Pages

Nov 23, 2011

Twilight-Breaking Dawn Part 1

Salam semua,

Kali nie aku nak review sikit pasal cerita twilight breaking dawn part 1..memandangkan cerita ini keluar lebih awal dari malaysia iaitu pada 18hb. tiket aku beli dengan harga 8 pound lebih..kalau tukar kepada duit msia, dah 40 hengget..agak mahal la jugak. tiba2 rasa rindu nak tengok movie kat msia..tapi memandangkan ini adalah twilight dan 1st time aku tgk muvie kat sini..jadi eden pun beli jer la..
tiket wyg yg mcm resit jer 

basically, wayang kat sini sama jer aku rasa macam kat malaysia..ada self ticket..mesin yang boleh print ticket sendiri tue.tapi yang lain sikit, kebanyakan tiket adalah seat reserve, maknanya x boleh plih seat.kalau nak pilih seat jugak, extra 1 pound. seat yg boleh pilih tue kat bahagian tengah2 jer..beza seat yang reserved dan yang selected seat ialah selected seat ada head rest.tapi aku rasa x penting pun head rest tue.maybe bagi omputeh penting kot sebab omputeh kan kebanyakannya tinggi.

masuk jer wayang, aku pilih la seat yg agak tepi la jugak..starting muvie macam kat malaysia jugak, start dengan iklan2...tapi aku rasa lagi banyak kot iklan..ada la dalam 15 min jugak.
dekat lam cinema, terflash la pulak  :p
Sinopsis cerita:

Amaran: Terlalu panjang. Sila jangan muntah berjemaah


  • Mengisahkan yg bella akan kawen ngn edward. 
  • pastu kesian jacob sedey bila dapat kad dari bella dan pergi bawa diri. 
  • selepas bella kawen dengan edward, edward bawak bella gi honeymoon selama 14 hari di Esme island yang terletak dekat rio de janerio, brazil..
  • bella tiba2 pregnant.sepatutnya benda nie adalah mustahil dan Carlisle pun x tau macam mana boleh terjadi. 
  • baby dalam kandungan tue membesar dengan cepat.edward terus panik dan bawak bella balik rumah dia.bella akan mati kalau teruskan mengandung sebab baby tue menyerap semua nutrien dari bella dan baby tue sangat kuat.
  • tp bella degil, dia x mau gugurkan kandungan dan x mau tukarkan diri jadi vampire.bella pun susah hati dan cuba contact jacob. 
  • jacob terus pergi kat umah edward. 
  • selepas puak jacob iaitu werewolf dapat tau berita pasal bella mengandung dan kemungkinan bella akan mati. geng2 dari puak tue bersedia nak berlawan dengan keluarga edward. dalam perjanjian mereka, x boleh bunuh manusia. 
  • hari demi hari bella semakin cengkung dan x dapat nak mkn apa2..last2 sekali, edward try bagi darah untuk bella minum dan baru la bella mcm ok sket.
  • tiba2 masa hari bella nak bersalin, carlisle tak ada.  dia dah pergi memburu dengan bini dia dan esmett sebab dia perlukan tenaga untuk nak smbut baby. masa tue yang ada cuma edward, rosalie dan jacob untuk sambut baby.
  • edward terpaksa gigit perut bella untuk keluarkan baby tue sebab rosalie x tahan dengan darah bella masa cuba nak belah perut bella.akhirnya berjaya kuarkan baby, tp bella tiba2 mati.
  • edward terus suntik venom untuk bagi bella hidup.tapi  x jugak berjaya. edward terpaksa gigit2 kat seluruh badan bella sebab nk masukkan venom.
  • jacob pulak terus keluar dan menangis. puak dia pulak tengah tunggu nak serang family edward sebab bella mati.pstu berlaku la pergaduhan, terus jacob bertukar dan tolong family edward. 
  • akhirnya edward terus cakap yang "you can't kill immortal princess", baru geng serigala tadi belah.
  • mayat bella belum ditanam lagi sebab family edward tau bella akan hidup balik. 
  • last sekali bella buka mata dan mata dia warna merah.jadi vampire sudah.
  • The end

My review
Overall, bagi aku this time movie macam kurang umpphh..nak tau sebab apa..mostly ramai yang dah tau jalan cerita..base on the novel. yang bella akan kawen dengan edward dan dapat baby..jadi dah tak suprise. pastu ada scene yg edward bagitau anak dia princess. tak suprise dah la jantina anak dia.

tapi ada jugak bab yg memag sedey sampai berjurai2 air mataku..hahaha..especially masa jacob dapat kad kahwin dari bella. sadis wooo..cinta hatiku dah nak kawen . satu lagi scene sedey masa bella mati, tapi macam yang aku cakap tadi la, kita dah tau bella xkan mati lagi kan..jadi tak dek la rasa sedih sangat pun.bagi aku jalan cerita mcm biasa jer..xdek yang excited sangat.tapi one thing, dress wedding bella memang cantik..

pinjam sat dari goole


bagi sapa2 yg rindukan edward dan jacob boleh la gi tengok yer :) plus edward banyak senyum. selalunya kan muka dia cam cuka basi..hehe..

p/s: peminat tegar tetap tegar :)

Nov 6, 2011

Ebay n me

Salam semua,


meh nak share sket mengenai ebay nie. tau x apa tue ebay? bg yg tau, ok la..tp bg yg x tau, meh sini nak terang sket.hehehe..

Ebay tue adalah kedai online yg menjual brg2 sama ada yg baru atau pun yg terpakai.yg rosak pun ada jugak jual kt sini tp sbg brg spare part la. ada jugak brg yg telah direpair n menjadi seperti baru. ada brg yg kita boleh terus beli, ada jugak yg dilelong. brg yg lelong nie, kdg2 kita blh dpt dgn hrga yg murah.
credit:ebay

Sejak sampai kt sini, kegilaan kt ebay semakin bertambah.dulu nak buka benda tue pun x berani. yer la..online shopping kan. mcm2 blh jadi. tp bila kita guna paypal utk buat pembayaran, lebih selamat. let say brg yg tue x sampai, kita blh mintak refund sbb paypal yg akan refund balik duit kita. rekod transaction pun ada. jd klu berlaku apa2, kita ada bukti la.

yg bes kt ebay nie, brg2 branded blh dpt ngan harga yg murah tp used item jer la..tp berbaloi la.sebab brg2 kt sini biasanya dlm keadaan yg baik. excellant la sng cerita. postage kt sini pun murah.mcm kt sini nak beli coat, boots semua, bukan nak pakai lama pun n x leh bwk blik msia pun..jadi mcm x berbaloi la klu beli yg baru.yg baru pn dh harga lam 80 pound, sdgkan kt ebay kita blh dpt serendah 5 pound.

tp nak bid kt ebay pun kdg2 susah jugak. jgn frust la klu kdg2 kita x menang, sebab mesti ada lg brg yg kita nak tue dijual lagi. tp kena jugak rajin la review sellers tue , comment2 mengenai seller tue, mcm mna feedback dia, rating dia.tkut jugak la kan, tipah tertipu plak la nanti jadinya.

Meh sini nak share tips utk nk menang bid. bid nie klu lam bm iaitu membida. kita kena bid disaat2 terakhir (paling afdal 9saat, klu 10 saat, sempat lagi org lain bid), masa tue kita terus letak hrga maksimum yg kita sggup bayar, harga maks nie, org lain x tahu, kita jer yg tau. n klu ada rezeki , kita la yg menang. n aku selalu jugak la bid disaat terakhir, tp kdg2 x menang jugak...hehe.. sbb org len letak harga yg lg tinggi dri maks aku tue.let say la kan, kita ltak harga yg pling tggi msa tue, n kita menang, kita hanya perlu byr hrga yg kita bid sebelum tue atau hrga yg org len bid.maknanya x perlu la byr hrga maks yg kita letak :) 

nak tau x apa brg2 yg aku dh beli kt ebay nie, scroll jer kt bawah yer :)


  • suka sbb printer nie murah n baru lg, tp yg x bes x bg ink..
printer canon MP272, harga: £0.01
yg nie postage agak mahal :£16.90
RM:87
condition: new other





  • yg nie aku agak suka la, memandangkan hp aku pun rosak.sampai2 sini ja terus rosak, tension betul masa tue.before nie aku pkai 5800 xpress music, screen jadi blur.



bb 9300 3g, harga:£89.99
postage:
£4
RM:450
condition:used





  • camera, canon ixus 100 IS. aku x bercadang pun nak beli camera sebenarnya walaupun dh lama aku agak frust ngn olympus. beli time pc fair (harga :RM399). olympus nie aku sorang jer leh tgkp sbb bila org len tgkp, gmbr blur la jadik.tp olympus nie mmg, sllu aku kena guna tripod, tp leceh la kan . yg buat aku tertarik nak beli olympus nie sbb wrna pink (hehe..)pastu mcm2 brg  aku dpt (memory card:8gb, tripod kcik tue (paras lutut)..sng betul kelabu mata msa tue n plus hrga yg murah. 
canon ixus 100 IS, harga £49.67
postage: £2.95
RM:248.35
condition:used






aku puas hati ngn camera nie, gambar ok. n condition elok lg, cuma ada sket calar tp x perasan pun.




ada lagi bnda len yg aku beli, leather jacket (warehouse), leather gloves (mark & Spencer) , battery rechargeable, camera charger.

hehehehe...klu mak aku tau nie, sure kena bising nie..hehe..tp mata aku terus jadik bercahaya bila tgk2 brg nie..hahahah...





ok la, setakat tue jer la aku nak kongsi cerita. banyak assignment nie tp nak jugak cerita. rindu sgt nk cerita sesuatu kt sini. 




salam aidiladha :)









nota akhir:  ini hanyalah perkongsian cerita sahaja.apa2 risiko disebabkan pembelian, tidak akn ditanggung. 










Nov 1, 2011

Quotes for the day

When u feel down, always remember


It takes both rain and sunshine to make a rainbow


Love this quotes (^_^)

Oct 15, 2011

Home sweet home ,How I miss it....

Its been 3 weeks semenjak aku sampai sini..

Mcm2 feeling aku rasa sekarang..

Rasa lonely, sedih , homesick..

kdg2 rasa mcm nk balik msia ja...


arghhhh..please help me with this feeling  


The journey





Oct 8, 2011

Alhamdullillah, I'm in Manchester

Salam semua,

Syukur akhirnya selamat sampai di sini.Lama betul x update blog. Sekarang nie pukul 8.18 malam (waktu malaysia 3.18 am). aku dah start pergi clas.dekat sini cuaca sgt sejuk.13 celcius.padahal aku nie suka sejuk..all the time aku rasa macam dok kt bilik air cond, and aku sentiasa ngn sweater aku.x tau la nanti musim winter mcm mna plak..x dpt aku nk bayangkan sejuk mcm mna..

atas flight, yg putih2 tue awan :)

Tiket flight emirates aku beli dengan harga RM2300 (one trip). Flight aku hari isnin, 26/9/11 pukul 10.15 pagi dan aku sampai pukul 7.15 mlm di Manchester (3.00 pagi di Malaysia).almost 17 jam aku dalam flight. Flight aku transit di Dubai. Aku sampai di Dubai pukul 4 petang waktu Malaysia. Dalam flight tue almost people from Malaysia dan yg dok sebelah aku pun Malaysian. Masa tue x rasa langsung mcm aku akan pegi jauh. Bila sampai ke Dubai, aku bawak haluan sendiri sampai la check in untuk connecting flight ke Manchester .dalam flight aku dok sebelah a small boy (maybe omputeh kot)..aku pun x pasti. Dalam flight memang makanan disediakan , aku pun apa lagi, x melepaskan peluang untuk nak merasa makanan2 dlm flight emirates nie.so far not bad la.dan aku mula2 agak terkejut sebab for lunch aku dapat nasi berlauk.ingatkan x jumpa dah nasi.desert pun semuanya sedap2. tapi yang pelik , budak kecik sebelah aku tue memang tak ambil langsung makanan kat dalam flight. i wonder why la kan??

tiket utk transit ke dubai


tiket ke machester dari dubai
kat Dubai Airport

smpai ja kat airport manchester, luckily aku jumpa sorang malaysian. banyak jugak yang aku tanya.sebelum tue, kena isi dulu UK landing card. and then baru go through UK imigresen.so far semua ok.x banyak pun soalan yang dia tanya kat aku.dia just tanya aku, aku datang sini buat apa?, study universiti mana?,course apa.?lega aku..aku punya la risau strict sangat sebab ada jugak yang cakap UK imigresen nie strict.

UK Landing card


pastu aku gi amek baggage.ada troli disediakan but yang x bestnya kena masukkan syiling.aku mana la nak ada syiling 1 pound.nasib bek ada coin changer dekat situ. tapi troli tue plak, macam gelong, susah giler aku nk control. tak sama langsung dengan troli kat KLIA. no wonder la KLIA dapat the best aiport. dah la luggage aku sangat2 berat. 43kg, masa tue aku dapat limit 40kg sebagai student. .entah apa la yang aku bawak..yang menambahkan geram aku, lantai nak gi kat teksi tue cerun.macam naik bukit.dengan troli yang berat dan macam x betul, aku dah terkebelakang dah.tak dek handle untuk stop. aku pun laju2 tolak sebelum aku terkebelakang lg.

and then aku terus cari teksi nak pergi crumpsall, rumah kawan aku. dalam teksi, aku bagi address dan tanya tambang.yang bawak teksi, encik pakistan. dia cakap pakai meter.teksi kat sana luas, macam van tapi xdak bonet pun.jadi beg letak sekali dengan aku .kerusi dalam taxi tue, boleh lipat, jadi kalau nak letak beg, ruang masih luas and tak sempit pun.boleh muat 4 orang. dan antara driver dengan kita dipisahkan dengan pemisah macam kat kaunter tue. aku tengok jalan2 kt sana macam kat highway malaysia jugak..maybe sebab malam kot...rindunya aku kt malaysia..

macam nie la taxi kat sana.macam Volkswagen kan

sampai2 jer kat area crumpsall, boleh plak teksi tue tanya umah yang mana satu. off course la mana aku tau kan. 1st time datang kot. boleh pulak pakcik pakistan cakap semua org 1st time datang sini.

aku dah la dengan hp sim malaysia, kredit pun tak dek.nak top up pun x tau kat mana.call pun mahal.boleh driver tue ckp mcm tue kt aku...belagak gila.

nasib baik la dapat jumpa umah kawan aku tue walaupun aku pun mana la pandai nak baca address kat sana.tambang aku sebanyak 26.80 pound. perjalanan ambil masa lebih kurang 30 minit. address kat sini sangat accurate. ikut poskod jer.

rumah kawan aku nie ada 3 tingkat. dia duduk di bawah sekali dan tingkat2 yang lain, orang lain yang duduk..kiranya tangga ada kat luar tapi masih dalam rumah. ada dua pintu (satu main pintu untuk masuk ke rumah dan satu lagi pintu rumah kita sendiri).tak salah aku kawan aku sewa lebih kurang 500 pound.kawasan situ murah sikit . biasanya student malaysia akan duduk dekat rusholme.kalau bagi yang berkeluarga akan duduk area cheetham hill (dah jadi perkampungan melayu sebab ramai melayu).crumpsall nie dekat jer dengan cheetham hill. 10 minit berjalan.

kat sini waktu memang sangat berbeza.bila malam kt malaysia, sini baru waktu petang dan aku start mengantuk. siang plak, aku dah bangun kul 6.30 pagi, padahal kat malaysia, aku selalu bangun lewat jugak..hurmmm...inilah dinamakan jet lag..

esok, aku ada field trip ke bolton..ingatkan boleh relax2 untuk minggu yang pertama. biasa macam kat malaysia, awal2 bukan ada kelas sangat kan.rupa2 nya sangkaanku meleset sama sekali, kena pergi jugak..if not, xdek markah untuk assignment.dan aku terlepas orientasi sebab datang lewat..

untuk pergi ke university manchester, aku terpaksa naik tram dari crumpsall ke city center (Piccadilly garden). pastu naik bas dari city ke university..ambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke universiti. kebanyakan orang kayuh basikal sebab cuaca sini sejuk kan.jadi tak dek la bermandi peluh bila sampai kat kelas.

home sweet home

area umah :)

nota akhir: wish me luck here :)

Sep 17, 2011

I'm BZ...

salam semua,

lama sgt x dpt nk update blog nie...hehehe..lately nie bz betul..lps dpt result IELTS.alhamdullillah result lepas..jadi plan nk smbung study diteruskan jugak..sekarang everything is done..cuma tgh tggu visa siap..n then I can fly...hopefully semua akan berjalan dgn lancar n thanks to the people that have help me a lot..giving me advice n etc..tp mcm sdey plak nk tinggalkan msia..



*I will start my new journey over there..hope everything will keep on the track..

Aug 26, 2011

Countdown to 4.30...

 Salam semua.

Aku dh x sabar2 betul nak balik nie..dh macam cacing kehangatan nie....nak balik dari ofis nie..4.30 sudah boleh balik.sekarang dah 3.02 ptg.cepat la masa berlalu..aku dah totally getting insane.bdn jer kat sini tp hati aku dah melayang2 ke tempat len..aku x sbar2 nak balik.hari nie, esok baru nak pergi shopping2 apa yg patut..dulu bos bagi balik kul 5, tp sejak dia mengalami 1 insiden nie, dia tiba2 menjadi baik hati la plak..satu lagi kemungkinan dia baik hati sgt sbb dia nk tebus kesalahan dia (sbb x bg bonus)..boleh x aku nk kira itu adalah crime..geram aku...penat2 keje, habuk pun xdek..tp nk expect semua pekerja berdedikasi.aku xdek la nk demand bonus smpi berbulan2 gaji.half month pun jadik la..tp harapan tinggal harapan..



berbalik kpd insiden yg bos aku alami..selalu kul 3 @ 4 ptg, dia dah cabut dari ofis..tp hari tue dia macam terlewat sket2...ding dong ding dong (bos aku suka guna ayat nie) dah kul 5..pastu tau2 la bulan posa nie..dia sangkut kt jam..pastu terus dia call staff senior ckp esok balik kul 4 (tapi staff senior tue plak cakap, awl sangat la bos...kul 4.30 la) veto x kuasa staff senior nie..klu aku la..aku akn cakap OK BOS...sbb tue bos x ckp kt aku kot kn...hahaha..

btw aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua readers yg rajin dtg singgah blog aku yg x seberapa nie...selamat hari raya.maaf zahir batin..harap2 raya kali nie semua elok2 saja..


pic:credit to google

nota cm: bonus oh bonus...di mana la engkau...uwaaaaa...

Aug 19, 2011

Koleksi SMS di hari raya

Salam semua,

10 hari lagi kita semua bakal menyambut hari raya..teringin plak rasa nk hantar kad raya..semalam ada jugak la "usha2" kad raya dkt maidin..design kt sana simple, tapi aku lebih suka design simple yg ada gambar ketupat, masjid..ada jugak design kartun, tapi tue rasanya x sesuai kot utk aku..hehe..sampul duit raya pn boleh jugak beli kt sana. 

tapi sekarang, jarang dah org hantar kad raya, selalunya org hntr sms, x pun mms jer..jadi sebab x sabar nak raya, aku pun google2 la koleksi sms2 raya yg ada, ada yg aku pernah dapat dulu, n ada jugak yang aku x pernah tengok..



  • Lapar puasa terketar-ketar
    Bila berbuka lega rasanya
    Kad raya tak sempat nak hantarKiriman SMS pun dah kira ok lah ye..!

  • Bakar LEMang sambil berdiri,
    UNtuk juadah AIDIL FItri,
    NAk antar KAD RAYA Posmen dah cuti,
    SMS aje pnggganti diri.
    Maaf Dzahir dan Batin,
    Maaf Dpinta jika ada keterlanjuran kata BICARA

  • Ketupat pulut diatas para,
    hendak direbus tepi perigi,
    SMS dihantar pengganti kad raya,
    Tanda ingatan di aidilfitri,
    Selamat hari raya aidilfitri.

  • Anak Pak Mamat di cucuk duri,
  • di cucuk oleh anak Pak Jali, puasa penuh Raya Aidilfitri, kalu tak penuh rayalah Deepavali
  • Pä$äNg PèLITa DiAidiLfiTri…
    NäMpäK HäLäMäN BèSéRi-Sèri…,
    sMs diBéri PèNgäNti DiRi,
    SèGäLä SiLäp MòHoN dMääFi…

  • Di Aidil Fitri Mulia, Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa TERsilap bicara TERmarah yg x kena TERtanya yg x tentu hala TERsasul yg x sengaja TERpukul kat mana2 TERpinjam harta benda TERmoody x semena2 TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


  • Pelita indah lagi berseri, menjadi hiasan di aidil fitri, SMS dikirim pengganti diri, tanda ingatan tak layu di hati, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN 



nota cm: x sabar lak nk pasang lagu raya, padahal baju raya pun belum beli lg nie....huhu

Aug 16, 2011

Ketakutan yg amat sgt..

Salam semua ,

Tajuk entri mcm sangat2 menakutkan kan..tp memang aku sangat-sangat la takut...nak tau kenapa..sbb esok aku ada exam IELTS speaking..IELTS nie mcm MUET.. tp banyak org cakap lagi susah dari MUET..dah la aku x ready..aku kelam kabut pergi register hari sabtu hari tue.date exam 20 hb..tapi tiba2 orang tue cakap "exam speaking aku 17hb, maknanya esok la kan.." aku x tau plak ada separate day utk exam.aku ingat semua berlangsung 20hb tue..

nie yg menakutkan aku nie
credit:google

sekarang nie, otak aku mcm jammed sebentar.bila aku nak baca jer tips @ buku pasal ielts nie, terus jer aku headache..mcm otak aku dh tepu utk terima maklumat.mcm nie la kot org ckp otak dh berkarat..oh no.!!exam esok..suka @ tak, aku kena jawab jugak.klu x, melayang2 duit aku.klu sket xper gak...ratus2 gak...makkkk..help me..ntah la, knper aku takut sgt2 utk esok..tp aku kena face reality..esok pasti akan datang..tp mcm mna, klu aku nk buka buku jer, terus aku rasa jammed otak aku...


sakit kepala ku....=(




nota cm: help me through this....


Aug 12, 2011

I'm confuse n need advice..

Salam semua,

sudah hampir 2 minggu aku dlm dilema nie..n it's really killing me..sbb aku perlu sgt2 rushing utk nak handle benda nie..alhamdullilah permohonan aku untuk sambung belaja utk master di oversea telah berjaya. Bersyukur sangat aku kpd Allah taala. tapi yg memeningkan aku, surat aku sampai lambat n guess what aku next month dh kna register..yg bertambah lagi pening, semua benda aku belum buat..

1. ielts belum amek (nie exam english utk pegi oversea n byk org ckp exam nie lg susah dari muet..english ak dah la di tahap icu dh..jrg sgt kecek english sekarang...adoiiiiii)

masalah2 sampingan seperti pasport n visa masih boleh dikawal lagi, sbb semua depends on result ielts nie, kiranya ielts nie menentukan hidup n mati la..dah la have to wait 13 days for result klua n fee dia pun mahal gak, rm550 for 1 exam..kna skor min 6.5, n klu x lepas, have to re sit..

aku yang sedang confuse(-_-)


tp ada lg benda yg merunsingkan aku, since offer nie adalah loan mara tapi mara ckp boleh mintak kurang nanti lepas habis..aku x pasti sama ada aku patut pergi atau x..sbb estimate loan nie pun dlm 300-400 ribu jugak la..ada jugak yg cakap sambung kt dlm negara pn sama jer..tp memang sana pun costly sbb bayangkan la sana guna pound sterling n 1 pound=RM5 mcm tue..hurmmm..benda nie betul2 buat hidup aku x tentu arah..tapi kalau aku tolak benda nie, rasa rugi plak...

Kwn2 ,mntk tlg bagi nasihat atau pandangan...


Dari,

Insan buntu



cm: perlukan sgt2 nasihat semua ..(@-@)

Aug 4, 2011

Malam gala simply siti

 Salam & Selamat pagi semua,

Sebenarnya dah lama aku nk update mengenai event nie..majlis yg berlangsung di Dewan Agong Tunku Canselor(DATC) ,UITM pd 9 julai yg lalu..tiket aku nie pn dibeli oleh sorg kawan aku, Fiza.. dia mula2 ajak aku pi konsert Dato' siti, so aku assume hanya Dato' siti saja yg hadir..x sangka plak, ada aizat, ana rafali, faizal ismail n amy search.konsert ini bersempena produk simply siti, selain itu untuk sumbangan kpd org2 yg kurang berada utk melanjutkan pelajaran kt uitm.nk membantu anak bangsa... pintu akan dibuka pada 7.30 mlm..aku n kwn2 aku, sampai lebih kurang pukul 7 mlm..masa tue barisan dah sampai ke pintu pagar dah pun..panjang jugak la barisan.mau x mau, kami pun beratur la jugak..dlm kul 8 ,pintu dh dibuka....kat sini rasa agak frust la..dah la tunggu agak lama jugak....sampai2 aku kat pintu tue, dorang bleh cakap utk tiket hitam jer..aikk..ada warna lain2 ker..so aku assume tiket aku warna hitam.sbb tiket aku mmg ada warna hitam pun..actually baru aku tau tiket aku warna merah..kwn aku pun cakap dia x tau pn ada harga len2 utk tiket..masa dia beli, dorang just ckp pasal tiket nie jer...tiket yg hitam tue sebenarnya adalah tiket utk VIP ..

tiket aku ada gak warna hitam kan..pffftt


ok la, kami pun ke pintu yg satu lg, dan adegan beratur terpaksa dimulakan sekali lagi, bayangkan la..beratur punya beratur, tiba2 boleh dorang suh aku pegi kt pintu yg satu lg, dgn alasan "tetamu VIP dh sampai" wat da fish..penat dah beratur..macam biasa la..proses utk beratur dimulakan sekali lagi. dah la barisan panjang.. pastu sampai kat pintu masuk, dorang check tiket dgn sangat ketat...kan bagus klu buka 2, 3 pintu..xdek la penat nak kena beratur..pastu kena plak daki gunung everest (tangga ke tingkat 3)....bayangkan la, klu aku berusia 50 tahun ++..penat aku nak daki anak tangga tue,,nasib baik la aku young lagi...pfttttt...ok la..rupa2 nya tempat kitorang, dekat atas sekali (free seating).manusia kt ats pentas tue, hai dah macam semut ja aku nampak..



ok la...dh setle smua dah dapat tempat duduk..aku ternampak ada satu lelaki nie panggil AJK event tue menyampaikan rasa kurang puas hati...bagus tindakan dia tue, at least AJK tue leh sampaikan masa post mortem kan...tapi x tau la dia ada kesah ker x..event tue dihandle oleh student2 kt situ jugak..mula2 sekali, event nie start dgn 2 hos dari student uitm (1 guy n 1 girl) yg interview artis yg datang..mia sara yg cute tue pn ada. . .pastu ada prob dengan microfon sket masa hos tue tgh bercakap..dh macam charlie chaplin dh aku tengok masa tue..hehe.kitorang pun wait la, bila Dato' siti mau klua nie....dlm kul 9 mcm tue...tiba2 skrin menunjukkan sekumpulan moto besar berarak dalam kawasan uitm..n Dato' siti dibawa oleh datuk k terus ke dalam dewan nie..unexpected giler dorang nk buat mcm nie..pastu faizal ismail menjadi hos plak..so funny n best dia tue...

sepanjang event nie berlangsung, ada adegan membaling bola selepas persembahan artis2 tue, sapa dpt tgkp, dapat la hadiah..maka semua org la, as usual mesti berebut2 nk tangkap bola tue..yg paling  xsyiok sebab aku kan dok kt tingkat 3, bola tue, tetamu VIP (datuk k, n d rest) yg baling n guess what..dorang dok tingkat 2 kot..for sure dorang baling ke bahagian bawah sekali..xdek plak dorang lontar ke atas..hurmmm...kitorang kt atas nie tengok jer la kan.dah nasib dok atas..4 biji bola dibaling..alih2 bola yg bertanda jer dia pick as winner..sekali lagi ..wat the fish la....sian kot...dah la berebut2 nak ambik bola..last2 xdapat apa2 pun..sekali lagi, masih lagi ada harapan. adegan lontaran bola dilakukan sekali lagi, tapi kali nie, AJK2 event tue yg datang ke tingkat 3..bola dibaling lebih banyak n dibaling juga ke tingkat bawah sekali..aku apa lg, berpulun2 la nak tangkap bola..tp nasib x menyebelahi aku, hampir2 nak dapat tue..last2 bola bertanda jugak n bola tue ada kt bawah sekali.nk tau sapa yg dok kt bawah sekali tue..yg bawah sekali tue adalah tetamu2 kehormat, media, artis.. (kena jadik artis la mcm nie...hahaha)


so far, persembahan artis2  sungguh2 memukau.aizat berduet ngn Dato' siti, ana rafali, dan juga amy search menyanyikan lagu hits beliau iaiti Isabella.. event nie jugak diselitkan persembahan2 oleh pelajar uitm dari fakulti komunkasi,kebudayaan n muzik...Persembahan dorang semua adalah sgt mantap.thumbs up to them..


ini macam la!!
credit:google


sepanjang event tue berlangsung, aku asyik ngn kamera aku jer ( bukan lah kamera mahal)..jadi kualiti gambar aku masih tahap rendah (gambar asyik mau blurrr jer).tapi just layan jer la okay!!!hehe..


bergambar semasa event belum start

nemo nimo, fiza n her bf

backdrop (sori, blur la plak)

nampak mcm photoshop kan, actually aku tgkp kt skrin..masa aku tangkap, tiba2 skrin bertukar..

comeynyer dia.

faizal ismail (licin tue....hehe)

ana rafali (^_^)


comel guitar dia ..(-__-)
amy search,rockers legend ...

another view (blur jugak)



nak jugak tgkap nie..cuba tgk no plat dia..cntik woo...
nie la moto yg bwa Dato' siti msuk dewan tue


nota cm: nsb bek persembahan bes, klu x penat jer datang...






Aug 3, 2011

Keindahan Berbuka Puasa

Salam semua kawan2..

Hari ini dah masuk hari ketiga berpuasa tapi start dari semalam lagi..badan rasa x sihat, selsema, batuk dan segala macam2 penyakit yang sepakej la..kata org penyakit nie dapat mengurangkan dosa..kurang sket la dosa aku kan...salah satu lagi sbg peringatan kpd manusia kn..tambah2 plak ngn faktor cuaca yg agak panas..global warming lg (nasihat oleh environmentalist:kurangkan penggunaan kenderaan, elakkan penebangan pokok & bla bla bla bla..) dh melalut2 plak aku kpd isu global warming nie..hehe..

berbalik kpd title entri aku nie..dulu kn aku sgt la x suka nk pi tmpt yg ramai org (eg:pasar malam, bazar)..aku x suka nk bersesak2, pastu berebut2, bertumbuk2 & berwrestling2 utk sekadar nak beli makanan, bila kita yg sampai dulu, tiba2 org len yg order dulu..sighhhh..kena tggu la..pastu geram lam hati..tue la..sapa suruh x order dulu kn (kes malu nk order...hahahah..boleh ker gitu).. xpun, kita dh order dulu, alih2 org len yg dpt..x leh gak nk salahkan penjual gak,mungkin sbb ramai org, jd pening la kot..kdg2 aku terpkir, apsal x dek angka giliran mcm kt pos ofis tue..hahaaha....x pun penjual tue kena lebih "alert " la kn..klu x ,sian org yg mcm aku nie, yg x pndai nk berebut2..hahahaha.

tp sekarang, aku dh suka la plak gi bazar(mungkin sbb aku dh tergoda tgk makanan2 yg ada kt sana)..tapi aku nk cerita pasal 1 bazar nie.semalam aku gi bazar kt seksyen 20, shah alam ..sana sgt2 la okay!!variety of foods memang banyak..n variety of air pun banyak..sampai semalam sampai 3 plastik air aku borong..1st:air kelapa muda (utk awet muda..hahaha), 2nd:air laichikang (x sempat nk minum pun, sbb perut dh penuh ngn air kelapa, hahaha)..n 3rd: air kedondong epal (nama n warna mcm sedap, tapi sekali minum rasa macam minum air inai..bau mcm inai..bayangkan la korang minum air bau inai) pfftt....next time x nak dah la beli air pelik2..tapi kn ,klu x beli mcm mna nk try kan..kena jugak try n error la (xdek ker tester..hahaha)..hurmmm..

makanan plak aku beli sket jer (sket2 pn kuih ada la lam 5 biji, tambah lagi ngn 2 small chocolate cup cake...hihihi)..nasi plak, aku plih nasi tomato + ayam paprik, harga rm5 (nyum..nyum)...rasa dia ok la jugak ..perut aku yg tgh lapar boleh menerimanya..plus perut tgh lapar, semua nice jer la kn...

ok la..pas dh beli makanan semua, next step cari tempat berbuka la..if nk berbuka kt kedai makan,makanan kan dh siap beli (aku rasa xdak tokey kedai makanan nk bagi mkn kt situ..rugi la dia kn)..so selepas berdiskusi secara ilmiah (ececeh), tempat yg telah terpilih sbg lokasi hari ini adalah dataran shah alam..first time aku pegi nie n agak banyak sedikit jakun la bila sampai2 kt sana..serius  kt sana, rasa mcm nk bergolek2 jer atas rumput tue, tgk keindahan rumput tue...n x sangka aku,rupa2 nya kt sana, punya la ramai manusia berbuka kat sana..rasa meriah plak..mcm sambutan rumah terbuka hari raya (ooppss..telebey suda)..tapi memang betul, best kt sana, ala2 romantik gitu..haha..dgn suasana senja, rumput menghijau, sang bayu melambai2, burung2 berlari2 berkejaran berterbangan..mmg syiokkkk la..hahahah..baru rasa mcm suasana berbuka..n one more thing aku pasan, masa berbuka jer, semua senyap n kusyuk mengadap makanan (sama la ngn tukang cerita nie..hahaha) lepas jer berbuka posa, aku terus  gi main bola kt tgh padang (ok..tue aku tipu la, wat da fish, pas buka posa gi main bola).


tapi yg sayangnya aku x smpt snap apa2 photo pun utk tunjuk keindahan berbuka kt situ (sbb asyik pikir mkn punya pasal)....

next time, aku akan share photo2  supaya next time korang lak leh dtg sini berbuka..the more the merrier right!!!...teheeee..rasanya lagi banyak tempat yg syahdu mcm nie kn...share with me please..(^_^)

syahdu kn tmpt nie..hehe..
pic credit to:ceritera-sindarela

nota cm: kenapa aku rasa aku sorg jer yg x pernah berbuka kt sini (-_-)

Aug 1, 2011

Waktu Imsak & Waktu Berbuka Puasa Shah Alam 2011

Selamat pagi dan selamat menyambut bulan ramadhan bagi semua muslim.



cm: semoga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua..aminnnn...(^_^)

Jul 29, 2011

Happy @ Sedih

Sekarang nie, aku rasa konfius sama ada aku patut happy @ sedih...


credit:google

Mula2 dpt official letter, tengok title, terus aku tersenyum..dpt increment.alhamdullillah.


tapi....


the story of sadness begin...


nk tau kenapa?



because the amount yg naik "sangat" la sangat BANYAK..


sampai mata aku pun nk tersembul dh nie..


nk tau berapa..hurm






80 hengget
credit:google


betul x aku ckp banyak sgt, sampai mata nak tersembul dh nie..


waaaaaaaaaaaaa...sad..sad.. =(

p/s: semangat aku semakin berkobar-kobar utk bekerja....fuhhhhhh..kalau la kan..

Jul 21, 2011

Hari ini adalah hari KHAMIS...dan bukannya hari JUMAAT

pinjam encek google

hari nie memang hari khamis..ini adalah kenyataan...(dush..dush..tampar pipi)..
       
pagi2 lagi aku bangun, aku ingat hari nie hari JUMAAT. siap pikir lagi nak makan nasi tomato (menu utk setiap hari jumaat kat kedai makan)...wehoooo..siap plan lagi esok nak pegi mana after keje..(aku ingat esok sabtu)..hahahaha..sampai la pukul 10 pg..sampai la aku bertanya kt my fren," eh nanti balik la kan nk gi sembahyang jumaat"...pstu kawan aku pun menjawab, "hari nie hari khamis la..bukan hari JUMAAT". aku pun terus tengok jam aku (sebab situ ada hari) untuk memastikan penyataan itu..nasib bek aku ada jam..klu tak, sampai petang la aku ingat hari jumaat..dan sampai petang la kegembiraan aku, tetapi kegembiraan aku telah musnah (sebab hari ini hari khamis). ku sangka panas hingga ke petang, rupa2 nya salji di tengah hari  -_- .bukan saja hari nie aku ingat hari jumaat. hari2 lain pun aku selalu ingat jumaat jugak (dah tua ker aku nie ha *_*) hari isnin pun aku ingat hari jumaat, begitu la jugak dgn hari yg lain..kan bagus klu setiap hari adalah hari jumaat (apa jadik ngan hari len plk.no idea..sighh)...hahahaha..i wish today is always friday..~the end~

moral of the story :bangun pagi sila la tengok kalendar..hahaha -_-

Jul 20, 2011

Who says

hahahaha..dah lama aku suka tengok selena nie sejak dia berlakon dlm cerita "another cinderella story' lagi ..best citer tue...dah la kiut, lawa,cantik,pandai menyanyi, pandai menari..citer terbaru dia monte carlo,aku belum tgk lg..tgk review mcm best..

Jom layan  lagu terbaru "Who Says"....loike so much...hahahaha..





Who Says Lirik
I wouldn't wanna be anybody else.
Hey!
You made me insecure,
Told me I wasn't good enough.
But who are you to judge
When you're a diamond in the rough.
I'm sure you got some things
You'd like to change about yourself.
But when it comes to me,
I wouldn't wanna be anybody else.

Na na na na na na na na na na na na na
Na na na na na na na na na na na na na
I'm no beauty queen.
I'm not just beautiful me

Na na na na na na na na na na na na na
Na na na na na na na na na na na na na

You've got every right
To a beautiful life.
Come on!

Who says?
Who says you're not perfect?
Who says you're not worth it?
Who says you're the only one that's hurting?
Trust me,
That's the price of beauty.
Who says you're not pretty?
Who says you're not beautiful?
Who says?

It's such a funny thing
How nothing's funny when it's you.
You tell me whatcha mean,
But they keep whiting out the truth.
It's like a work of art
That never gets to see the light.
Keep you beneath the stars,
Won't let you touch the sky.

Na na na na na na na na na na na na na
Na na na na na na na na na na na na na
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/s/selena_gomez/who_says.html ]
I'm no beauty queen.
I'm just beautiful me.

Na na na na na na na na na na na na na
Na na na na na na na na na na na na na

You've got every right
To a beautiful life.
Come on!

Who says?
Who says you're not perfect?
Who says you're not worth it?
Who says you're the only one that's hurting?
Trust me,
That's the price of beauty.
Who says you're not pretty?
Who says you're not beautiful?
Who says?

Who says you're not star potential?
Who says you're not presidential?
Who says you can't be in movies?
Listen to me, listen to me.
Who says you don't pass the test?
Who says you can't be the best?
Who said?
Who said?
Would you tell me who said that?
Yeah~
Who said?

Who says?
Who says you're not perfect?
Who says you're not worth it?
Who says you're the only one that's hurting?
Trust me,
That's the price of beauty.
Who says you're not pretty?
Who says you're not beautiful?
Who says?

Who says?
Who says you're not perfect?
Who says you're not worth it?
Who says you're the only one that's hurting?
Trust me,
That's the price of beauty.
Who says you're not pretty?
Who says your not beautiful?
Who says?

nota akhir: loike..loike.*-*

Bila Bos sudah tiada~

Pagi lg mood aku telah x seronok sbb hari nie tiba2 bos msuk awl..xdpt aku nk men2 game, surf2 internet semua, kena cover line la..pastu komputer aku nie, dah la tua, lembap nk mampos, pastu hang, bru ak nk buka cafe world, restaurant city, petville, fishville lg & game2 len yg seangkatan dgnnya.mula la dia nk hang..pastu buatnya tiba2 bos dtg tempat aku, fuhhh..selamat aku, jd aku bila bos ada, terpaksa la aku melupakan hasrat murni aku tue..hahaha...
credit to encek google

tp tiba2 aku mula gelak jahat dlm hati, kang aku gelak kuat2 ,mesti semua org kata aku gila..bos aku dh strt angkat beg dia.aku pun senyum lg..hahaha..yes.!!!yes!!!bos aku nk kelua..semua org lam ofis pun apa lg..hooreeeyyyy!!!hahaha..nampak sgt semua "malas" nk bekerja..hahahaha..sori la bos..sian plak kt bos aku nie...hahahahaha

nota pendek: sambung men game..hahaha..

Jul 19, 2011

Bila perasaan bersalah menghantuiku~



bukan niat untuk berkasar bahasa,
bukan juga niat untuk menunjuk terror,
yang cuma aku rasa pada masa itu,
aku tak salah dan aku patut berkata2.

tetapi,
kata2 ku telah dianggap salah,
kata2 ku telah dianggap melawan,
dan kata2 ku telah dianggap "kurang hajar",

tetapi,
patutkah begitu,
ku cuma ingin menyampaikan rasa hati,
bukan sekali niatku seperti itu,

sekarang,
aku seperti dlm dunia sendiri,
terasa asing di bumi sendiri,
adakah jawapan "yg ku x tahu" itu begitu tak bersopan,
sehingga aku harus merasa bersalah.

dan,
apa yg harus ku lakukan,
meminta maaf atau membiarkan saja,

nukilan rasa: nasi telah menjadi bubur n i dun like it....

LinkWithin