Pages

Sep 24, 2014

Makan2 di Sahara tent, Seksyen 9 Shah Alam

Assalamualaikum semua,

Kali nie aku try pergi makan kat sahara tent pulak.. ini adalah restoran makanan arab yang terletak dalam plaza shah alam ataupun lebih dikenali sebagai plaza masalam di seksyen 9, shah alam. restoran tue tingkat 2 kalau tak salah.

Banyak dengar review macam best jer makan kat sini..jadi aku pun order roast chicken + nasi mandy dan encik suami pilih kambing. dia peminat kambing kalau time nak makan nasi arab dan time nak makan steak.sebagai pelengkap, kami order mint tea satu teko. yang tue memang berbaloi cuma pahit sket dan kena taruk banyak gula..

For me, nasi ok la..but rasa macam kering sikit..dia ada bagi sup..tapi tak ada salad atau pun cili hijau tue..rasa macam kureng sikit la..

for kambing pulak, encik suami kata kat aroma hijrah, ttdi jaya lagi sedap.mungkin sebab kambing tue dapat tulang yang besar gedabak .tak pun kami yang salah pilih kot..rasa macam patut try roast kambing.

pekerja kat situ semua speaking. taktau la pulak kot2 memang boleh cakap melayu. 

aku lebih suka nasi arab yang ada kuah dalca dan salad serta sup.baru rasa macam lengkap.so far..aroma hijrah kat ttdi shah alam is our kegemaran. looks like we are die hard fan for nasi arab..hehe

tapi so far la kan, if you all have the chance to go to manchester. must try restaurant "al jazeera". the best our nasi arab at manchester. dengan portion nasi yang sangat banyak. boleh share 2 orang. memang best sangat kambing kat situ. 

ini tempat2 yang aku dah pernah try
1) aroma hijrah kat ttdi shah alam
2) d arab cafe kat unisel
3) beriyani selatan kat seksyen 19
4) zam zam kat seksyen 9
5) sahara tent

satu lagi tempat yang aku teringin nak try kat cyberjaya.situ pun dengarnya sedap juga.
ok lah ,let the picture tell the story..





our food , atas-kambing, bawah-ayam







and lastly ....
nasi arab kat manchester..the best ever!!




p/s: mengusik jiwa betul la .if only can tapau...i wish so...















Sep 19, 2014

Makan-makan di seksyen 19 shah alam

Assalamualaikum.Selamat tengahari

Nak cerita pasal makan nie..Shah alam nie kan memang banyak kedai makan..
bagitau jer nak makan apa..mostly semua ada.. dari nasi goreng, nasi beriyani, nasi arab, semua ada lah..

Semalam aku try la pegi makan kat kedai char kuey teow kat seksyen 19 shah alam. nama kedai tue " char kuey teow 696".deretan kedai tue betul2 bersebelahan wisma kak ton. ada gambar kak ton..besar punya board..cuma malam2 x perasan sangat. .semalam baru aku perasan kewujudannya.. hahaha..dan sebelah tue farmasi.

sepinggan char kuey teow biasa (telur+ udang) RM5. dan kalau kosong rm3..yang udang galah pulak rm8. tempat duduk pulak konsep macam kat gerai..boleh angkat sana sini.. tiba2 boleh jadi tempat makan yang baru.asal boleh letak jer..cuma yang x best.nanti dengar la bunyi angkat mengangkat..tapi xdek la menganggu sangat pun..kira boleh lah..

so far ok la makan kat situ..puas hati..boleh datang lagi..insyallah. 

pinjam sat dari google

kat bangunan belakang tue pulak ada cool blog..dah 2 kali aku pergi, asyik coklat habis..huh..pelik sungguh..kegemaran aku kat situ adalah chocolate + mango jelly.. try lah tengok..sedaapppp...bila aku introduce kt kawan2, dah jadi favorite mereka pulak..en suami pun tiba2 suka pulak..semalam aku try mango smoothie.. rasanya macam aiskrim...hurmm..pastu try vanilla + pandan jelly ..tatau apasal jelly dia warna merah la kn. suppose hijau la kan..x best pun..rasa macam susu + air masak..

chocolate +mango jelly ..phewww..

Sep 8, 2014

Status Mara terkini

Assalamualaikum.

sedikit lega hari nie bila check e-baki mara yang pasal aku dah kena blacklist tue..tulis "account under query". sebelum nie status kat situ active.

tapi tak pasti pulak still blacklist atau x.penat dah sebenarnya nak follow up. every month selalu call tapi tak ada progress pun.yang baru2 nie pun sebab mengadu kat kawan sebab dia polis bahagian fraud dan ada sedara dia pulak keje mara.

maybe sebab tue lah status dah berubah..harap2 ok lah..sebab memang tak buat pun kan pinjaman pendahuluan tue..


Feb 20, 2014

I'm Back

Lama betul la tak update. nak berhabuk2 dah my blog nie..
daku balik bersalin kat kg hari tue. situ line internet memang out la..memang aku jauh sekejap dari dunia social internet nie..

banyak betul nak story..tak tau nak start dari mana nie..

dari pengalaman bersalin hingga la anakku dah nak masuk 2 bulan dah.

daku dah terbeli medela freestyle walaupun dah ada medela swing.next-next entri akan aku cerita mengenai breast pump kedua jenis nie..apa perbezaan, kat mana nak beli and my experience using both of them.

my phd journey lagi..wohoooo..dah macam kura2 dah nie..busy nak adapt as a mom. but, aku always kata kat diri aku. you wil have time if you make one..mind set kena kuat nak divide masa antara baby and phd.
wish me luck eh in completing my phd journey. next month dh msuk sem 2..start la drp (defence proposal).stay calm and focus hokay....

ok la..stay tune..

tetiba2 teringat stay calm, eat kangkung..hahaha


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...