Hari ini rasa nk update sket blog nie..utk pengetahuan semua, sapa2 yang ada apply jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik @ PTD gred M41, semakan panggilan exam boleh dibuat.sila click link di bawah utk semakan.
mungkin ramai yang belum pernah menduduki exam ini tertanya2 apa soalan yang bakal keluar.Di sini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu.Diharap ia dapat membantu. Mengikut pengalaman yg lepas2,exam ini mengandungi beberapa bahagian soalan iaitu:
a)Pengetahuan Am
persediaan yang harus dibuat adalah rajin2 kan diri anda membaca surat khabar harian, tengok berita, tau dasar2 kerajaan (eg:nkra,gst n etc)
b) Matematik
boleh buat latihan ringkas matematik sek menengah.msa exam jwb dri belakang ke hadapan kerana kebiasaan soalan hadapan adalah soalan yang lagi susah.
cth soalan di bahagian belakang:
1min =60 saat
5 min=?
kebiasaan soalan di bahagian belakang adalah soalan yang tidak perlu membuat pengiraan yang panjang.
c) Pengertian & Kefahaman terhadap esei2
satu esei akn diberi dan soalan adalah berdasarkan esei .
d) Esei Bahasa Melayu
biasanya diberi 3 tajuk, kebiasaan tajuk berkaitan isu semasa, dan perlu pilih salah satu tajuk utk huraikan.Pilih la tajuk yang anda rasa banyak isi. Mulakan dengan pendahulan, isi2 dan seterusnya penutup.jangan melangkau2 supaya apa yg ingin disampaikan dapat difahami dgn jelas.
d) Esei Bahasa Inggeris
sama seperti esei bahasa melayu, pilih tajuk yang anda boleh huraikan.pastikan ejaan,grammar anda betul.bagi mereka yg lemah, banyakkan membuat latihan ini.
Tips:
1) Baca la buku Malaysia Kita, Soal Jawab Am Peperiksaan Kerajaan
2) Baca berita (surat khabar,online, tgk tv)
3) Google maklumat (dasar2 kerajaan yang terbaru, selalu keluar dalam tv, paper)
4) Kenal pasti tempat peperiksaan (Rancang perjalanan, supaya x kelam kabut)
dan akhir sekali, bertawakal & berdoa supaya dipermudahkan segalanya.
No comments:
Post a Comment