Pages

Aug 19, 2013

Tak pasal2 aku kena blacklist dengan MARA!!!!!bukan salah aku-Story 1

Asssalamualaikum..

Geram betul aku rasa ngan MARA nie..aku x pernah buat pun pinjaman pendahuluan tue..Aku dah hantar surat penafian sejak bulan 4 lagi..sekarang dah bulan 8 dah pun..MARA KL x dapat nak buat apa2 sebab pinjaman tue dibuat kat MARA negeri..yang aku geram tue, dah la kat MARA Penang. Aku nie asal pun alor setar, kedah..x pernah langsung menetap kat penang tue..logik ker aku gi buat loan kat penang.. and then nama2 penjamin adalah orang yang sama iaitu ayah aku. sedangkan bukan sepatunya penjamin2 adalah orang yang berlainan. pastu pegawai MARA tue cakap pinjaman dibuat untuk diploma kat kolej medikal pinang..aku x pernah ambik diploma pun, aku straight belajar dari matrik terus ke degree. degree aku pun dalam environmental science..geram betul lah..mula2 suruh aku hantar surat penafian..email kt MARA KL. pastu bila aku follow up balik..kena hantar kat MARA Penang pulak..tadi aku call MARA Penang, dia kata aku kena gi wat report SPRM . Polis pun boleh..aku nie macam bola dah aku rasa..kenapa x bagitau awal2 dulu aku kena gi wat report. dalam e-baki memang tak ada maklumat bila and kat mana kita ambil loan tue.semua kena tanya kat orang MARA.

inilah loan yang aku tak buat tue!!!!

alamat penjamin dan dua2 penjamin adalah orang yang sama.


dah la aku nak sambung belajar bulan depan..biasiswa pulak tue..risau pulak tiba2 aku sangkut..xkan lah aku nak bayar kan dulu..confirm2 lah, MARA xkan bagi balik duit aku..dan bukan aku yang buat loan tue..yang aku pelik, en azahar dari MARA penang tue kata surat beranak aku ,mak, ayah ada dlm simpanan..tapi fail aku x jumpa..boleh pulak gitu..kalau buat pinjaman, sure kena ada perjanjian semua kan..offer letter tempat kita nak belajar..pastu, bila aku tanya apa next action, dia kata sprm akan cari dia..pastu bila nama aku nak clear. dah la aku google2, ambik masa 3-6 bulan jugak untuk clearkan nama..

aku dapat tau pasal pinjaman pendahuluan nie pun masa aku register e-baki sebab aku nak tengok baki pinjaman pelajaran masa aku master. masa aku degree, pinjaman aku dengan ptptn sebab study kat upm..tup2 keluar lah pinjaman pendahuluan nie.aku pun pelik lah, ingatkan sebahagian dari pinjaman master aku, buka details penjamin. dua2 penjamin nama ayah aku dan alamat aku kat penang..

apala nasib aku nie..sapa la yang jahat aniaya aku sampai macam nie..walaupun amount pinjaman tue x banyak mana, RM 2000, aku x sanggup nak bayar sebab bukan aku yang buat pinjaman. if memang betul aku yang buat, off course aku akan bayar. sebab bayar hutang adalah "WAJIB".


sedihnya....mintak2 la biasiswa aku xdak masalah nanti.dah la kerugian masa dan wang sebab selalu terpaksa call pegawai yang bertugas kat MARA penang tue (Encik Irman). dah la selalu tak ada kat ofis.rasa macam nak pergi jer MARA Penang tue dan confront dengan mereka. tapi berbaloi kah dari shah alam nak pergi penang. kalau kat MARA KL, dah lama aku redah jugak ke sana.


No comments:

LinkWithin