Pages

Jul 19, 2013

IELTS exam sekali lagi..oh no!!!

Salam semua,

Hari nie pagi2 lagi aku dah dapat call dari coordinator pspm yang minta aku ambil exam ielts sekali lagi. result exam ielts aku akan expired pada 20 ogos nie. dan dia kata mesyuarat kementerian pengajian tinggi akan dibuat pada bulan 9. means result aku akan expired by that time.



untuk pengetahuan semua, ada 2 test center iaitu british council dan juga IDP. boleh klik link untuk details.
dan aku lebih prefer IDP sebab tempat dekat dengan Shah Alam iaitu kat Subang Jaya, near to Taylor's college.

untuk ambik exam nie, akan ada selected date and kena booking awal . takut penuh.. register boleh buat online atau walk in. 

basically ielts nie ada 2 part

1. speaking
2. writing, listening and reading (written test)

both part ada yang dijalankan pada hari yang sama dan ada pada hari yang berlainan.

dan tarikh yang aku boleh pilih ialah pada 3 ogos untuk written test dan 31 julai untuk speaking test.
yuran pulak dah semakin mahal. dah jadi RM 610, last time aku ambil masa tahun 2011, fee hanya RM550.

preparation aku dulu hanyalah dengan beli sebuah buku  and tengok video kt internet. dalam buku tue banyak jugak latihan yang boleh dibuat. aku masih ingat lagi time tue hanya seminggu untuk study. dan terus ambil exam. alhamdullilah masa tue aku lepas requirement MARA (6.5).

hopefully kali nie aku dapat lepas jugak..dengan requirement 5 sebab study dalam Malaysia. pening aku dalam malaysia pun kena ambil ielts, why not guna MUET jer untuk buktikan kemampuan bahasa inggeris. 

wish me luck..


LinkWithin