Pages

Sep 30, 2013

Cara nak tangguhkan yuran pengajian UITM

Salam semua,

Syukur alhamdullillah yuran pengajian dapat ditangguhkan sehingga 31 october 2013..Mula2 aku ada buat kaedah yang hantar email ke bahagian kewangan (rujuk kat Facebook bahagian kewangan UITM) , tapi no respon pun.last2 jumpa dekan ipsis sendiri setelah ada kawan inform yang dia berjaya dapat sehingga 30 nov 2013.

surat penangguhan yuran uitm


Prosedur permohonan:

  1. Sediakan surat rasmi untuk penangguhan yuran(letak details no pelajar, nama penuh, no ic) dan nyatakan sebab nak minta tangguh.
  2. minta sokongan dari dekan fakulti, timbalan dekan pun boleh.
  3. jumpa dekan ipsis(Tingkat 2, Blok 8, intekma resort), bawa bersama surat penangguhan yang dah dicop oleh dekan/timbalan fakulti. kalau ada surat tawaran biasiswa, bawa bersama untuk tunjuk jer..
  4. setelah dapat penangguhan, pergi bendahari, blok yang sama (tingkat 3,Blok 8, intekma resort), bagi yang original , photostat untuk salinan sendiri (boleh minta pejabat ipsis buatkan).

sebelum habis tarikh penangguhan, kena ulang prosedur kat atas untuk buat penangguhan lagi sampai la dapat surat biasiswa dari KPT (tak ada limit nak mohon berapa kali) untuk student research tapi kalau student yang ada exam (biasanya sehingga sebelum ambil exam).


Sep 23, 2013

Kerja sebagai sales executive di Easy RHB

Salam semua,

Sini aku nak cerita sikit mengenai kerja di Easy RHB.

Gaji starting untuk sales executive easy RHB dengan degree, RM1800 dan RM300 untuk elaun telefon (yang nie kena claim kemudian). waktu kerja pula, tengok location kerja. kalau kat shopping mall (biasanya pukul 10 pagi sehingga 10 malam), kalau kat shop lots (biasanya pukul 9 pagi hingga 8 malam).

easy kat shopping mall
easy kat shop lots

sebelum nak start kerja, kena pergi training dalam 4 hari. macam aku hari tue, dia suruh gi kat rhb training center kat Bangi. dari isnin sampai khamis. mileage boleh claim, tapi starting from location easy tue (bukan dari rumah) ke tempat training. selain kat bangi, ada jugak training but kat hotel kat KL. lepas training, kena ambil exam untuk dapatkan sijil jual insurans (kalau tak lepas, x boleh kerja). 

Kerja sebagai sales executive kena capai target untuk setiap bulan mengikut produk2 yang ada (loan asb, personal loan, insurans dan kad debit). setiap bulan , pekerja akan diberi gred berdasarkan target yang dicapai (A,B,C,D). untuk dapat A perlu capai target untuk kesemua produk. lepas tue, performance akan dimonitor, kalau asyik dapat D, jawapannya kena terminate la.. selepas setahun, baru akan diserap jadi pekerja tetap. sebelum tue, anytime boleh kena terminate kalau tak capai target. 

Mostly semua nie banyak bergantung kepada manager branch tue. macam manager kat putra height dulu, dia suruh capai target dulu, and if dah capai, kalau nak cuti pun cuti la. janji dah capai target. dia bagi contoh macam dalam sebulan ada 30 hari, 26 hari untuk capai target, 4 hari untuk prepare for the next month. maknanya kena ada plan untuk next month. 

boleh duduk kat ofis atau pergi jumpa client, itu semua tengok keadaan dan tengok manager. ada hari yang kita kena edar flyers. ada hari kena duduk ofis. nak capai target tue semua tengok kesungguhan dan kerajinan kita. memang kena rajin edar flyers, rajin jumpa client. tak boleh nak harapkan walk in customer jer..

setakat nie perkongsian berdasarkan penceritaan manager esay masa aku interview dan kawan2 aku yang kerja sebagai sales executive. tapi aku dah reject offer nie sebab lambat sangat prosesnyer..boleh rujuk kat sini kenapa aku reject offer RHB.

http://flowersoflifez.blogspot.com/2013/05/rezeki-mencurah2.html

p/s: semuanya bergantung pada diri sendiri untuk mulakan kerja. tak salah nak cari pengalaman tapi jangan sampai menyusahkan diri..

LinkWithin