Pages

Nov 23, 2011

Twilight-Breaking Dawn Part 1

Salam semua,

Kali nie aku nak review sikit pasal cerita twilight breaking dawn part 1..memandangkan cerita ini keluar lebih awal dari malaysia iaitu pada 18hb. tiket aku beli dengan harga 8 pound lebih..kalau tukar kepada duit msia, dah 40 hengget..agak mahal la jugak. tiba2 rasa rindu nak tengok movie kat msia..tapi memandangkan ini adalah twilight dan 1st time aku tgk muvie kat sini..jadi eden pun beli jer la..
tiket wyg yg mcm resit jer 

basically, wayang kat sini sama jer aku rasa macam kat malaysia..ada self ticket..mesin yang boleh print ticket sendiri tue.tapi yang lain sikit, kebanyakan tiket adalah seat reserve, maknanya x boleh plih seat.kalau nak pilih seat jugak, extra 1 pound. seat yg boleh pilih tue kat bahagian tengah2 jer..beza seat yang reserved dan yang selected seat ialah selected seat ada head rest.tapi aku rasa x penting pun head rest tue.maybe bagi omputeh penting kot sebab omputeh kan kebanyakannya tinggi.

masuk jer wayang, aku pilih la seat yg agak tepi la jugak..starting muvie macam kat malaysia jugak, start dengan iklan2...tapi aku rasa lagi banyak kot iklan..ada la dalam 15 min jugak.
dekat lam cinema, terflash la pulak  :p
Sinopsis cerita:

Amaran: Terlalu panjang. Sila jangan muntah berjemaah


  • Mengisahkan yg bella akan kawen ngn edward. 
  • pastu kesian jacob sedey bila dapat kad dari bella dan pergi bawa diri. 
  • selepas bella kawen dengan edward, edward bawak bella gi honeymoon selama 14 hari di Esme island yang terletak dekat rio de janerio, brazil..
  • bella tiba2 pregnant.sepatutnya benda nie adalah mustahil dan Carlisle pun x tau macam mana boleh terjadi. 
  • baby dalam kandungan tue membesar dengan cepat.edward terus panik dan bawak bella balik rumah dia.bella akan mati kalau teruskan mengandung sebab baby tue menyerap semua nutrien dari bella dan baby tue sangat kuat.
  • tp bella degil, dia x mau gugurkan kandungan dan x mau tukarkan diri jadi vampire.bella pun susah hati dan cuba contact jacob. 
  • jacob terus pergi kat umah edward. 
  • selepas puak jacob iaitu werewolf dapat tau berita pasal bella mengandung dan kemungkinan bella akan mati. geng2 dari puak tue bersedia nak berlawan dengan keluarga edward. dalam perjanjian mereka, x boleh bunuh manusia. 
  • hari demi hari bella semakin cengkung dan x dapat nak mkn apa2..last2 sekali, edward try bagi darah untuk bella minum dan baru la bella mcm ok sket.
  • tiba2 masa hari bella nak bersalin, carlisle tak ada.  dia dah pergi memburu dengan bini dia dan esmett sebab dia perlukan tenaga untuk nak smbut baby. masa tue yang ada cuma edward, rosalie dan jacob untuk sambut baby.
  • edward terpaksa gigit perut bella untuk keluarkan baby tue sebab rosalie x tahan dengan darah bella masa cuba nak belah perut bella.akhirnya berjaya kuarkan baby, tp bella tiba2 mati.
  • edward terus suntik venom untuk bagi bella hidup.tapi  x jugak berjaya. edward terpaksa gigit2 kat seluruh badan bella sebab nk masukkan venom.
  • jacob pulak terus keluar dan menangis. puak dia pulak tengah tunggu nak serang family edward sebab bella mati.pstu berlaku la pergaduhan, terus jacob bertukar dan tolong family edward. 
  • akhirnya edward terus cakap yang "you can't kill immortal princess", baru geng serigala tadi belah.
  • mayat bella belum ditanam lagi sebab family edward tau bella akan hidup balik. 
  • last sekali bella buka mata dan mata dia warna merah.jadi vampire sudah.
  • The end

My review
Overall, bagi aku this time movie macam kurang umpphh..nak tau sebab apa..mostly ramai yang dah tau jalan cerita..base on the novel. yang bella akan kawen dengan edward dan dapat baby..jadi dah tak suprise. pastu ada scene yg edward bagitau anak dia princess. tak suprise dah la jantina anak dia.

tapi ada jugak bab yg memag sedey sampai berjurai2 air mataku..hahaha..especially masa jacob dapat kad kahwin dari bella. sadis wooo..cinta hatiku dah nak kawen . satu lagi scene sedey masa bella mati, tapi macam yang aku cakap tadi la, kita dah tau bella xkan mati lagi kan..jadi tak dek la rasa sedih sangat pun.bagi aku jalan cerita mcm biasa jer..xdek yang excited sangat.tapi one thing, dress wedding bella memang cantik..

pinjam sat dari goole


bagi sapa2 yg rindukan edward dan jacob boleh la gi tengok yer :) plus edward banyak senyum. selalunya kan muka dia cam cuka basi..hehe..

p/s: peminat tegar tetap tegar :)

Nov 6, 2011

Ebay n me

Salam semua,


meh nak share sket mengenai ebay nie. tau x apa tue ebay? bg yg tau, ok la..tp bg yg x tau, meh sini nak terang sket.hehehe..

Ebay tue adalah kedai online yg menjual brg2 sama ada yg baru atau pun yg terpakai.yg rosak pun ada jugak jual kt sini tp sbg brg spare part la. ada jugak brg yg telah direpair n menjadi seperti baru. ada brg yg kita boleh terus beli, ada jugak yg dilelong. brg yg lelong nie, kdg2 kita blh dpt dgn hrga yg murah.
credit:ebay

Sejak sampai kt sini, kegilaan kt ebay semakin bertambah.dulu nak buka benda tue pun x berani. yer la..online shopping kan. mcm2 blh jadi. tp bila kita guna paypal utk buat pembayaran, lebih selamat. let say brg yg tue x sampai, kita blh mintak refund sbb paypal yg akan refund balik duit kita. rekod transaction pun ada. jd klu berlaku apa2, kita ada bukti la.

yg bes kt ebay nie, brg2 branded blh dpt ngan harga yg murah tp used item jer la..tp berbaloi la.sebab brg2 kt sini biasanya dlm keadaan yg baik. excellant la sng cerita. postage kt sini pun murah.mcm kt sini nak beli coat, boots semua, bukan nak pakai lama pun n x leh bwk blik msia pun..jadi mcm x berbaloi la klu beli yg baru.yg baru pn dh harga lam 80 pound, sdgkan kt ebay kita blh dpt serendah 5 pound.

tp nak bid kt ebay pun kdg2 susah jugak. jgn frust la klu kdg2 kita x menang, sebab mesti ada lg brg yg kita nak tue dijual lagi. tp kena jugak rajin la review sellers tue , comment2 mengenai seller tue, mcm mna feedback dia, rating dia.tkut jugak la kan, tipah tertipu plak la nanti jadinya.

Meh sini nak share tips utk nk menang bid. bid nie klu lam bm iaitu membida. kita kena bid disaat2 terakhir (paling afdal 9saat, klu 10 saat, sempat lagi org lain bid), masa tue kita terus letak hrga maksimum yg kita sggup bayar, harga maks nie, org lain x tahu, kita jer yg tau. n klu ada rezeki , kita la yg menang. n aku selalu jugak la bid disaat terakhir, tp kdg2 x menang jugak...hehe.. sbb org len letak harga yg lg tinggi dri maks aku tue.let say la kan, kita ltak harga yg pling tggi msa tue, n kita menang, kita hanya perlu byr hrga yg kita bid sebelum tue atau hrga yg org len bid.maknanya x perlu la byr hrga maks yg kita letak :) 

nak tau x apa brg2 yg aku dh beli kt ebay nie, scroll jer kt bawah yer :)


  • suka sbb printer nie murah n baru lg, tp yg x bes x bg ink..
printer canon MP272, harga: £0.01
yg nie postage agak mahal :£16.90
RM:87
condition: new other





  • yg nie aku agak suka la, memandangkan hp aku pun rosak.sampai2 sini ja terus rosak, tension betul masa tue.before nie aku pkai 5800 xpress music, screen jadi blur.



bb 9300 3g, harga:£89.99
postage:
£4
RM:450
condition:used





  • camera, canon ixus 100 IS. aku x bercadang pun nak beli camera sebenarnya walaupun dh lama aku agak frust ngn olympus. beli time pc fair (harga :RM399). olympus nie aku sorang jer leh tgkp sbb bila org len tgkp, gmbr blur la jadik.tp olympus nie mmg, sllu aku kena guna tripod, tp leceh la kan . yg buat aku tertarik nak beli olympus nie sbb wrna pink (hehe..)pastu mcm2 brg  aku dpt (memory card:8gb, tripod kcik tue (paras lutut)..sng betul kelabu mata msa tue n plus hrga yg murah. 
canon ixus 100 IS, harga £49.67
postage: £2.95
RM:248.35
condition:used






aku puas hati ngn camera nie, gambar ok. n condition elok lg, cuma ada sket calar tp x perasan pun.




ada lagi bnda len yg aku beli, leather jacket (warehouse), leather gloves (mark & Spencer) , battery rechargeable, camera charger.

hehehehe...klu mak aku tau nie, sure kena bising nie..hehe..tp mata aku terus jadik bercahaya bila tgk2 brg nie..hahahah...





ok la, setakat tue jer la aku nak kongsi cerita. banyak assignment nie tp nak jugak cerita. rindu sgt nk cerita sesuatu kt sini. 




salam aidiladha :)









nota akhir:  ini hanyalah perkongsian cerita sahaja.apa2 risiko disebabkan pembelian, tidak akn ditanggung. 










Nov 1, 2011

Quotes for the day

When u feel down, always remember


It takes both rain and sunshine to make a rainbow


Love this quotes (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...