Pages

Oct 20, 2017

Cara Mudah & Murah Pos Barang guna Easyparcel

Assalamualaikum semua,


Jom nak share mengenai cara yang paling murah dan jimat untuk pos barang..

Siap posmen datang pick lagi kat rumah.boleh letak apa2 alamat yang kita nak dia pick up. 
dan yang paling best nak pos 1 barang jer pun boleh. 

hanya perlu ada printer untuk nak print tracking slip. 

Kalau tak ada pun tak apa, janji boleh print kat mana2. Tracking slip dalam bentuk pdf.

Dan yang paling menarik sekali adalah pasal cas pos

Lagi murah dari pos kat pejabat pos

Sekarang tengh offer, cas pos hanya RM5.90 sahaja untuk 1kg barang ke Semenanjung Malaysia..best kan.biasa normal harga RM7.80. bila daftar akan terus dapat RM25 free credit. dah terus boleh guna.tapi nak jimat. sila lah top up dulu untuk dapat harga special. 

tekan sini

                                          


Nak dapat rate murah nie, kena top up paling minimum RM100. tak rugi pun sebab kita dapat guna kesemua RM100 tanpa potongan apa2 caj. ada expiry date macam top up handphone iaitu dalam tempoh sebulan untuk RM100. ada lagi banyak pakej lain. top up rm300, untuk 3 bulan. boleh pilih mana2 ikut kesesuaian.dan ada pakej yang dapat free flyers dan diskaun lagi.

ada banyak lagi pilihan pakej
pakej lain yang available


                        
Boleh pilih mana2 syarikat courier, ada banyak pilihan selain poslaju. contohnya nationwide,skynet,gdex, dan bergantung ikut poskod tempat.biasa poslaju memang semua tempat lah ada

Untuk barang2 yang berat lebih dari 1kg..
cas pos pun hanya RM10. 
yang nie poslaju biasa lagi mahal. 
boleh pilih courier lain macam nationwide, gdex, skynet dan lain2. nie pun mereka datang pick up barang di rumah.

jadi dah jimat dah kan kos dan masa untuk beratur pos barang. 

apa lagi. meh la kita cuba :)

contoh harga.boleh tengok harga vip lagi murah kan. yang nie berat 1 kg.

Apr 22, 2017

Apa perlu buat bila kad pelajar UITM hilang ??

Assalamualaikum semua,


Kali nie memang stress jugak la.tiba2 jer lesap kad pelajar.. puas cari satu rumah, dalam kereta tapi tak jumpa jugak..nak masuk uitm jadi susah sebab tak boleh nak lepas palang.. nak masuk bilik postgrad pun jadi susah.


Adoiiii...


Last2 terpaksa la pergi buat kad yang baru. Nie aku senaraikan langkah-langkah yang perlu dibuat


1) buat report kat polis bantuan UiTM.


2) Bayar denda RM30, boleh bayar kat kaunter bendahari dalam polis bantuan tue.


3) Pergi menara SAAS tingkat 6 (bahagian infotech), ada lift tau, lift berdekatan surau lelaki.


tunjuk resit dan salinan report polis bantuan, kat sini dia akan tanya nak tangkap gambar baru atau guna yang lama.. So, aku pilih yang lama jer...senang..


dan tunggu sekejap...tadaaaa. 5 minit dah siap on the spot..yang nie lah part paling best :)


dah tue...aku kena la aktifkan akses untuk parking berpalang.. yang nie leceh sikit..
sebab kena daftar stiker kereta dulu kat student portal.pergi kat bahagian eHep



seterusnya kat bahagian permohonan stiker. klik permohonan. kat sini perlukan maklumat kereta macam no road tax. dan detail pasal lessen memandu (bila expiry, no lessen memandu).
dah siap boleh klik semakan. pastikan status tulis disokong.kemudian klik la cetak. bawa cetakan tue ker bahagian keselamatan untuk ambil stiker (harga RM2).

dah ada stiker barulah boleh teruskan ke bahagian untuk aktifkan palang. guna system online. boleh klik kat sini.klik kat borang permohonan. cuma pilih jenis permohonan.dan yang lain info semua automatic akan ada sendiri (no stiker, nombor wigend).

SISTEM PENDAFTARAN PARKIRAN BERPALANG (SPB) UiTM SHAH ALAM

borang permohonan spb uitm
Borang permohonan spb uitm
dah setel tekan hantar.boleh semak status kat status permohonan. kita akan dapat email bila dah diluluskan. selalu sehari dua dah dapat dah.
status spb uitm

contoh email lulus

untuk akses ke bilik postgrad pulak, kena jumpa bahagian teknikal dan daftar semula sebab kad baru kan..

ok la..the end..satu hari dah boleh buat semua..dengan syarat buat dari pagi..

kat sini aku sertakan sekali no telefon untuk rujukan, senang tak clear apa-apa, call dulu Tanya.

INFOTECH  Tel : +603 5544 2203

POLIS BANTUAN UITM
WAKTU URUSAN PEJABAT DAN KAUNTER PEMBAYARAN SAMAN DAN PEMBELIAN PELEKAT KENDERAAN
ISNIN - KHAMIS
8:00AM - 1:00PM...
1:00PM - 2:00PM (REHAT)
2:00PM - 5:00PM

JUMAAT
8:00AM - 12:15PM
12:15PM - 2:45PM (REHAT)
2:45PM - 5:00PM
SABTU/AHAD CUTI UMUM (CUTI)
TALIAN KECEMASAN 24JAM POLIS BANTUAN UiTM SHAH ALAM
03-55442157 / 03-55443999

SPB UITM .Tel: 03-55448050 atau email ke spbuitm@salam.uitm.edu.my untuk sebarang pertanyaan lanjut




Mar 31, 2017

Rawatan pergigian di klinik Nurul Adha

Salam semua,
 بسم الله الرحمن الرحيم
Sesi Perbualan Tamat
Dah 2 bulan aku menderita sakit gigi. start sakit gigi bulan 9 time raya haji.gigi geraham belakang aku dah berlubang..uwaaa..time pregnant aku tak berani nak tampal, pastu dah bersalin & pantang kan..so aku cadang tunggu lepas pantang.and at last aku terpaksa juga pergi dentist..sakit berdenyut2 kat pipi setiap malam.siang ok la pulak..hasil google2 , katanya bakteria kan lagi aktif waktu malam..so aku pergi la klinik pergigian uitm. dekat pusat kesihatan uitm.klinik nie buka office hour isnin hingga jumaat..kalau untuk tampal gigi..terus dapat rawatan.macam aku hari tu kena tampal n scaling.so  dia boleh buat 1 rawatan jer setiap kali datang.scaling dia bagi tarikh appointment lain.

Nyilu dan seram giler la masa tampal tue sebabnya tak ada bius..pastu aku asyik kena marah,katanya gerak2 lidah dan keraskan badan.aku bukan nak buat gitu pun la..dah sakit, tindakan refleks kot..eeeiii..garang betul dentist yang aku jumpa hari tue..dah la siap suruh aku pegang tiub untuk sedut air liur, pastu marah aku cakap jangan tarik..aku nampak pun tidak.pakai spek besar tue kan.aku statik jer kot. dia yang tarik untuk cuci..mana la aku nampak..
tapi dentist masa scaling ok la pulak..elok jer cakap.. 
credit fb klinik adha

so lepas 1 bulan aku tampal, gigi aku sakit balik..memang nightmare sungguh la..start la berdenyut2 time malam..nak tido pun memang tak boleh..uwaaa...dah tue aku yang start x tahan sangat sakit malam ahad..ahad pulak jarang ada yang klinik buka kan...

hasil pencarian di google..akhkirnya jumpa juga klinik yang buka ahad. klinik pergigian adha kat alam avenue.betul2 sederet dengan speedmart.klinik tue tingkat atas.
waktu operasi

So. aku awal2 pagi dah datang.klinik buka pukul 9.30 pagi .parking banyak kosong.aku orang ke 2 yang datang. sampai turn aku..ok la dia bagi bius..so masa tampal, tak ada la lidah bergerak2 kan. dentist suruh aku relax, baru la tak sakit katanya.lega sangat2 pas tampal tue.gigi dah tak sakit..masa kat klinik gigi uitm hari tue.maybe dentist tak dapat nak betul2 buat kot..yer la..dah bergerak2 lidah so maybe nampak tak nampak sangat kan.total cas untuk tampal +bius adalah RM130.




cas pergigian pada 22.1.17

cas pergigian


Details:

Klinik Pergigian Nurul Adha
Alam Avenue, B-7-1, Jalan Serai Wangi G16/G Seksyen 16, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Telefon: +60 3-5510 2185
FACEBOOK Klinik Pergigian Nurul Adha



LinkWithin