Pages

Aug 29, 2013

BSP (check gula) ketika mengandung

Assalamualaikum,

Aku disahkan mengidap kencing manis ketika mengandung ataupun GDM. masa tue kandungan baru 12 minggu. selepas test MGTT (18/6/13), aku kena minum air gula (manis nak mati).tips nak minum air gula tue, minum terus, jangan sikit2, nanti rasa nak muntah. bacaan sebelum 5.6 mmol/L dan selepas 9.6 mmol/L. kalau ikutkan my parents xdek pun kencing manis. tapi kena buat jugak sebab berat masa mengandung lebih 80kg. kebanyakan GDM patient nie, sebab keturunan. kalau mak atau ayah ada kencing manis, memang kena la buat MGTT test . dah ada 2 nurse yang tanya sama ada mak atau ayah ada kencing manis, dorang memang suspect sebab keturunan. maybe my parents ada kot, cuma diorang tak tahu. sebab mak suka sangat makan manis2.

Meh nak citer sikit apa BSP tue. BSP nie ataupun Blood Sugar Profile dimana kena ambil darah sebanyak 4 kali dalam 1 hari (8am, 10am, 2pm, 8pm) dan kena buat every 2 weeks. keesokannya lepas buat BSP kena jumpa doctor untuk review BSP.

bacaan pertama masa pukul 8pg. malam sebelum tue kena puasa,jangan makan apa2 selepas pukul 10mlm, nak pastikan perut kosong sekurang-kurangnya 8 jam.lepas ambil darah yang pertama, boleh makan apa2, and then selepas 2 jam, kena ambil darah lagi. contohnya, kita last makan pukul 8.15 pagi, pukul 10.15 pagi kena ambil untuk bacaan yang ke2. lepas tue utk bacaan ke 3 pada pukul 2 petang, last makan pukul 12 tengahari. dan bacaan terakhir pada pukul 8 malam, last makan pukul 6 petang.
result BSP
Dua kali jer aku buat bsp sebelum bulan puasa (3/7/13) dan (28/8/13). dan yang lain tue semua masa berpuasa.

kalau masa bulan puasa pulak..bacaan 4 kali jugak iaitu kena ambil bacaan sebelum sahur (pre-sahur), lepas tue 2 jam selepas sahur. biasanya aku akan ambil bacaan pukul 5 pg dan 8.30 pagi. bacaan ke 3 sebelum berbuka puasa, dalam pukul 6-7 mcm tue. and then after berbuka (2 jam lepas berbuka), dalam pukul 10 mlm mcm tue.

jarum, pen untuk jarum (tengah) , glucometer dan test strip (atas kanan)
Untuk nak memudahkan aku buat BSP, bacaan untuk first time, aku gi buat dekat klink kesihatan(kk), penat jugak la, kena ulang gi kk tue..last2 aku decide untuk beli glucometer dari farmasi (macam dalam gambar kat atas tue). Harga aku beli RM170.00, dapat sekali 25 test strip dan 100 jarum .kena beli jugak alcohol swab (RM7.50). alat nie ada warranty lifetime. jadi tak la rugi beli. farmasi pun ada ajar cara nak guna alat nie..kelebihan accu-check perfoma nie berdasarkan apa yang farmasi tue cakap ialah tak perlukan darah yang banyak untuk nak ambil bacaan, tak macam alat2 yang lain.


test strip
Harga bagi test strip nie agak mahal la jugak. Aku beli 25 strip dengan harga RM 47.52 (after dapat diskaun 15%).test strip nie sekali pakai jer.jarum pulak maksimum 3 kali cucuk pada orang yang sama.kalau tukar orang, kena tukar jarum.

Inilah experience aku GDM masa pregnant. Harap2 dapat jadikan panduan untuk mommies kt luar yer.

p/s: Today review BSP, dah kena cucuk insulin start malam nie.next entry, aku akan cerita pasal insulin pulak yer.

No comments:

LinkWithin