Pages

Feb 21, 2011

Cara-cara mengatasi rasa kegagalan

Rasa kegagalan sering membuatkan kita rasa lemah,rasa berputus asa dan membuatkan kita mudah tunduk pada kegagalan dan seterusnya hanyut dibuai emosi.

Setiap manusia akan merasai kegagalan tak kira la dalam apa2 bentuk pun.ada yang gagal dalam perhubungan, gagal dalam membina karier dan mcm2 lagi..

Jadi jangan la kita mudah sangat tunduk pada rasa gagal ini.

Apabila kita menghadapi kegagalan:

1. Bertenang

Cuba bertenang, menangis jika perlu. menangis la sebanyak mana yang anda nak Apabila anda menangis ini secara tidak langsung akan melegakan hati .tapi janganlah pula sampai memudaratkan diri sendiri.menangislah secara berpada2.

2. Don' t be alone

Jangan duduk sorang2, keluar bergaul bersama teman2, apabila anda duduk seorang diri, anda akan mula berfikir mengenai kegagalan yang anda alami dan pada masa ini emosi anda akan mudah terganggu kerana proses penerimaan yang agak perlahan pada masa itu.

borrow from google

3. Be busy

Sibukkan diri anda dengan aktiviti2 yang menarik,pergilah bercuti dimana2 sahaja tp pastikan bersesuaian dgn budget, takut nanti masalah lain pula yg timbul selepas anda pulang bercuti.yg penting bila anda sibuk, anda tiada masa untuk berfikir mengenai kegagalan anda.

4.Be positive

Berfikiran positif.yakin la sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. "everything happen for a reason" kegagalan yang anda alami itu bukanlah penamat kepada kehidupan tetapi sebagai langkah permulaan untuk menjalani hari2 yang lebih berrmakna. Selalu lah berfikiran bahawa apa yg anda hajati mungkin bukanlah perkara yang terbaik untuk diri anda. Anda pasti akan berjaya pada masa yang lain.cuma cepat @ lambat sahaja.

5. Never give up

Teruskan berusaha."never give up", the more u try, the probability of success is higher".setiap kali anda mencuba, kebarangkalian/kemungkinan anda untuk berjaya semakin tinggi.

6. Tempat mengadu

Carilah tempat untuk mengadu, pastikan orang itu boleh memberikan kata2 semangat kepada anda. Apabila anda mula berkongsi, hati anda akan berasa lebih tenang.

7. Musahabah diri

Dan yg terakhir,musahabah diri anda.Apabila anda yakin yg diri anda sudah mula boleh menerima kegagalan itu, baru lah anda mencari semula di mana silap anda sehingga berlalu kegagalan itu dan cuba perbaiki diri anda untuk menjadi insan yg lebih baik.


.: Kebanyakan orang yg berjaya hari ini ialah orang yg pernah merasa kegagalan pada masa dahulu, yang penting sekali jangan berputus asa dengan kegagalan .:


♥ The failure is the road to success 

♥  Manusia mana yang tidak pernah merasa gagal itu ialah manusia yang gagal untuk belajar erti kemanisan hidup 



p/s: belajarlah untuk merasa gagal supaya dapat merasai kehidupan (^_^)

Feb 20, 2011

Ujian, test, exam

Hello,

Dlm hidup kita nie selalu ada ujian kan, dlm nk buat apa2 ,mesti ada halangan (sama mcm ujian kn)..
Ujian @ exam @ test..mcm2 org panggil,tapi maknanya sama jer..semua nak uji kita..dah nama pun "uji" "an"

Ok la..aku nak cerita pasal ujian untuk mendapat pekerjaan (bersangkutan ngan aku sekarang)..kira macam tapisan pertama la..kalau anda semua perasan (aku nak guna bahasa baku sikit), sekarang nie nk dpt pekerjaan,semua ada ujian. Ujian SPA la, Ujian cikgu (M-test)..ingat masa sekolah dulu jer ker ada ujian..sekarang semua dh ada ujian. Aku rasa ujian nie bagus juga,sebab nak dapatkan yang betul2 berkualiti tp ada juga keburukannya. Yer la, contohnya PTD dah penat2 ambik ujian,pastu dapat sampai ke peringkat seterusnya, tapi sampai jer kat proses akhir, terkandas..kan dah buang masa, tenaga,wang ringgit.pastu kena ulang semula ujian tue..

credit google


Ok la (berapa banyak ok dah), aku sambung pasal ujian2 yang aku pernah amek setakat ini:

Ujian PTD
-Ini antara exam yg susah (sapa yang pernah amek,tau la)..kena byk tau pasal isu2 semasa, apa yg keluar kt paper...lepas tue yg penting pembacaan, maknanya banyakkan membaca la..sebab exam dia ada bahagian esei (bahasa melayu & english).antara buku2 yang disarankan untuk dibaca adalah "Malaysia Kita". tapi aku hanya baca buku nie (Soal Jawab Am Peperiksaan Kerajaan). tp x khatam semua pun. Yang penting banyak tau pasal isu semasa la..Kena try buat latihan matematik juga (latihan masa sek men dulu tp yang simple2 jer), try soalan uji IQ (analatikal), soalan kadang2 bunyinya macam lucu, tapi bila nak jawab,pening juga la..

Ujian cikgu (m-test)
-Ujian nie pun aku pernah amek & org kata pun susah juga (aku blur sket susah ker x)..result adalah negative. tension aku,serius aku tak tau cara nak jawab test nie..pastu ada ujian sahsiah lak.ujian sahsiah nie adalah ujian keperibadian. yg nie pun aku x tau cara nak jawab..yer la..mesti la ujian sahsiah nie untuk nak tgk sama ada sesuai jadi cikgu ker tak kan (mungkin aku mmg xdek gaya cikgu kot).ujian nie xdek esei...


Ujian Aptitude
-yang nie aku amek masa apply peg tadbir kt um dulu. dah la tak tau format.pakai jawab jer..ujian nie semua dalam english.pastu yang x bestnya, ada plak esei.lagi sekali esei kena jawab.esei in english jer..ada beberapa tajuk & pilih satu.Ujian nie sekejap jer..dalam 3 jam klu x salah la..separuh hari jer.kul 12 dah habis.start kul 9 pg..

Ujian saringan
-yang nie aku amek masa apply peg tadbir juga,tapi kt usm. ujian nie dibuat 2 hari. aku pergi dengan otak yang kosong jer..Habis aku goreng jer semua .mula2 ada short interview dlm english (dlm 10 min), simple jer soalan2 yang aku kena la. Introduce diri, masyarkat malaysia majmuk tak & macam mana nak bagi bertambah majmuk,ada juga dia tanya aku , bos laki & bos perempuan,siapa yang lebih garang.Habis interview, kena jawab esei plak (dlm english).sebelah petang kena jawab lagi ujian ,tapi dalam bahasa melayu la, ada objektif,subjektif,esei. objektif ada soalan matematik,campur sikit english. Mula2 aku jawab , langsung xdpt jawapan,last2 baru dpt..pastu jwb subjektif.yang nie aku mmg kantoi hbs la.aku lupa nak studi psl APEX. korang tau x pasal APEX. USM kan dh jadi universiti APEX. siap tanya lagi singkatan untuk apa.pastu siapa yang menang adun Tenang (yg nie objektif).ciri2 universiti apex.senarai2 universiti apex.dan last sekali,esei mengenai peranan pegawai tadbir untuk apex nie la..memang serik aku , tue la, sapa suruh x studi (aku memang tak teringat langsung pasal nie).
-Keesokan hari ada ujian fizikal, (kena lari 1.6km).tapi aku nie sebab dh give up,aku x pgi pun,tiba2 malam sebelum esok tue,aku rasa macam perjuangan aku telah berakhir.sebelum2 nie,xdek plak rasa mcm tue..mungkin sbb pasal aku jwb pg td yang mcm lintang pukang..

Ujian keyakinan (Confidence)

-yang nie aku amek masa pegi interview kat salah satu company swasta. soalan macam soalan sahsiah la,setuju, tak setuju.macam tue la..masa interview,aku pun curi2 tengok la,result aku (dah ternampak,huhuhu)..aku pun tengok la..aku punya 60% jer.maknanya ,average jer la.

ada lagi ujian yang aku pernah amek.ujian petronas pun aku pernah try (jawab on9)..tp x berapa ingat sangat dah .yang aku ingat,soalan tue ada pasal margin (keuntungan klu x salah).mana la aku tau nak kira.

memang susah sekarang,nak dapatkan keja,mesti nak kena amek ujian..jadi klu nak sgt keja tue.kena sanggup la amek ujian. Macam pepatah nie la, " klu takut kena lambung ombak,jangan berumah di tepi pantai" (betul la kot kan).maknanya klu tak sanggup nak hadapi ujian, x yah pegi terus.( betul kot)..

Setakat nie, 1 exam jer yang aku lepas, exam yg no 1 tue jer..yg lain2 semua kiok..

.

Feb 19, 2011

Blog oh Blog

Hello.


Tiap2 hari rasa mcm nk update blog aku nie yg dh bersawang2..tapi bila nak start ayat jer..terus otak aku jem...
Rasa malas plak nk berblogging nie..Kadang2 aku pikir balik, the reason aku buat blog..and bila aku tgk blog org len, seronok jer baca entri2 mereka.

Kenapa aku xdek idea nk tulis (hurmmm)..?

Mungkin sbb aku dh bosan ngn hidup aku kot...

Tiap2 hari rutin yg sama jer

keja,balik keja,on9 (fb,men game),pastu tido..

keesokan sama juga..pastu awl bulan dpt gaji (belanja sana sini)..
hujung bulan (tunggu gaji balik).


Life x mcm dulu and aku betul2 rindu masa sek..

But now aku rasa mcm betul2 sorang yg failure..mungkin org lain tgk aku hepi jer kan.tp dlm hati siapa yg tau..byk lg aku nk cerita nie..tp nanti jer la..

hope this feeling go away...zzzzzzzzzzzz

Feb 7, 2011

DPLI ambilan Januari 2011

Salam semua,

Tak tau la bila pengumuman nie start,due date pn belum smpi lg.

.:Perhatian kepada semua, DPLI ambilan Jan 2011 telah pun dibuka:.



JUMLAH PROGRAM yang ditawarkan adalah sebanyak 9 program

Bil
IPTA
Kod
Nama Program
1
UPSI
AT06D
BAHASA INGGERIS
2
UPSI
AT45D
PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN
3
UPSI
AT63D
EKONOMI RUMAH TANGGA
4
UPSI
AT79D
DIPLOMA PENDIDIKAN (BAHASA IBAN)
5
UPSI
AT80D
DIPLOMA PENDIDIKAN (BAHASA KADAZAN/DUSUN)
6
UPSI
AT81D
DIPLOMA PENDIDIKAN (PELANCONGAN)
7
UiTM
ET06D
BAHASA INGGERIS
8
UiTM
ET45D
PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN
9
UIAM
YT06D
BAHASA INGGERIS



Sila semak syarat khas program di laman web UPU.click sni


Maklumat penting:Pemohon wajib mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan/ pengemaskinian maklumat dan kemudian menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya pada 18 Mac 2011 


Ujian MEdSI dan Temu duga
  1. Pemohon yang layak untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan
  2. Hanya pemohon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI
  3. Panggilan untuk ujian MEdSI boleh disemak mulai 22.04.2011 hingga 30.04.2011 melalui laman web http://www.mpm.edu.my.
  4. Panggilan temu duga boleh disemak mulai 13.05.2011 hingga 18.05.2011melalui laman web  http://upu.mohe.gov.my
  5. Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temu duga adalah di bawah tanggungan pemohon.

p/s: x byk program2 yg ditawarkan, tp pastikan sebelum beli no pin tue,semak dulu syarat kelayakan, becoz melalui pengalaman,xdpt ujian medsi sbb salah pilih program.dh la boleh tahan mahal gak no pin tue..rugi2 (*_*)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...