Pages

May 2, 2013

Interview Program Ahli Sains dan Penyelidik Muda (PSPM) 2012, UITM

Salam semua,

Sini aku nak cerita bagaimana proses interview untuk program PSPM, uitm under IIESM. Macam biasa, untuk nak apply, kena isi borang permohonan dan hantar bersama proposal.Program ini membolehkan pelajar mendapat tajaan untuk melanjutkan master atau PhD. Tempoh ikatan adalah selama 7 tahun sebagai penyelidik. Ini adalah berbeza dengan program TPM (Tenaga Pengajar Muda) yang fokus kepada menjadi " pensyarah".tapi yang bagusnya, kita akan diletakkan di insitut. macam IIESM terletak di Shah Alam dan tak dicampak ke negeri2 yang lain.


Interview berlangsung pada 6hb Februari 2013 dan mengambil masa lebih kurang 30 minit. seramai 4 orang calon untuk phd. ada yang dah habis master dan ada yang masih menunggu VIVA.  Aku dinterview untuk bidang Water Resources and Environmental Systems (WRES). Ada 4 orang panel. Sorang pengarah institut dan lecturer2 dari fakulti kejuteraan awam sendiri.

Aku memang dah agak,soalan mereka mesti pasal proposal. Proposal amat dititik beratkan, tambahan lagi pada peringkat PhD. Aku memang x berapa nak ready untuk defend proposal dan tak tau apa yang perlu ada.hanya mencuba nasib sahaja. 

Ada jugak soalan what is your ambition? pastu tanya macam mana nak jadi researcher yang round ended. for sure memang aku x pernah come across that word. hahaha..Soalan juga berkisar kepada apa yang dipelajari pada peringkat master. Panel seperti ingin mengetahui sekuat mana pengetahuan asas dalam bidang environmental. Panel juga ingin mengetahui adakah anda pernah " publish" paper atau join conference". Itu merupakan satu bonus untuk dipilih.

 Nasihat dan sedikit pengajaran yang dapat ambil dari sesi temuduga ini ialah:

1) Pastikan proposal yang anda buat telah mendapat advice dari mana-mana pihak professional  (pensyarah, supervisor). Ini adalah untuk memastikan yang proposal anda sesuai dijadikan sebagai "research" bagi peringkat master dan PhD.

2) Pastikan idea untuk proposal anda merupakan idea yang " niche" iaitu sesuatu idea yang baru dan dapat memberikan sumbangan.

3) Carilah pengalaman terlebih dahulu dalam bidang penyelidikan iaitu sebagai research assistant (RA) untuk membolehkan anda tahu selok belok membuat publication dan juga research.



  • Melalui temuduga ini, dapat simpulkan bahawa fokus sebenar program ini adalah untuk mencari " full time " saintis yang dapat membuat banyak penyelidikan seterusnya menjana pendapatan untuk institut di samping menjadi " consultant" dalam sesebuah projek. 
  • Calon semestinya seorang yang sangat berwawasan dan bersemangat tinggi. Bukan mudah untuk publish paper. Bagi yang baru bercita-cita untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi, pastikanlah anda betul- betul bersedia untuk menjadi sebagai seorang penyelidik dimana penyelidik fokus kepada penyelidikan. Berbeza dengan pensyarah, dimana pensyarah perlu mengajar. Tugas pensayarah bukanlah hanya mengajar tetapi sebenarnya ialah " multi tasking" di mana penyelidikan juga perlu dilakukan. Tugas mereka x ubah seperti pengajar + penyelidik. Pensyarah juga dimestikan memenuhi  Key Performance Index (KPI) untuk membolehkan menapak ke tangga yang lebih tinggi iaitu dengan " publish paper:". tapi lebih fokus kepada mengajar.
  • Indeks pencapaian bagi program ini  adalah berbeza dengan pensyarah di mana mungkin memerlukan untuk publish 4,5 paper sepanjang tahun.

Jadi tepuk dada tanya selera, adakah anda memenuhi kriteria-kriteria tersebut.

p/s: never give up, strike until you succeed. insyallah.


Rezeki mencurah2

Salam semua,

Suppose lama dah aku nak cerita pasal nie. Semuanya berlaku dalam bulan 4.

Bersyukur sangat tiba-tiba banyak rezeki mencurah2 bagai koko mencurah2 di ladang gandum.  Rezeki yang datang memang x disangka-sangka. After several interview, rasa macam teruk sangat masa tue. Tapi alhamdullilah berjaya. Kat bawah nie adalah sedikit rentetan sejarah.

Before nie dalam bulan 3, aku suppose kerja kat RHB. proses interview agak mudah. aku pergi walk in interview kt HQ and then dipanggil untuk interview lagi kat 2 branch easy pink yang dekat dengan rumah aku. Satu kat Seksyen 16, Shah Alam, satu lagi kat Putra Heights.

Interview kat Seksyen 16 memang x best langsung. and aku prefer yang kat putra heights.actually takut jugak nak jadi sales executive nie. kita kena capai target and if not, anytime boleh kena terminate. tapi aku nak rasa pengalaman mencabar diri sendiri. bukan senang nak yakinkan orang untuk buat loan. kebanyakan orang yang nak buat loan, tak lepas dan orang yang boleh buat loan ialah orang yang memang tak perlukan loan. masa tue memang semangat habis lah nak capai target. starting gaji RM1800 untuk degree dan RM300 untuk elaun telefon (kena claim kemudian).

tapi banyak sangat problem utk dapatkan offer letter disebabkan aku ada loan ASB dengan RHB. dorang mintak aku terminate loan sebab staff x boleh ada loan dengan majikan. dan aku dah buat pun. mula2 easy pink cakap seminggu untuk terminate (staff yang cakap) and then after seminggu aku call again and manager dia cakap biasanya  ambil masa sebulan. and then aku pun pasrah la tunggu sebulan and manager tue cakap kenapa beritahu aku ada asb loan. lepas dapat offer , baru lah terminate. mana la aku tau , the process will be complicated. masa nak buat loan, memang mudah sangat kan. 30 minit dah siap. betul2 rasa macam serik lagi nak buat loan dengan dorang..sorry to say!!!

and then, aku realize yang loan aku dah fully terminate bila ak check on9 account , xdek dah details pasal loan asb aku. aku jugak la keep on calling HR RHB cakap yang loan aku dah kena terminate.  sistem dorang memang teruk. bila call easy (yang pink tue), dorang kata refer rhb branch (yang biru). tapi bila aku call yang biru, yang biru suruh aku gi dekat yang pink. nasib baik lah rumah aku dekat dengan yang pink. cuba kalau jauh. x ker susah jadinya.

and then after dah loan memang kena terminate, xdek pulak aku dapat surat yang mengatakan aku dah terminate, cuma dapat invoice saja and cheque. padahal HR sibuk nak letter of termination. x paham betul aku ..pink and biru tue macam xdek connection, under nama yang sama kot. cuma main product jer yang lain. tapi better jugak aku x kerja dengan rhb nie. semuanya ada hikmah.

Pastu aku pun dah fed up dengan RHB, aku pun apply untuk jadi RA kt universiti2 . mostly reply tak ada kekosongan. and then, dalam 2 minggu jugak lah aku dapat email dari lecturer kt ukm untuk datang ke ukm. So, aku pun ingat dia nak interview la kan. Proses kerja yang biasa. x sangka bila aku gi ukm, terus diorang suruh start kerja tapi bawah lecturer lain, memang senang sangat prosesnya. no interview, hanya bual2 santai. memang rilex sangat2. starting gaji sebagai pembantu penyelidik (RA) kat UKM, RM1800 (degree), RM2000 (master). ada potongan KWSP tapi tak ada benefit yang lain untuk staff. 

Keesokannya, aku dapat email yang aku dapat offer kerja dari one consultant company as environmental consultant. Gaji memang x banyak pun aku mintak since aku x ada experience pun dalam kerja tue. tapi lebih banyak dari kerja sebagai RA. yang nie starting gaji sebanyak RM2500 dengan kelulusan master. ada yang cakap sikit sebab master kan..tapi dengan tak ada experience, kira dah ok la..

And esoknya pula aku dapt offer scholarship dari uitm untuk further phd dibawah program Program Ahli Sains dan Penyelidik Muda (PSPM). yeay...Aku kena bond 7 tahun sebagai Penyelidik setelah habis belajar.

surat tawaran PSPM




Mula2 target aku, nak kerja RA untuk dapatkan experience dalam research and then further phd. Jadi Graduate Research Assistant (GRA) dulu and then baru lah mintak funding lain (myphd, scholarship dari universiti). kalau macam kat ukm, ada scholarship nama ZAMALAH.

Aku suka kerja aku sebagai RA. boss aku pun sangat baik dan memahami. Tapi dalam masa yang sama aku teringin sangat nak jadi Environmental Consultant. macam impian gitu la..Rasa sedih pulak nak tolak kerja nie. phd jugak merupakan impian aku jugak.Tapi kalau aku nak further phd, aku rasa better aku jadi RA kan.

aku betul2 dalam dilema dalam nak buat keputusan , aku macam nak semuanya. tapi aku tahu x boleh. aku kena korbankan untuk dapat yang lain. tapi itu x bermaksud impian aku akan terkubur kan. aku still boleh jadi consultant, freelance bila aku dah ada segulung phd.

Semoga jalan aku untuk mendapatknnya dipermudahkan oleh ALLAH S.W.T

LinkWithin