Pages

Nov 15, 2013

Penafian Pinjaman pendahuluan MARA-story 3

Aku dah banyak kali call En Irman (MARA Penang) untuk tanya adakah dia dah keluarkan surat pelepasan hutang. Boleh dia kata yang dia tiada kuasa untuk buat macam tue. Jadi siapa yang bertanggungjawab untuk keluarkan surat pelepasan tue?? lepas tue dia suh aku contact orang lain (En Ali, bahagian penguatkuasaan,Penang). dan bila aku call En Ali, dia kata sepatutnya En Irman yang keluarkan.

Aku dah pening siapa sebenarnya yang bertanggungjawab atas kes aku nie.

Bila aku call MARA KL, dorang bagitau aku yang diorang perlukan satu surat dari MARA Penang yang mengatakan aku tak buat pinjaman untuk clearkan nama aku. sKL x boleh buat apa2 sebab pinjaman tue dikeluarkan kat penang. apa yang susah sangat ntah, semua maklumat aku dah bagi. laporan polis pun dah buat. surat dah bagi .buatlah penyiasatan. ini tidak, nak keluarkan surat pun bagi macam2 alasan. 

Serius aku dah sakit hati sangat2 dan kecewa sebab banyak dah duit dan masa aku terbuang sebab nak tau status penafian nie.tiap2 bulan aku call, tapi macam nie la..tak ada apa pun yang diorang buat.

padahal aku nie teraniaya.nampak sangat dokumen2 peribadi aku macam IC dah disalahgunakan. kalau tak, macam mana tiba2 nama aku ada buat pinjaman pendahuluan kat penang.dan aku syak dorang yang jahat nie guna ic aku masa aku buat pinjaman pelajaran utk master aku dulu (september 2011). dan kat mara penang, dorang memang tak dapat nak detect dokumen2 aku.

untuk makluman semua, pinjaman pendahuluan nie hanya boleh dibuat kat mara negeri yang berhampiran tempat tinggal. aku nie alamat tetap pun kat kedah, tiba2 logik ker aku buat pinjaman kat penang.dan aku tak pernah pun menetap kat penang tue.

geram betul dan sakit hati. mentang2 lah aku nie orang biasa. tapi aku tau allah maha adil. hanya allah yang dapat membalasnya atas sikap manusia yang menganiaya orang macam aku nie. tiba2 aku rasa serik buat pinjaman dengan MARA. tak pasal2 bertambah hutang yang aku memang tak buat. 

apa la tindakan yang patut aku buat, boleh ker aku buat report pada tibunal pengguna.? report polis pun macam tak ada apa jer..ker patut aku failkan kes kat lawyer. ??

No comments:

LinkWithin