Salam semua,
بسم الله الرحمن الرحيم
Dah 2 bulan aku menderita sakit gigi. start sakit gigi bulan 9 time raya haji.gigi geraham belakang aku dah berlubang..uwaaa..time pregnant aku tak berani nak tampal, pastu dah bersalin & pantang kan..so aku cadang tunggu lepas pantang.and at last aku terpaksa juga pergi dentist..sakit berdenyut2 kat pipi setiap malam.siang ok la pulak..hasil google2 , katanya bakteria kan lagi aktif waktu malam..so aku pergi la klinik pergigian uitm. dekat pusat kesihatan uitm.klinik nie buka office hour isnin hingga jumaat..kalau untuk tampal gigi..terus dapat rawatan.macam aku hari tu kena tampal n scaling.so dia boleh buat 1 rawatan jer setiap kali datang.scaling dia bagi tarikh appointment lain.
Nyilu dan seram giler la masa tampal tue sebabnya tak ada bius..pastu aku asyik kena marah,katanya gerak2 lidah dan keraskan badan.aku bukan nak buat gitu pun la..dah sakit, tindakan refleks kot..eeeiii..garang betul dentist yang aku jumpa hari tue..dah la siap suruh aku pegang tiub untuk sedut air liur, pastu marah aku cakap jangan tarik..aku nampak pun tidak.pakai spek besar tue kan.aku statik jer kot. dia yang tarik untuk cuci..mana la aku nampak..
tapi dentist masa scaling ok la pulak..elok jer cakap..
credit fb klinik adha |
so lepas 1 bulan aku tampal, gigi aku sakit balik..memang nightmare sungguh la..start la berdenyut2 time malam..nak tido pun memang tak boleh..uwaaa...dah tue aku yang start x tahan sangat sakit malam ahad..ahad pulak jarang ada yang klinik buka kan...
hasil pencarian di google..akhkirnya jumpa juga klinik yang buka ahad. klinik pergigian adha kat alam avenue.betul2 sederet dengan speedmart.klinik tue tingkat atas.
waktu operasi |
So. aku awal2 pagi dah datang.klinik buka pukul 9.30 pagi .parking banyak kosong.aku orang ke 2 yang datang. sampai turn aku..ok la dia bagi bius..so masa tampal, tak ada la lidah bergerak2 kan. dentist suruh aku relax, baru la tak sakit katanya.lega sangat2 pas tampal tue.gigi dah tak sakit..masa kat klinik gigi uitm hari tue.maybe dentist tak dapat nak betul2 buat kot..yer la..dah bergerak2 lidah so maybe nampak tak nampak sangat kan.total cas untuk tampal +bius adalah RM130.
cas pergigian pada 22.1.17 |
cas pergigian |
Details:
Klinik Pergigian Nurul Adha
Alam Avenue, B-7-1, Jalan Serai Wangi G16/G Seksyen 16, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Telefon: +60 3-5510 2185
FACEBOOK Klinik Pergigian Nurul Adha
No comments:
Post a Comment