa scaling ok la pulak..elok jer cakap.. 
credit fb klinik adha

so lepas 1 bulan aku tampal, gigi aku sakit balik..memang nightmare sungguh la..start la berdenyut2 time malam..nak tido pun memang tak boleh..uwaaa...dah tue aku yang start x tahan sangat sakit malam ahad..ahad pulak jarang ada yang klinik buka kan...

hasil pencarian di google..akhkirnya jumpa juga klinik yang buka ahad. klinik pergigian adha kat alam avenue.betul2 sederet dengan speedmart.klinik tue tingkat atas.
waktu operasi

So. aku awal2 pagi dah datang.klinik buka pukul 9.30 pagi .parking banyak kosong.aku orang ke 2 yang datang. sampai turn aku..ok la dia bagi bius..so masa tampal, tak ada la lidah bergerak2 kan. dentist suruh aku relax, baru la tak sakit katanya.lega sangat2 pas tampal tue.gigi dah tak sakit..masa kat klinik gigi uitm hari tue.maybe dentist tak dapat nak betul2 buat kot..yer la..dah bergerak2 lidah so maybe nampak tak nampak sangat kan.total cas untuk tampal +bius adalah RM130.




cas pergigian pada 22.1.17

cas pergigian


Details:

Klinik Pergigian Nurul Adha
Alam Avenue, B-7-1, Jalan Serai Wangi G16/G Seksyen 16, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Telefon: +60 3-5510 2185
FACEBOOK Klinik Pergigian Nurul Adha



Jun 14, 2016

Klinik Pediatrik Adek (Pakar Kanak-Kanak) Seksyen 9 Shah Alam

Assalamualaikum semua,

Hari nie bawa anak pegi check di klinik adek.. Hana ada masalah macam panau kat bawah mata. Mula2 ingatkan panau..jadi pergi la farmasi dan beli ubat panau yang bernama zarin. seminggu pakai tak hilang2 jugak..Last2 kawasan tue jadi macam merah..Mula la risau kan..sebab ingatkan panau biasa. 

So, hari nie decide untuk bawa hana ke klinik adek..banyak review best pasal klinik nie.

Details  klinik tue..lagi senang klinik berhampiran plaza masalam, shoplots belakang kfc.


Nama klinik: Klinik Pediatrik Adek
Alamat: 20, Jalan Tengku Ampuan Zabedah G-9/G, Seksyen 9, Shah Alam, 40000, Shah Alam, Selangor. 
No phone: 03-5880 7964 


klinik adek

Pukul 10 baru la aku sampai ke klinik aku..dan pintu dah tutup pun..klinik nie buka start pukul 9.00 pagi..habis jer no giliran, klinik nie pun tutup.

waktu operasi


Nasib baik la, lepas dapat masuk, mula2 ingatka tak dapat nak jumpa paed. orang kat kaunter kata hanya boleh beli ubat sahaja. Nasib la dapat jugak jumpa paed sebab kitorang pernah ada rekod datang sini sebab dulu anak macam kena kayap kat lengan sebelah kiri dan akhirnya bukan kayap pun..cuma allergic+jangkitan sikit.

kat sini yang bestnya ada tempat untuk budak main..tak la bosan kan budak..lepas tue lengkap dengan nursing room, tempat nak tukar diapers. 



Ada jugak barang2 jualan lain macam supplement, kids vitamin,baju dan telekung.


Dalam pukul 11 pagi ,dapat la jumpa paed iaitu Dr. Amdan. wife dia pun ada sekali rupanya..

Jadi dia pun check2 la 1 badan dan Doc cakap anak ada mild ezcema, kena jaga pemakanan. Dr. Amdan dan wife dia sangat ok, layan pun santai jer.. macam lepak2 gitu..siap bagi toys suh pegang lagi bila anak takut2. dalam bilik Dr pun boleh dengar alunan ayat al-quran

Dr. bekalkan zaricort + cethaphil restorederm mositurizer dalam bentuk tiub kecik dan dalam botol.cetahphil tue botol besar dalam RM100+. sekali dengan multivitamin. aku bagitau ada consume caliph,pastu doc tanya apa ingredient. aku pun bagitau la madu, kismis, kurma..Dr cakap tak cukup kena ambil multivitamin jugak. next Dr. suh datang lagi untuk follow up. yang tue kira appointment lah..Zaricort tue ada steroid tapi Dr kata akan ada follow up dan sapu nipis2 jer.



Total bill untuk hari nie RM150. consultation RM90. ubatan RM60. bagi aku agak costly jugak la kan.tapi bila dipikirkan balik. paed dekat kpj pun consultation dekat 100 jugak.dekat salam aku pernah pegi sekali..tapi macam tak best..tak tau la kan maybe Dr yang aku jumpa tak best.


last time datang sini pun bill around 150 jugak la. tapi alhamdullilah lepas tue dah elok. Cuma 1st time datang, bill dekat RM200, sebab sekali dengan pendaftaran.

So , sapa yang nak datang,.kena datang sebelum pukul 9 pagi tue..masa buka pun sekejap jer..jadi kena cepat.

Aug 20, 2015

Orang malas selalu rugi

Assalamualaikum.

Lama betul aku tak singgah di blog kesayanganku..banyak rasanya benda nak dicoretkan dalam nie..
Tapi selalunya terlupa atau malas..
bila teringat dah tak ada masa pulak..
tapi bagi aku itu semua alasan kan..kita yang rancang semuanya kan.
teringat arwah nenek selalu pesan dulu2
"Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih" ataupun omputehnya "when there is a will ,there is a way". 

Kalau kita betul2 nak kan sesuatu, memang kita sanggup buat apa saja kan..tapi kalau banyak sangat alasannya memang itu bermakna sebenarnya tak cukup usaha pun kan..benda nie lah aku selalu cakap kat diri sendiri..sebab aku punya malas memang dah sampai ke tahap bulan..stress dengan diri sendiri..tapi bila rasa malas memang lupa lah semuanya.rasa nak golek2 atas katil sampai bila2..tapi sampai bila kan..masa memang tak tunggu kita dan kita lah sebenarnya orang yang paling rugi..

Mulai saat ini aku berazam kepada diri sendiri yang aku tak mau dah malas2..laziness let's break up. i don't need you.. semoga semuanya dipermudahkan untuk aku jalankan amanah yang allah berikan kat aku nie..you can do it if you believe you can.. 


doa untuk dihindari rasa malas (ayat dalam mathurat)


May 5, 2015

Life without aim

Hurmm..kali nie rasa sama jer..rasa hopeless sangat2..patutnya dah kena run program untuk dapatkan data..part tue dah berjaya..tapi data pulak macam pelik..nak jumpa supervisor rasa malu la pulak.suppose  minggu lepas nak jumpa dia..tapi anak pulak demam 3 hari.lepas tue  jumaat pulak dah cuti..

aku pun dah pening dah..dah semester 4 nie..lepas tue writing tak siap lagi..patutnya 3 chapter dah kena siap..susahnya rasa tak ada due date..aku kena set sendiri patutnya..research life memang gini ..sama ada supervisor jenis mengejar ataupun supervisor jenis biar kita independent. mana-mana pun patutnya ok asalkan diri sendiri nak buat.

semester depan dah nak kena siapkan data analysis.sedangkan data analysis aku ada 2 bahagian. aku baru tengah buat part 1.dan untuk 2nd part aku kena buat reading sebab aku tak familiar dengan model yang aku nak guna tue

mana nak habiskan writing lagi..introduction ok lagi..yang part kritikal sikit ialah Literature Review.at least satu hari kena baca 5 artikel. pastu buat summary, rephrase dan komen sikit.

Rasa kelam kabut sebab semua benda kena buat serentak..mana nak writing untuk conference, writing draft lagi, data analysis lagi..hurmmm

Hah..I should start to do it now.

sekarang rasa nak beli cool  blog sambil lepak2 makan waffle...arghhhh...help me..


Feb 8, 2015

Dugaan ketika menuntut ilmu

بِسمِ اللَّÙ‡ِ الرَّحمٰÙ†ِ الرَّØ­

Dalam menuntut ilmu nie kan yang penting sekali kena menjaga nawaitu.sebab tue menuntut ilmu kan dikatakan jihad.tak mudah sebenarnya nak menuntut ilmu.tambah2 banyak dugaan.macam pelajar phd nie.selalu orang akan tanya aku,ada kelas ker,tak pergi ker.

Sebenarnya phd nie mana ada kelas dan exam.walaupun ada jugak yang ada class.tapi rasanya tak banyak phd yang ada class.kebanyakan memang tak ada class dan tak ada exam.

Sebab tue aku cakap senang betul nak lalai.sebab we are the  boss.nak buat keje tak nak buat ikut suka kita.tapi kalau kita tak buat kerja.macam mana nak siap kan research kita.phd nie ada stage2 yang perlu kita buat.

~bersambung


Jan 22, 2015

phd oh phd ku sayang

Assalamualaikum

Kali nie nak buat ngomelan sikit.hehe..

Selalu sangat ada rasa semangat turun naik.kadang2 rasa semangat up to the moon.kadang2 pulak rasa down sampai earth core..

Now aku still stuck x dapat nak solve problem.kena la mencari tok guru yg lain..dalam buat research nie memang perlu yg amat perlu sangat2 kena mencari dan terus mencari tok guru atau "expert" dalam benda yg kita kurang tahu.biarlah tok guru kita berada kat hujung dunia pun.tapi benda nie memang boleh drag semangat kita.

Apa pun kena ingat menuntut ilmu nie jihad.kena selalu perbetulkan niat kita.baru dipermudah urusan.dan jangan lupa banyak berdoa..

Ingat lagi aku pernah bagitau supervisor aku yg aku rasa macam nak quit dan dia cakap you on the right track..bukan maksudnya suh benti.tapi memang normal kita akan rasa macam tue time buat phd.walau macam mana pun.mind kena selalu positif..insyallah allah akan permudahkan.




Jan 14, 2015

Apa itu Defence Proposal,DRP

بِسمِ اللَّÙ‡ِ الرَّحمٰÙ†ِ الرَّحي

Hari nie jadual agak busy..sibuk menyiapkan correction untuk DRP (defence proposal).lega jugak dapat pass with minor correction.meh nak share sikit apa itu DRP.DRP nie selalu jugak jadi igauan ngeri bagi pelajar research.setiap fakulti dan universiti ada rules berbeza.ada student yg wajib DRP pada sem 1.macam fakulti civil kat uitm,wajib drp pada sem 2.kalau dulu rules boleh lagi drp pada sem 3.
DRP nie ada fak wajib.dah lulus DRP baru boleh teruskan research.bagi aku lah,nama pun proposal kan.kita baru nak proposed idea kan.tak perlulah nak 100% perfect.sebab sepanjang research ,sure kita akan jumpa benda yg baru,benda yg di luar kotak pemikiran.hasil daripada buat literature review(LR).Dan aku rasa part LR yang paling penting.macam kita bina rumah lah.kena ada tiang yang kukuh.memang kena banyak membaca.dunia ilmu nie sangatlah luas.

Dan aku paling suka baca idea Dr O.T yang tekankan x payah nak proposal sampai beratus2 muka surat.bagi aku apa guna kalau beratus muka surat,tapi banyak merapu ja.buku2 dia banyak buka minda aku dan aku rasa buku2 nie kita kena baca sebelum plan nak buat research lagi.

Hasil daripada proposal yg dah direview oleh panel2.boleh la digunakan untuk apply grant,siapkan chapter 1-3.yes..aku patut dah siap semua tue by semester nie..

Ok lah.itu saja share untuk kali ini.

Nak sambung buat keje :)

Jan 13, 2015

Makan2 di Hayaki Seksyen 13,Shah Alam

Assalamualaikum.

Kali nie nak try makan kat hayaki pulak.hayaki nie depan restoran tupai2.lamb chop kt situ best.mula2 aku dok bayangkan hayaki nie western + steamboat.ala2 jepun punya nama kan.rupa2nya western memang ada.tapi limited.lamb chop x ada.yg ada chicken chop,pastu beberapa western food.
suprisingly, rupanya restoran makanan pantai timur.like nasi kerabu,nasi ulam,nasi kukus n banyak lagi.dok dengar yang paling best kat situ pulut mangga.so kami order nasi kukus hayaki,nasi ulam dan pulut mangga.air pulak air milo ngan teh o ais limau.yg best air dia dlm jar pendek.

Harga makanan pula agak boleh tahan pengsan juga.nasi ulam dan nasi kukus rm7.90 each.pulut mangga rm5.50,air milo rm4.00.teh o ais RM3.80.perghhh...mahal gila.aku rasa cam aku tengok kat menu harga milo 2.50 jer.ker aku salah tengok...dan yg paling paling aku ingat.air suam RM0.50.bagi aku mahal jugak..total RM31.10  sekali ngan servis charge .
Hayaki resit

Overall,makanan ok la.just nice ngan tekak kami.tapi pulut mangga memang sedap..makan pulut aja pun dah sedap.servis pun not bad.ada button untuk panggil2 macam kt pizza.jadi senang nak order.

Location hayaki pun ok jugak.senang nak cari.betul2 kat bawah acapella.yg best depan restoran tupai2.sebelah pulak d kayangan steamboat.so,boleh pilih nak kemana bila dah sampai kawasan tue.

Ok lah.biar gambar berbicara..nexttt...

Nasi ulam.encek suami kata budu dia sedap.

Nasi kukus hayaki namanya

Air minuman dalam jar.comel..but aku prefer gelas lagi besar


Pulut mangga yg best dan calling button (kiri)


Sep 24, 2014

Makan2 di Sahara tent, Seksyen 9 Shah Alam

Assalamualaikum semua,

Kali nie aku try pergi makan kat sahara tent pulak.. ini adalah restoran makanan arab yang terletak dalam plaza shah alam ataupun lebih dikenali sebagai plaza masalam di seksyen 9, shah alam. restoran tue tingkat 2 kalau tak salah.

Banyak dengar review macam best jer makan kat sini..jadi aku pun order roast chicken + nasi mandy dan encik suami pilih kambing. dia peminat kambing kalau time nak makan nasi arab dan time nak makan steak.sebagai pelengkap, kami order mint tea satu teko. yang tue memang berbaloi cuma pahit sket dan kena taruk banyak gula..

For me, nasi ok la..but rasa macam kering sikit..dia ada bagi sup..tapi tak ada salad atau pun cili hijau tue..rasa macam kureng sikit la..

for kambing pulak, encik suami kata kat aroma hijrah, ttdi jaya lagi sedap.mungkin sebab kambing tue dapat tulang yang besar gedabak .tak pun kami yang salah pilih kot..rasa macam patut try roast kambing.

pekerja kat situ semua speaking. taktau la pulak kot2 memang boleh cakap melayu. 

aku lebih suka nasi arab yang ada kuah dalca dan salad serta sup.baru rasa macam lengkap.so far..aroma hijrah kat ttdi shah alam is our kegemaran. looks like we are die hard fan for nasi arab..hehe

tapi so far la kan, if you all have the chance to go to manchester. must try restaurant "al jazeera". the best our nasi arab at manchester. dengan portion nasi yang sangat banyak. boleh share 2 orang. memang best sangat kambing kat situ. 

ini tempat2 yang aku dah pernah try
1) aroma hijrah kat ttdi shah alam
2) d arab cafe kat unisel
3) beriyani selatan kat seksyen 19
4) zam zam kat seksyen 9
5) sahara tent

satu lagi tempat yang aku teringin nak try kat cyberjaya.situ pun dengarnya sedap juga.
ok lah ,let the picture tell the story..





our food , atas-kambing, bawah-ayam







and lastly ....
nasi arab kat manchester..the best ever!!




p/s: mengusik jiwa betul la .if only can tapau...i wish so...















Sep 19, 2014

Makan-makan di seksyen 19 shah alam

Assalamualaikum.Selamat tengahari

Nak cerita pasal makan nie..Shah alam nie kan memang banyak kedai makan..
bagitau jer nak makan apa..mostly semua ada.. dari nasi goreng, nasi beriyani, nasi arab, semua ada lah..

Semalam aku try la pegi makan kat kedai char kuey teow kat seksyen 19 shah alam. nama kedai tue " char kuey teow 696".deretan kedai tue betul2 bersebelahan wisma kak ton. ada gambar kak ton..besar punya board..cuma malam2 x perasan sangat. .semalam baru aku perasan kewujudannya.. hahaha..dan sebelah tue farmasi.

sepinggan char kuey teow biasa (telur+ udang) RM5. dan kalau kosong rm3..yang udang galah pulak rm8. tempat duduk pulak konsep macam kat gerai..boleh angkat sana sini.. tiba2 boleh jadi tempat makan yang baru.asal boleh letak jer..cuma yang x best.nanti dengar la bunyi angkat mengangkat..tapi xdek la menganggu sangat pun..kira boleh lah..

so far ok la makan kat situ..puas hati..boleh datang lagi..insyallah. 

pinjam sat dari google

kat bangunan belakang tue pulak ada cool blog..dah 2 kali aku pergi, asyik coklat habis..huh..pelik sungguh..kegemaran aku kat situ adalah chocolate + mango jelly.. try lah tengok..sedaapppp...bila aku introduce kt kawan2, dah jadi favorite mereka pulak..en suami pun tiba2 suka pulak..semalam aku try mango smoothie.. rasanya macam aiskrim...hurmm..pastu try vanilla + pandan jelly ..tatau apasal jelly dia warna merah la kn. suppose hijau la kan..x best pun..rasa macam susu + air masak..

chocolate +mango jelly ..phewww..

Sep 8, 2014

Status Mara terkini

Assalamualaikum.

sedikit lega hari nie bila check e-baki mara yang pasal aku dah kena blacklist tue..tulis "account under query". sebelum nie status kat situ active.

tapi tak pasti pulak still blacklist atau x.penat dah sebenarnya nak follow up. every month selalu call tapi tak ada progress pun.yang baru2 nie pun sebab mengadu kat kawan sebab dia polis bahagian fraud dan ada sedara dia pulak keje mara.

maybe sebab tue lah status dah berubah..harap2 ok lah..sebab memang tak buat pun kan pinjaman pendahuluan tue..


Feb 20, 2014

I'm Back

Lama betul la tak update. nak berhabuk2 dah my blog nie..
daku balik bersalin kat kg hari tue. situ line internet memang out la..memang aku jauh sekejap dari dunia social internet nie..

banyak betul nak story..tak tau nak start dari mana nie..

dari pengalaman bersalin hingga la anakku dah nak masuk 2 bulan dah.

daku dah terbeli medela freestyle walaupun dah ada medela swing.next-next entri akan aku cerita mengenai breast pump kedua jenis nie..apa perbezaan, kat mana nak beli and my experience using both of them.

my phd journey lagi..wohoooo..dah macam kura2 dah nie..busy nak adapt as a mom. but, aku always kata kat diri aku. you wil have time if you make one..mind set kena kuat nak divide masa antara baby and phd.
wish me luck eh in completing my phd journey. next month dh msuk sem 2..start la drp (defence proposal).stay calm and focus hokay....

ok la..stay tune..

tetiba2 teringat stay calm, eat kangkung..hahaha


LinkWithin