Pages

Aug 26, 2013

Berhati2 dan Berjaga2 dengan fraud (penipuan) internet

Bismillahirrahmanirrahim,

Hari nie nak cerita pasal penipuan internet..terutamanya melibatkan bisness online. Berdasarkan pengalaman sendiri.

Kisahnya bermuala macam nie, banyak barang2 yang dibeli masa study kat UK dulu, contoh: perfume, wallet, purse tak pernah pakai pun, condition pun masih elok lagi..daripada membazir tak pakai kan, aku bercadang nak jual barang2 tue..jadi aku pun decide nak jual kat mudah.com

copy from google



once dah iklan barang2, ada lebih kurang 4,5 email yang berminat nak beli..email dihantar dari contact form kat mudah. information tentang ip address pun ada. aku pun tergerak hati nak lookup ip address, boleh look up kat sini.http://www.iplocation.net/

bila aku buat look up, ip tue semua datang dari US. aku pun rasa macam ada yang x kena jer nie..aku reply email. and guess what.dalam email tue, dia kata dia datang dari salah satu country kat europe (scotland), and minta hantar barang tue ke salah satu negara afrika (nigeria).

before nie aku pernah hampir terkena gak (dalam tahun lepas), aku iklan barang dalam mudah gak masa tue.sama kes, hantar ke negara afrika gak.tapi kali nie pembayaran guna paypal. paypal nie secure payment.selalu guna kat ebay.aku dapat la email mengatakan pembayaran dah dibu

at ke paypal aku.bila aku check balance kat akaun paypal, kosong jer. dari situ, aku dah tau, orang tue nak menipu aku.

kadang2 serik jugak nak buat bisness online nie..banyak sangat penipu yang nak hidup senang dengan menipu..kita betul2 nak jual barang tapi ada jer yang cuba tipu..cabaran betul.

nak nasihat kepada pengguna internet, kalau dapat email yang biasanya cakap nak bagi duit pampasan atau apa2 duit, kena email details semua..biasanya lepas kita hantar information kita, dorang akan reply yang kita kena bayar kos untuk pos. itu semua penipu!!! salah satu bahaya lagi , dorang akan guna information bank kita untuk hack akaun kita dan boleh transfer semua duit kita..dan bukan senang jugak nak trace dorang nie, sebab biasa email tue dihantar dari luar malaysia..dalam paper pun ada rasanya keluar pasal taktik penipuan yang macam nie..dorang ada sekolah untuk menipu..jangan layan semua email macam tue.kena ingat, tak dek sapa akan bagi duit free kat kita . ramai jugak mangsa yang tertipu dengan email-email yang macam nie.

dan satu lagi,kalau ada email dari bank yang suruh update information pun jangan reply..itu bukan email dari bank. diorang nie biasanya buat email palsu yang guna nama bank. bank tak akan email kita untuk update apa2 information. semua tue berniat nak dapatkan information kita. kalau tak sure lagi, terus contact bank direct and tanya pasal hal nie.

berhati-hati la sekarang banyak betul taktik untuk menipu duit kita..dan janganlah kita pulak jadi mangsa.peringatan untuk kawan2 dan juga diri sendiri.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...