Pages

Feb 20, 2011

Ujian, test, exam

Hello,

Dlm hidup kita nie selalu ada ujian kan, dlm nk buat apa2 ,mesti ada halangan (sama mcm ujian kn)..
Ujian @ exam @ test..mcm2 org panggil,tapi maknanya sama jer..semua nak uji kita..dah nama pun "uji" "an"

Ok la..aku nak cerita pasal ujian untuk mendapat pekerjaan (bersangkutan ngan aku sekarang)..kira macam tapisan pertama la..kalau anda semua perasan (aku nak guna bahasa baku sikit), sekarang nie nk dpt pekerjaan,semua ada ujian. Ujian SPA la, Ujian cikgu (M-test)..ingat masa sekolah dulu jer ker ada ujian..sekarang semua dh ada ujian. Aku rasa ujian nie bagus juga,sebab nak dapatkan yang betul2 berkualiti tp ada juga keburukannya. Yer la, contohnya PTD dah penat2 ambik ujian,pastu dapat sampai ke peringkat seterusnya, tapi sampai jer kat proses akhir, terkandas..kan dah buang masa, tenaga,wang ringgit.pastu kena ulang semula ujian tue..

credit google


Ok la (berapa banyak ok dah), aku sambung pasal ujian2 yang aku pernah amek setakat ini:

Ujian PTD
-Ini antara exam yg susah (sapa yang pernah amek,tau la)..kena byk tau pasal isu2 semasa, apa yg keluar kt paper...lepas tue yg penting pembacaan, maknanya banyakkan membaca la..sebab exam dia ada bahagian esei (bahasa melayu & english).antara buku2 yang disarankan untuk dibaca adalah "Malaysia Kita". tapi aku hanya baca buku nie (Soal Jawab Am Peperiksaan Kerajaan). tp x khatam semua pun. Yang penting banyak tau pasal isu semasa la..Kena try buat latihan matematik juga (latihan masa sek men dulu tp yang simple2 jer), try soalan uji IQ (analatikal), soalan kadang2 bunyinya macam lucu, tapi bila nak jawab,pening juga la..

Ujian cikgu (m-test)
-Ujian nie pun aku pernah amek & org kata pun susah juga (aku blur sket susah ker x)..result adalah negative. tension aku,serius aku tak tau cara nak jawab test nie..pastu ada ujian sahsiah lak.ujian sahsiah nie adalah ujian keperibadian. yg nie pun aku x tau cara nak jawab..yer la..mesti la ujian sahsiah nie untuk nak tgk sama ada sesuai jadi cikgu ker tak kan (mungkin aku mmg xdek gaya cikgu kot).ujian nie xdek esei...


Ujian Aptitude
-yang nie aku amek masa apply peg tadbir kt um dulu. dah la tak tau format.pakai jawab jer..ujian nie semua dalam english.pastu yang x bestnya, ada plak esei.lagi sekali esei kena jawab.esei in english jer..ada beberapa tajuk & pilih satu.Ujian nie sekejap jer..dalam 3 jam klu x salah la..separuh hari jer.kul 12 dah habis.start kul 9 pg..

Ujian saringan
-yang nie aku amek masa apply peg tadbir juga,tapi kt usm. ujian nie dibuat 2 hari. aku pergi dengan otak yang kosong jer..Habis aku goreng jer semua .mula2 ada short interview dlm english (dlm 10 min), simple jer soalan2 yang aku kena la. Introduce diri, masyarkat malaysia majmuk tak & macam mana nak bagi bertambah majmuk,ada juga dia tanya aku , bos laki & bos perempuan,siapa yang lebih garang.Habis interview, kena jawab esei plak (dlm english).sebelah petang kena jawab lagi ujian ,tapi dalam bahasa melayu la, ada objektif,subjektif,esei. objektif ada soalan matematik,campur sikit english. Mula2 aku jawab , langsung xdpt jawapan,last2 baru dpt..pastu jwb subjektif.yang nie aku mmg kantoi hbs la.aku lupa nak studi psl APEX. korang tau x pasal APEX. USM kan dh jadi universiti APEX. siap tanya lagi singkatan untuk apa.pastu siapa yang menang adun Tenang (yg nie objektif).ciri2 universiti apex.senarai2 universiti apex.dan last sekali,esei mengenai peranan pegawai tadbir untuk apex nie la..memang serik aku , tue la, sapa suruh x studi (aku memang tak teringat langsung pasal nie).
-Keesokan hari ada ujian fizikal, (kena lari 1.6km).tapi aku nie sebab dh give up,aku x pgi pun,tiba2 malam sebelum esok tue,aku rasa macam perjuangan aku telah berakhir.sebelum2 nie,xdek plak rasa mcm tue..mungkin sbb pasal aku jwb pg td yang mcm lintang pukang..

Ujian keyakinan (Confidence)

-yang nie aku amek masa pegi interview kat salah satu company swasta. soalan macam soalan sahsiah la,setuju, tak setuju.macam tue la..masa interview,aku pun curi2 tengok la,result aku (dah ternampak,huhuhu)..aku pun tengok la..aku punya 60% jer.maknanya ,average jer la.

ada lagi ujian yang aku pernah amek.ujian petronas pun aku pernah try (jawab on9)..tp x berapa ingat sangat dah .yang aku ingat,soalan tue ada pasal margin (keuntungan klu x salah).mana la aku tau nak kira.

memang susah sekarang,nak dapatkan keja,mesti nak kena amek ujian..jadi klu nak sgt keja tue.kena sanggup la amek ujian. Macam pepatah nie la, " klu takut kena lambung ombak,jangan berumah di tepi pantai" (betul la kot kan).maknanya klu tak sanggup nak hadapi ujian, x yah pegi terus.( betul kot)..

Setakat nie, 1 exam jer yang aku lepas, exam yg no 1 tue jer..yg lain2 semua kiok..

.

1 comment:

Anonymous said...

nk tanye, ujian aptitude yg kt UM tu, psl ape je ek?mmg general info je ke?bley share x?hanazakarino86@gmail.com

LinkWithin