Pages

Apr 22, 2017

Apa perlu buat bila kad pelajar UITM hilang ??

Assalamualaikum semua,


Kali nie memang stress jugak la.tiba2 jer lesap kad pelajar.. puas cari satu rumah, dalam kereta tapi tak jumpa jugak..nak masuk uitm jadi susah sebab tak boleh nak lepas palang.. nak masuk bilik postgrad pun jadi susah.


Adoiiii...


Last2 terpaksa la pergi buat kad yang baru. Nie aku senaraikan langkah-langkah yang perlu dibuat


1) buat report kat polis bantuan UiTM.


2) Bayar denda RM30, boleh bayar kat kaunter bendahari dalam polis bantuan tue.
UPDATE 2018-BOLEH BAYAR DIKAUNTER BENDAHARI ZON 6 DI TINGKAT 3 MENARA SAAS

3) Pergi menara SAAS tingkat 6 (bahagian infotech), ada lift tau, lift berdekatan surau lelaki.


tunjuk resit dan salinan report polis bantuan, kat sini dia akan tanya nak tangkap gambar baru atau guna yang lama.. So, aku pilih yang lama jer...senang..


dan tunggu sekejap...tadaaaa. 5 minit dah siap on the spot..yang nie lah part paling best :)


dah tue...aku kena la aktifkan akses untuk parking berpalang.. yang nie leceh sikit..
sebab kena daftar stiker kereta dulu kat student portal.pergi kat bahagian eHep



seterusnya kat bahagian permohonan stiker. klik permohonan. kat sini perlukan maklumat kereta macam no road tax. dan detail pasal lessen memandu (bila expiry, no lessen memandu).
dah siap boleh klik semakan. pastikan status tulis disokong.kemudian klik la cetak. bawa cetakan tue ker bahagian keselamatan untuk ambil stiker (harga RM2).

dah ada stiker barulah boleh teruskan ke bahagian untuk aktifkan palang. guna system online. boleh klik kat sini.klik kat borang permohonan. cuma pilih jenis permohonan.dan yang lain info semua automatic akan ada sendiri (no stiker, nombor wigend).

SISTEM PENDAFTARAN PARKIRAN BERPALANG (SPB) UiTM SHAH ALAM

borang permohonan spb uitm
Borang permohonan spb uitm
dah setel tekan hantar.boleh semak status kat status permohonan. kita akan dapat email bila dah diluluskan. selalu sehari dua dah dapat dah.
status spb uitm

contoh email lulus

untuk akses ke bilik postgrad pulak, kena jumpa bahagian teknikal dan daftar semula sebab kad baru kan..

ok la..the end..satu hari dah boleh buat semua..dengan syarat buat dari pagi..

kat sini aku sertakan sekali no telefon untuk rujukan, senang tak clear apa-apa, call dulu Tanya.

INFOTECH  Tel : +603 5544 2203

POLIS BANTUAN UITM
WAKTU URUSAN PEJABAT DAN KAUNTER PEMBAYARAN SAMAN DAN PEMBELIAN PELEKAT KENDERAAN
ISNIN - KHAMIS
8:00AM - 1:00PM...
1:00PM - 2:00PM (REHAT)
2:00PM - 5:00PM

JUMAAT
8:00AM - 12:15PM
12:15PM - 2:45PM (REHAT)
2:45PM - 5:00PM
SABTU/AHAD CUTI UMUM (CUTI)
TALIAN KECEMASAN 24JAM POLIS BANTUAN UiTM SHAH ALAM
03-55442157 / 03-55443999

SPB UITM .Tel: 03-55448050 atau email ke spbuitm@salam.uitm.edu.my untuk sebarang pertanyaan lanjut




No comments:

LinkWithin