Pages

Oct 15, 2011

Home sweet home ,How I miss it....

Its been 3 weeks semenjak aku sampai sini..

Mcm2 feeling aku rasa sekarang..

Rasa lonely, sedih , homesick..

kdg2 rasa mcm nk balik msia ja...


arghhhh..please help me with this feeling  


The journey





Oct 8, 2011

Alhamdullillah, I'm in Manchester

Salam semua,

Syukur akhirnya selamat sampai di sini.Lama betul x update blog. Sekarang nie pukul 8.18 malam (waktu malaysia 3.18 am). aku dah start pergi clas.dekat sini cuaca sgt sejuk.13 celcius.padahal aku nie suka sejuk..all the time aku rasa macam dok kt bilik air cond, and aku sentiasa ngn sweater aku.x tau la nanti musim winter mcm mna plak..x dpt aku nk bayangkan sejuk mcm mna..

atas flight, yg putih2 tue awan :)

Tiket flight emirates aku beli dengan harga RM2300 (one trip). Flight aku hari isnin, 26/9/11 pukul 10.15 pagi dan aku sampai pukul 7.15 mlm di Manchester (3.00 pagi di Malaysia).almost 17 jam aku dalam flight. Flight aku transit di Dubai. Aku sampai di Dubai pukul 4 petang waktu Malaysia. Dalam flight tue almost people from Malaysia dan yg dok sebelah aku pun Malaysian. Masa tue x rasa langsung mcm aku akan pegi jauh. Bila sampai ke Dubai, aku bawak haluan sendiri sampai la check in untuk connecting flight ke Manchester .dalam flight aku dok sebelah a small boy (maybe omputeh kot)..aku pun x pasti. Dalam flight memang makanan disediakan , aku pun apa lagi, x melepaskan peluang untuk nak merasa makanan2 dlm flight emirates nie.so far not bad la.dan aku mula2 agak terkejut sebab for lunch aku dapat nasi berlauk.ingatkan x jumpa dah nasi.desert pun semuanya sedap2. tapi yang pelik , budak kecik sebelah aku tue memang tak ambil langsung makanan kat dalam flight. i wonder why la kan??

tiket utk transit ke dubai


tiket ke machester dari dubai
kat Dubai Airport

smpai ja kat airport manchester, luckily aku jumpa sorang malaysian. banyak jugak yang aku tanya.sebelum tue, kena isi dulu UK landing card. and then baru go through UK imigresen.so far semua ok.x banyak pun soalan yang dia tanya kat aku.dia just tanya aku, aku datang sini buat apa?, study universiti mana?,course apa.?lega aku..aku punya la risau strict sangat sebab ada jugak yang cakap UK imigresen nie strict.

UK Landing card


pastu aku gi amek baggage.ada troli disediakan but yang x bestnya kena masukkan syiling.aku mana la nak ada syiling 1 pound.nasib bek ada coin changer dekat situ. tapi troli tue plak, macam gelong, susah giler aku nk control. tak sama langsung dengan troli kat KLIA. no wonder la KLIA dapat the best aiport. dah la luggage aku sangat2 berat. 43kg, masa tue aku dapat limit 40kg sebagai student. .entah apa la yang aku bawak..yang menambahkan geram aku, lantai nak gi kat teksi tue cerun.macam naik bukit.dengan troli yang berat dan macam x betul, aku dah terkebelakang dah.tak dek handle untuk stop. aku pun laju2 tolak sebelum aku terkebelakang lg.

and then aku terus cari teksi nak pergi crumpsall, rumah kawan aku. dalam teksi, aku bagi address dan tanya tambang.yang bawak teksi, encik pakistan. dia cakap pakai meter.teksi kat sana luas, macam van tapi xdak bonet pun.jadi beg letak sekali dengan aku .kerusi dalam taxi tue, boleh lipat, jadi kalau nak letak beg, ruang masih luas and tak sempit pun.boleh muat 4 orang. dan antara driver dengan kita dipisahkan dengan pemisah macam kat kaunter tue. aku tengok jalan2 kt sana macam kat highway malaysia jugak..maybe sebab malam kot...rindunya aku kt malaysia..

macam nie la taxi kat sana.macam Volkswagen kan

sampai2 jer kat area crumpsall, boleh plak teksi tue tanya umah yang mana satu. off course la mana aku tau kan. 1st time datang kot. boleh pulak pakcik pakistan cakap semua org 1st time datang sini.

aku dah la dengan hp sim malaysia, kredit pun tak dek.nak top up pun x tau kat mana.call pun mahal.boleh driver tue ckp mcm tue kt aku...belagak gila.

nasib baik la dapat jumpa umah kawan aku tue walaupun aku pun mana la pandai nak baca address kat sana.tambang aku sebanyak 26.80 pound. perjalanan ambil masa lebih kurang 30 minit. address kat sini sangat accurate. ikut poskod jer.

rumah kawan aku nie ada 3 tingkat. dia duduk di bawah sekali dan tingkat2 yang lain, orang lain yang duduk..kiranya tangga ada kat luar tapi masih dalam rumah. ada dua pintu (satu main pintu untuk masuk ke rumah dan satu lagi pintu rumah kita sendiri).tak salah aku kawan aku sewa lebih kurang 500 pound.kawasan situ murah sikit . biasanya student malaysia akan duduk dekat rusholme.kalau bagi yang berkeluarga akan duduk area cheetham hill (dah jadi perkampungan melayu sebab ramai melayu).crumpsall nie dekat jer dengan cheetham hill. 10 minit berjalan.

kat sini waktu memang sangat berbeza.bila malam kt malaysia, sini baru waktu petang dan aku start mengantuk. siang plak, aku dah bangun kul 6.30 pagi, padahal kat malaysia, aku selalu bangun lewat jugak..hurmmm...inilah dinamakan jet lag..

esok, aku ada field trip ke bolton..ingatkan boleh relax2 untuk minggu yang pertama. biasa macam kat malaysia, awal2 bukan ada kelas sangat kan.rupa2 nya sangkaanku meleset sama sekali, kena pergi jugak..if not, xdek markah untuk assignment.dan aku terlepas orientasi sebab datang lewat..

untuk pergi ke university manchester, aku terpaksa naik tram dari crumpsall ke city center (Piccadilly garden). pastu naik bas dari city ke university..ambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke universiti. kebanyakan orang kayuh basikal sebab cuaca sini sejuk kan.jadi tak dek la bermandi peluh bila sampai kat kelas.

home sweet home

area umah :)

nota akhir: wish me luck here :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...