Pages

Nov 14, 2013

Review BSP, check blood pressure and urine test

Hari nie macam biasa la aku akan pergi review bsp kt klinik kesihatan seksyen 7, shah alam.

Sekali dah disahkan ada GDM ataupun kencing manis ketika hamil. every 2 weeks memang wajib buat BSP dan esoknya kena gi jumpa doktor untuk review BSP.kalau bacaan gula x berapa ok, maka jadilah setiap minggu kena buat BSP.

nasib baik lah aku ada meter sendiri untuk check gula kan..kalau tak, 4 kali sehari kena gi klinik. penat tuuu..tapi ada kawan aku cakap, ada klinik yang bagi pinjam meter, esoknya pulang semula.

macam aku nie, sebab bacaan gula aku waktu awal pagi (8 am) selalu out, aku dah kena cucuk insulin setiap malam sejam sebelum tidur.  biasa limit gula yg dibenarkan ialah 5.2 kat klinik seksyen 7 (diorang ikut hospital klang). lain hospital lain limit tau..macam kat hosp. sg buloh, limit 5.6 mcm tue.

bila dah kena cucuk insulin nie (now dah 10 unit), every week la aku wajib buat review BSP. letih gak bila pikir balik, tapi nak buat macam mana, untuk baby gak kan..jadi aku redha dan pasrah jer la..

Last two days, masa aku gi check perut, tiba2 blood pressure (BP) pula tinggi (130/90) . terus aku kena buat BP selang sehari..tapi yang nie nasib baik, boleh jer wat kat farmasi atau klinik private. biasa farmasi cas RM5 macam tue. 

Masa nak buat medical check up minggu lepas, tiba2 urine test pulak sangkut. sebab ada albumine. kalau ada yang nie, maknanya air kencing kotor. kalau yang nie, selang sehari gak la kena gi buat urine test. nasihat doktor suruh minum banyak2 air masak (at least 2 botol besar sehari), minum air barli. bila nak amek urine test nie kan, wajib gak buat BP sekali. 

biasa aku buat kat klinik noor hajar seksyen 18, situ cas RM10 . hari tue saja la nak try gi klinik yg sebelah tue (klinik nik isahak), terkejut aku diorang cas RM16 (jumpa doktor:RM10, urine test: RM6). banyak gak beza tue, 6 hengget gak. urine test tue guna strip jer pun..kat farmasi xpernah la aku try pulak (sebab ada urine test kan). 

dan tadi aku tanya la kat doctor pasal due date bersalin..kalau once dah cucuk insulin, memang kena bersalin x boleh melebihi 38 weeks (sebab takut baby besar). maknanya kena serah diri la kalau tak bersalin lagi 38 weeks tue. kalau belum cucuk insulin, boleh lagi tunggu sehingga due date. 

tak dapat bayangkan kalau aku bekerja, nasib baik la sekarang nie aku tengah sambung study, masa agak fleksibel..kalau tak, mesti aku lagi stress dan tertekan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...