Pages

Showing posts with label slab/slai. Show all posts
Showing posts with label slab/slai. Show all posts

Nov 16, 2013

Adakah namaku rercicir dalam senarai biasiswa SLAB/SLAI 2013

Bismillah,

Sungguh pening bila pikir yang ada kemungkinan nama aku tercicir dalam senarai pemegang biasiswa. Sebabnya sampailah sekarang, aku tak dapat email pun dari pihak slab/slai. Semua kawan2 aku dibawah skim yang sama dah dapat email. 
Wondering jap

Yang paling mengejutkan aku, aku hantar dokumen perjanjian tue by hand pada khamis lepas. dan semalam (jumaat), member aku dah dapat elaun. seminggu jer proses. Aku hantar sekali dengan member aku tue dan kitorang satu skim. Tak ke pelik..Risau pulak aku..Adakah nama aku tercicir eh.Aku dah try call KPT hari jumaat tue, tapi nobody answer. 

Nampaknya isnin nie kena call lagi la. dan cuba email lagi. Senarai email dan no telefon KPT boleh click DISINI 

Elaun aku katanya dibagi sampai la bulan 1. Elaun dari uitm xtau pulak bila dapat, dengar khabar, uitm baru nak proses borang perjanjian dengan UITM pulak..mesti lambat lagi nak dapat. Tapi kalau dapat elaun KPT nie walaupun x banyak tapi bolehlah meringankan sket beban. stress gak bila pikir, yer lah..aku dah la nak bersalin kot..lagi sebulan jer pun...Mak jemah RISAU nie...kang x pasal tekanan darah aku mencanak naik..tarik nafas..tarik..hembus...

meh la join MAK jemah bersenam..MEH  meh..


KEEP CALM AND THINK POSTIVE 

Nov 7, 2013

Panduan untuk mengisi perjanjian SLAB/SLAI

Salam semua,

Kat sini aku nak listkan perkara2 yang penting dalam mengisi dokumen perjanjian untuk dihantar ke KPT,

Antaranya ialah:


  • Guna pen hitam dakwat biasa
  • Tak boleh liquid


  • Penjamin 1
Ibu bapa boleh jadi penjamin dan perlu jadi penjamin 1. syarat umur dan pendapatan dikecualikan



  • Penjamin 2

mestilah berumur 45 tahun ke bawah


  • Saksi

mesti dari pegawai kerajaan gred A, ketua Kg, Pengetua.


  • Stamping atau matikan setem hasil

Dibuat kat pejabat hasil, RM10 setiap perjanjian, kalau kat shah alam (kat plaza perangsang tingkat 9, bersebelahan hotel quality, depan sacc mall)
tak perlu bawa setem hasil, nak bawa pun boleh
waktu urusan kaunter
isnin-khamis: 8pg hingga 3ptg
jumaat :8pg-12.15tghri
           2.45-3.45 (untuk urusan matikan setem hasil sahaja)


  • Tarikh stamping

pastikan tarikh dalam perjanjian sama dengan tarikh matikan setem.


  • Initial sign
atau sign ringkas disetiap helai dokumen perjanjian, sila ikut contoh panduan



  • Alamat

mestilah alamat rumah dan bukan pejabat untuk setiap yang terlibat kecuali saksi.


Nov 2, 2013

Akhirnya dapat juga Tawaran Biasiswa Slab/Slai 2013

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Alhamdullilah syukur sangat2..At last dapat jugak tawaran biasiswa slab/slai nie..dah hantar application since tengah september lagi..hantar kt jpbsm, uitm and then dorang yang hantarkan ke kpm.masa tue tak sempat masuk meeting untuk september sebab dah lepas. jpbsm akan hantar dokumen2 tue setiap hari jumaat. 
setakat nie dah 2 kali aku buat penangguhan yuran uitm kat ipsis sebab belum dapat surat tawaran slab.once dah dapat, tak payah buat penangguhan, cuma bagi jer surat tawaran tue kat bendahari.
pastu next meeting dijadualkan pas raya haji.kena selalu call kpm untuk tanya bila meeting dan untuk check nama dah masuk dalam meeting belum.
aku dah start risau bila ada kawan2 dah dapat email berjaya tapi aku belum dapat lagi. 
apa lagi, aku pun call kpm kat no nie 0388881616 untuk bahagian biasiswa slai, operator yang akan jawab, pastu tekan 2 untuk pertanyaan mengenai slab/slai. pastu tunggu la sampai ada orang angkat..kadang2 sekejap jer orang angkat, kadang2 lama..tapi setakat nie ok jer,mesti ada orang yang angkat..aku tanya la status aku kan..dia mintak no ic and then aku punya dah masuk meeting..just kena tunggu email untuk surat tawaran. mereka masih dalam proses nak email sampai la next week..
aku pun tunggu la punya tunggu sampai la ke petang..tak dek pun email sampai la ke malam.
last2 aku try check kat link nie https://payloan.mohe.gov.my/ez-offer/ .before tue aku dah check memang tak dek lagi..
and then tadaaa...fuh...at last ada gak walaupun aku lum dapat email lagi.. syukur..
pas nie kena la start isi2 dokumen2 yang diperlukan..banyak gak nak kena prepare. medical check up, akaun bank islam, dokumen perjanjian..yang medical check up ada ujian hepatitis and biasanya ambil masa 3 hari untuk ujian tue..ada tempoh 14 hari jer untuk hantar balik dokumen2 yang diperlukan..ok..mari mengisi..
tawaran slab/slai


LinkWithin