Pages

Feb 21, 2011

Cara-cara mengatasi rasa kegagalan

Rasa kegagalan sering membuatkan kita rasa lemah,rasa berputus asa dan membuatkan kita mudah tunduk pada kegagalan dan seterusnya hanyut dibuai emosi.

Setiap manusia akan merasai kegagalan tak kira la dalam apa2 bentuk pun.ada yang gagal dalam perhubungan, gagal dalam membina karier dan mcm2 lagi..

Jadi jangan la kita mudah sangat tunduk pada rasa gagal ini.

Apabila kita menghadapi kegagalan:

1. Bertenang

Cuba bertenang, menangis jika perlu. menangis la sebanyak mana yang anda nak Apabila anda menangis ini secara tidak langsung akan melegakan hati .tapi janganlah pula sampai memudaratkan diri sendiri.menangislah secara berpada2.

2. Don' t be alone

Jangan duduk sorang2, keluar bergaul bersama teman2, apabila anda duduk seorang diri, anda akan mula berfikir mengenai kegagalan yang anda alami dan pada masa ini emosi anda akan mudah terganggu kerana proses penerimaan yang agak perlahan pada masa itu.

borrow from google

3. Be busy

Sibukkan diri anda dengan aktiviti2 yang menarik,pergilah bercuti dimana2 sahaja tp pastikan bersesuaian dgn budget, takut nanti masalah lain pula yg timbul selepas anda pulang bercuti.yg penting bila anda sibuk, anda tiada masa untuk berfikir mengenai kegagalan anda.

4.Be positive

Berfikiran positif.yakin la sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. "everything happen for a reason" kegagalan yang anda alami itu bukanlah penamat kepada kehidupan tetapi sebagai langkah permulaan untuk menjalani hari2 yang lebih berrmakna. Selalu lah berfikiran bahawa apa yg anda hajati mungkin bukanlah perkara yang terbaik untuk diri anda. Anda pasti akan berjaya pada masa yang lain.cuma cepat @ lambat sahaja.

5. Never give up

Teruskan berusaha."never give up", the more u try, the probability of success is higher".setiap kali anda mencuba, kebarangkalian/kemungkinan anda untuk berjaya semakin tinggi.

6. Tempat mengadu

Carilah tempat untuk mengadu, pastikan orang itu boleh memberikan kata2 semangat kepada anda. Apabila anda mula berkongsi, hati anda akan berasa lebih tenang.

7. Musahabah diri

Dan yg terakhir,musahabah diri anda.Apabila anda yakin yg diri anda sudah mula boleh menerima kegagalan itu, baru lah anda mencari semula di mana silap anda sehingga berlalu kegagalan itu dan cuba perbaiki diri anda untuk menjadi insan yg lebih baik.


.: Kebanyakan orang yg berjaya hari ini ialah orang yg pernah merasa kegagalan pada masa dahulu, yang penting sekali jangan berputus asa dengan kegagalan .:


♥ The failure is the road to success 

♥  Manusia mana yang tidak pernah merasa gagal itu ialah manusia yang gagal untuk belajar erti kemanisan hidup 



p/s: belajarlah untuk merasa gagal supaya dapat merasai kehidupan (^_^)

1 comment:

eqbalzack said...

salam...
Bila2 free singgah ke blog abg eq. jom join GA abg eq. TQ

*GIVEAWAY 3 SPONSOR* http://www.eqbalzack.com/2011/03/giveaway-3-sponsor.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...