Salam semua,
Sini aku nak cerita bagaimana proses interview untuk program PSPM, uitm under IIESM. Macam biasa, untuk nak apply, kena isi borang permohonan dan hantar bersama proposal.Program ini membolehkan pelajar mendapat tajaan untuk melanjutkan master atau PhD. Tempoh ikatan adalah selama 7 tahun sebagai penyelidik. Ini adalah berbeza dengan program TPM (Tenaga Pengajar Muda) yang fokus kepada menjadi " pensyarah".tapi yang bagusnya, kita akan diletakkan di insitut. macam IIESM terletak di Shah Alam dan tak dicampak ke negeri2 yang lain.
Interview berlangsung pada 6hb Februari 2013 dan mengambil masa lebih kurang 30 minit. seramai 4 orang calon untuk phd. ada yang dah habis master dan ada yang masih menunggu VIVA. Aku dinterview untuk bidang Water Resources and Environmental Systems (WRES). Ada 4 orang panel. Sorang pengarah institut dan lecturer2 dari fakulti kejuteraan awam sendiri.
Aku memang dah agak,soalan mereka mesti pasal proposal. Proposal amat dititik beratkan, tambahan lagi pada peringkat PhD. Aku memang x berapa nak ready untuk defend proposal dan tak tau apa yang perlu ada.hanya mencuba nasib sahaja.
Ada jugak soalan what is your ambition? pastu tanya macam mana nak jadi researcher yang round ended. for sure memang aku x pernah come across that word. hahaha..Soalan juga berkisar kepada apa yang dipelajari pada peringkat master. Panel seperti ingin mengetahui sekuat mana pengetahuan asas dalam bidang environmental. Panel juga ingin mengetahui adakah anda pernah " publish" paper atau join conference". Itu merupakan satu bonus untuk dipilih.
Nasihat dan sedikit pengajaran yang dapat ambil dari sesi temuduga ini ialah:
1) Pastikan proposal yang anda buat telah mendapat advice dari mana-mana pihak professional (pensyarah, supervisor). Ini adalah untuk memastikan yang proposal anda sesuai dijadikan sebagai "research" bagi peringkat master dan PhD.
2) Pastikan idea untuk proposal anda merupakan idea yang " niche" iaitu sesuatu idea yang baru dan dapat memberikan sumbangan.
3) Carilah pengalaman terlebih dahulu dalam bidang penyelidikan iaitu sebagai research assistant (RA) untuk membolehkan anda tahu selok belok membuat publication dan juga research.
- Melalui temuduga ini, dapat simpulkan bahawa fokus sebenar program ini adalah untuk mencari " full time " saintis yang dapat membuat banyak penyelidikan seterusnya menjana pendapatan untuk institut di samping menjadi " consultant" dalam sesebuah projek.
- Calon semestinya seorang yang sangat berwawasan dan bersemangat tinggi. Bukan mudah untuk publish paper. Bagi yang baru bercita-cita untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi, pastikanlah anda betul- betul bersedia untuk menjadi sebagai seorang penyelidik dimana penyelidik fokus kepada penyelidikan. Berbeza dengan pensyarah, dimana pensyarah perlu mengajar. Tugas pensayarah bukanlah hanya mengajar tetapi sebenarnya ialah " multi tasking" di mana penyelidikan juga perlu dilakukan. Tugas mereka x ubah seperti pengajar + penyelidik. Pensyarah juga dimestikan memenuhi Key Performance Index (KPI) untuk membolehkan menapak ke tangga yang lebih tinggi iaitu dengan " publish paper:". tapi lebih fokus kepada mengajar.
- Indeks pencapaian bagi program ini adalah berbeza dengan pensyarah di mana mungkin memerlukan untuk publish 4,5 paper sepanjang tahun.
Jadi tepuk dada tanya selera, adakah anda memenuhi kriteria-kriteria tersebut.
p/s: never give up, strike until you succeed. insyallah.
1 comment:
Post a Comment