Pages

Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Nov 23, 2013

MISI Memilih set berpantang yang sesuai

Holla!!!

Ini first time aku nak berpantang. Nervous pun ada..Risau semua ada la..Aku nie sebenarnya tak suka sangat pun nak berpantang2 nie..mak aku pun xdek pantang sangat. displin pun ke laut. cam mana ntah nak pantang. sebelum kawen pun, berat tak la ideal pun.tapi sebab aku tinggi (x dek la tinggi sangat pun), aku xdek la nampak obese sangat. nampak berisi jer la..jadi aku pun rilex jer, maintain gemuk..hahahaha..


ok..back to the story pasal pemilihan produk nie..at first aku ada gak la google2..banyak gak info yang membantu..pastu aku gi toko jamu...survey harga pulak..

at first macam berkenan dengan set ibu halimah sebab lengkap semua, ada bengkung, tungku herba, pilis.
harga pun boleh tahan RM 320..and set nie tahan lama, untuk 2,3 bulan. tapi set nie hanya boleh makan 2 minggu lepas bersalin sebab 1. takut baby kuning sebab makan jamu and 2. jamu kan panas. so, aku x ambik la set nie.



ada satu lagi set ibu halimah gak, tapi yang beza, jamu ada 2 botol jer, yang atas ada 4 botol , pastu xdek herba mandi.
boleh beli asing, harga dalam RM35, set nie harga RM190

pastu aku tengok pulak set bersalin NR, harga boleh dapat RM300. tapi tak ada bengkung, tungku and param, pilis tue..bila aku survey online, boleh dapat RM280 and ada free gift yang boleh pilih2..


Set bersalin NR

param pilis tue boleh beli set sari ayu, harga dalam RM47. and param, pilis dia jenis lotion.xyah bancuh2..tapel dan minyak telon pun ada.



kalau pilis yang tradisional tue, 1 paket RM1 jer.



yang set2 lain, macam salindah, aku x berapa berkenan..sebab semua pil2 yang kena makan,dia ada full set utk mengandung and berpantang..tue pun aku baru tau..jadi aku tanya untuk yang berpantang jer..orang tue suh amek produk dari L7 sehingga L12. harga RM220.nie aku survey online..kalau kat kedai hanya ada full set.



pastu aku tengok lak air manchur..yang nie macam tradisional jer..macam dari indonesia jer..murah pun murah..kat mydin pun ada..harga dalam RM60. tapi xdek bengkung, tungku.
pastu xtau ada approve dari kkm tak.

set mustika ratu pun ada gak..tapi semua macam jamu2 jer...nie pun kat mydin ada.harga pulak dalam RM200.





last2 after aku survey online review, banyak yang puas hati dengan produk NR. especially pil phytonatal tue. dari feedback, mengatakan senang nak membuang dan tak panas macam makan jamu. ok la untuk nak breastfeed anak..

so, sekarang aku ingat nak ambik produk NR , bengkung beli asing (range harga dalam RM35-50). setakat nie aku ingat nak bengkung mak dara kot..kain macam ok jer..bengkung NR pun ok gak...bengkuk mak dara dan NR harga RM50. bengkung leesa RM49 and bodycare RM35. bengkung sendayu tinggi RM40.semua nie free saiz kecuali bodycare.and tali zig zag.



tungku pulak pakai tungku batu jer..ada gak tungku herba (nie pun macam2 brand ada). mak dara(RM50).tungku leesa formula, harga RM49...tunggu nak pilih jer ikut harga.dari survey aku, tungku mak dara besar sket dari tungku leesa.ada gak tungku tanah liat.katanya lebih kurang tungku batu.

tungku besi pun ada..bentuk macam pin bowling jer..nie aku x minat..for sure la berat kan..jenuh nak angkat.

ok lah..sekarang xtau nak beli kat kedai atau online jer..nanti lah aku decide..nak beli online pun risau gak, takut kena tipu jer..kat kedai lebih rasa selamat..huhuhu..tapi aku tengok sorang penjual online nie macam ok jer..blog dia pn sangat berguna..banyak betul info2 yang sangat berguna ..nama dia Kak engku..and ok gak feedback dari pembeli dia..


Nov 14, 2013

Review BSP, check blood pressure and urine test

Hari nie macam biasa la aku akan pergi review bsp kt klinik kesihatan seksyen 7, shah alam.

Sekali dah disahkan ada GDM ataupun kencing manis ketika hamil. every 2 weeks memang wajib buat BSP dan esoknya kena gi jumpa doktor untuk review BSP.kalau bacaan gula x berapa ok, maka jadilah setiap minggu kena buat BSP.

nasib baik lah aku ada meter sendiri untuk check gula kan..kalau tak, 4 kali sehari kena gi klinik. penat tuuu..tapi ada kawan aku cakap, ada klinik yang bagi pinjam meter, esoknya pulang semula.

macam aku nie, sebab bacaan gula aku waktu awal pagi (8 am) selalu out, aku dah kena cucuk insulin setiap malam sejam sebelum tidur.  biasa limit gula yg dibenarkan ialah 5.2 kat klinik seksyen 7 (diorang ikut hospital klang). lain hospital lain limit tau..macam kat hosp. sg buloh, limit 5.6 mcm tue.

bila dah kena cucuk insulin nie (now dah 10 unit), every week la aku wajib buat review BSP. letih gak bila pikir balik, tapi nak buat macam mana, untuk baby gak kan..jadi aku redha dan pasrah jer la..

Last two days, masa aku gi check perut, tiba2 blood pressure (BP) pula tinggi (130/90) . terus aku kena buat BP selang sehari..tapi yang nie nasib baik, boleh jer wat kat farmasi atau klinik private. biasa farmasi cas RM5 macam tue. 

Masa nak buat medical check up minggu lepas, tiba2 urine test pulak sangkut. sebab ada albumine. kalau ada yang nie, maknanya air kencing kotor. kalau yang nie, selang sehari gak la kena gi buat urine test. nasihat doktor suruh minum banyak2 air masak (at least 2 botol besar sehari), minum air barli. bila nak amek urine test nie kan, wajib gak buat BP sekali. 

biasa aku buat kat klinik noor hajar seksyen 18, situ cas RM10 . hari tue saja la nak try gi klinik yg sebelah tue (klinik nik isahak), terkejut aku diorang cas RM16 (jumpa doktor:RM10, urine test: RM6). banyak gak beza tue, 6 hengget gak. urine test tue guna strip jer pun..kat farmasi xpernah la aku try pulak (sebab ada urine test kan). 

dan tadi aku tanya la kat doctor pasal due date bersalin..kalau once dah cucuk insulin, memang kena bersalin x boleh melebihi 38 weeks (sebab takut baby besar). maknanya kena serah diri la kalau tak bersalin lagi 38 weeks tue. kalau belum cucuk insulin, boleh lagi tunggu sehingga due date. 

tak dapat bayangkan kalau aku bekerja, nasib baik la sekarang nie aku tengah sambung study, masa agak fleksibel..kalau tak, mesti aku lagi stress dan tertekan.

Sep 22, 2013

Cucuk insulin ketika mengandung

Salam,

Hari nie pergi buat review BSP. aku dah agak dah mesti aku akan kena cucuk insulin. kalau ikutkan bacaan aku tak dek la tinggi sangat pun..bacaan aku 5.7. tapi doctor nak bacaan bawah 5.2 (ikut standard hospital klang) ketika ambil darah pukul 8 pg tue. bacaan aku selalu mesti lebih dari tue..pling tggi 6.1.cuba tengok yang bulat2 kat bawah tue..itu semua maksudnya tinggi.

yang bulat2 tue, kira bacaan tinggi


tapi aku sendiri pun pelik..hari tue,kalau ikutkan doktor tue dah nak suruh aku cucuk insulin masa kandungan 17 minggu lagi.pastu dia tanya aku nak bersalin kt mana, aku cakap kat hospital sg buloh kot .kat sg buloh , bacaan gula limit sehingga 5.6. jadi aku pun x kena cucuk..doktor tue ada cakap kalau bersalin kt hospital klang, bacaan kena lagi rendah dari 5.2. maknanya lagi strict la. aku rasa limit nie depend on hospital kot berdasarkan kes2 yang pernah dialami. sebab dorang nak make sure before bersalin, gula limit rendah..
alat untuk cucuk insulin

And then, aku kena gi buat appointment kt hospital sg buloh.yang nie ikut tempat kita nak bersalin..kalau nak bersalin hospital klang, klinik yang akan buatkan appointement untuk kita.

sebulan sekali kena gi hospital untuk check up dengan specialist. tapi dengan klinik kesihatan (KK) pun kena gi check up gak setiap minggu untuk BSP review. 

takut pulak nak kena cucuk insulin nie..takut effect baby .aku dah tanya kat doctor, tapi dia kata x effect baby pun..insulin nie untuk kontrol kandungan gula.takut gula terlebih akan masuk ke baby, baby jadi besar sangat, nanti susah nak bersalin.cucuk insulin nie kena buat sampai la bersalin.

nasib baik alat untuk cucuk dan insulin nie dapat free daripada KK tapi jarum terpaksa la beli sendiri. dos yang aku kena cucuk ialah 6 unit dan hanya sekali sehari iaitu waktu malam , sejam sebelum tidur. ada yang cucuk 2 kali sehari. yang nie kena ikut doktor. Insulin nie pun ada banyak jenis.aku dapat yang macam kat bawah.

tempat nak cucuk pula, lengan kanan dan kiri, paha kanan dan kiri dan perut.tempat2 yang ada lemak. cucuk pula tukar2 tempat, takut nanti jadi lenguh sebab tempat yang sama jer..setakat nie aku tak pernah cucuk lagi kat perut, selalu kat paha jer..sebab situ tak rasa lenguh berbanding kat lengan.
lepas cucuk, doktor suruh minum susu. tak nak bagi tiba2 bacaan pagi jadi tinggi sebab badan bertindak balas kalau gula rendah sangat sebagai perlindungan kepada sistem badan.
jarum untuk cucuk 
insulin
After cucuk insulin nie, doktor ada pesan , kalau malam tue tiba2 terbangun dari tidur, rasa pening, menggigil, dia suruh minum benda yang manis (dalam setengah cawan air oren manis). takut masa tue jadi hypoglycemia. keadaan nie jadi bila kandungan gula dalam badan sangat rendah iaitu bawah 4.0.

yang insulin nie boleh pakai sebulan jer, jadi kena la tulis tarikh bila start pakai insulin..kalau ada stock, kena simpan dalam peti ais, bahagian bawah peti ais , tempat letak sayur tue.

dan kalau nak bawa insulin ketika naik flight dalam negara. tak perlu surat pun.cuma kena letak insulin tue dalam ice box. jarum pulak tak boleh bawak, yang tue perlukan surat khas..jadi nak pergi mana2, beli jer jarum tue kemudian. aku pernah bawak insulin nie ketika fly dari kota bharu ke KLIA, masa tue letak dalam freezer bag jer.. nasib lepas jer..

kalau flight ke luar negara, maybe lain sikit sebab depend pada imigresen kat sana..jadi kena pastikan dokumen yang perlu ada, kena la bawak.takut masalah pulak nanti kan..

Jarum aku beli dengan harga RM75 untuk 100 pcs kat Multicare Pharmacy Seksyen 18, Shah Alam.sila mintak diskaun, cuba tengok harga kat kotak (RM92 hengget)..pengsan!!! ada jugak jual loose (10pcs) RM8. farmasi tue nasihat pakai sekali jer untuk hygiene..ada gak aku tengok blogger yang beli dengan harga yang lebih murah (RM59) kat farmasi hospital putrajaya.

jarum

dalam kotak-100pcs




Aug 29, 2013

BSP (check gula) ketika mengandung

Assalamualaikum,

Aku disahkan mengidap kencing manis ketika mengandung ataupun GDM. masa tue kandungan baru 12 minggu. selepas test MGTT (18/6/13), aku kena minum air gula (manis nak mati).tips nak minum air gula tue, minum terus, jangan sikit2, nanti rasa nak muntah. bacaan sebelum 5.6 mmol/L dan selepas 9.6 mmol/L. kalau ikutkan my parents xdek pun kencing manis. tapi kena buat jugak sebab berat masa mengandung lebih 80kg. kebanyakan GDM patient nie, sebab keturunan. kalau mak atau ayah ada kencing manis, memang kena la buat MGTT test . dah ada 2 nurse yang tanya sama ada mak atau ayah ada kencing manis, dorang memang suspect sebab keturunan. maybe my parents ada kot, cuma diorang tak tahu. sebab mak suka sangat makan manis2.

Meh nak citer sikit apa BSP tue. BSP nie ataupun Blood Sugar Profile dimana kena ambil darah sebanyak 4 kali dalam 1 hari (8am, 10am, 2pm, 8pm) dan kena buat every 2 weeks. keesokannya lepas buat BSP kena jumpa doctor untuk review BSP.

bacaan pertama masa pukul 8pg. malam sebelum tue kena puasa,jangan makan apa2 selepas pukul 10mlm, nak pastikan perut kosong sekurang-kurangnya 8 jam.lepas ambil darah yang pertama, boleh makan apa2, and then selepas 2 jam, kena ambil darah lagi. contohnya, kita last makan pukul 8.15 pagi, pukul 10.15 pagi kena ambil untuk bacaan yang ke2. lepas tue utk bacaan ke 3 pada pukul 2 petang, last makan pukul 12 tengahari. dan bacaan terakhir pada pukul 8 malam, last makan pukul 6 petang.
result BSP
Dua kali jer aku buat bsp sebelum bulan puasa (3/7/13) dan (28/8/13). dan yang lain tue semua masa berpuasa.

kalau masa bulan puasa pulak..bacaan 4 kali jugak iaitu kena ambil bacaan sebelum sahur (pre-sahur), lepas tue 2 jam selepas sahur. biasanya aku akan ambil bacaan pukul 5 pg dan 8.30 pagi. bacaan ke 3 sebelum berbuka puasa, dalam pukul 6-7 mcm tue. and then after berbuka (2 jam lepas berbuka), dalam pukul 10 mlm mcm tue.

jarum, pen untuk jarum (tengah) , glucometer dan test strip (atas kanan)
Untuk nak memudahkan aku buat BSP, bacaan untuk first time, aku gi buat dekat klink kesihatan(kk), penat jugak la, kena ulang gi kk tue..last2 aku decide untuk beli glucometer dari farmasi (macam dalam gambar kat atas tue). Harga aku beli RM170.00, dapat sekali 25 test strip dan 100 jarum .kena beli jugak alcohol swab (RM7.50). alat nie ada warranty lifetime. jadi tak la rugi beli. farmasi pun ada ajar cara nak guna alat nie..kelebihan accu-check perfoma nie berdasarkan apa yang farmasi tue cakap ialah tak perlukan darah yang banyak untuk nak ambil bacaan, tak macam alat2 yang lain.


test strip
Harga bagi test strip nie agak mahal la jugak. Aku beli 25 strip dengan harga RM 47.52 (after dapat diskaun 15%).test strip nie sekali pakai jer.jarum pulak maksimum 3 kali cucuk pada orang yang sama.kalau tukar orang, kena tukar jarum.

Inilah experience aku GDM masa pregnant. Harap2 dapat jadikan panduan untuk mommies kt luar yer.

p/s: Today review BSP, dah kena cucuk insulin start malam nie.next entry, aku akan cerita pasal insulin pulak yer.

LinkWithin