Pages

Aug 3, 2013

Yeay!! baju raya dah dibeli

Salam semua,

At last baju raya untuk diriku dan En. suami dah dibeli. Mula2 dulu plan nak beli masa sebelum puasa lagi.tapi masa tue, takut pulak perutku nie membesar dengan cepatnya and berat naik. masa raya, aku dah pregnant for 5 month.. jadi risau la jugak kan..jadi kami buat keputusan, dekat2 raya lah baru beli..biasa nak dekat raya lebih banyak diskaun. tambah2 pulak malam raya..lagi lah sakan. tapi x sempat nak tunggu malam raya tue sebab dah balik kg dah pun :) 

teringat dulu masa zaman bujang2..hehe..masa tue sanggup gi redah jalan tar kat masjid india..malam raya pulak tue. punya ramai manusia, x payah kata la..nak jalan pun susah..masa tue memang berbaloi lah membeli.. sebelum tue, mesti singgah SOGO dulu. tempat tue heaven utk membeli belah. selalu ada sale.. dan makin lama baru sedar, x raya pun memang ada sale jugak..hahaha..bilanya sogo xdek sale kan. orang kat situ pun sama jugak..ramai sangat..memang meriah la dan sangat crowded.

tapi sekarang dah malas dah nak gi sogo, jalan tar. nak berhimpit2 dengan orang ramai lagi. dah la diriku berbadan dua kan..mesti doble triple letih nanti..kali nie shoping kat shah alam jer la..3 tempat utama yang memang dekat2. pkns, sacc mall dan  plaza alam sentral. Seperti biasa la, musim raya nie memang akan ada booth jualan hari raya..satu lagi tempat utk shopping raya kat seksyen 7, kawasan jakel tue.. pernah la jugak aku teman member pergi meredah butik2 kat situ.mostly famous online butik macam sugarscarf, radiusite ada kat situ.butik2 yang lain pun boleh tahan hebat design baju2 nya..
tahun nie banyak sangat fesyen lycra with lace. tapi aku x minat kain lycra nie. ada jugak satu tempat nama bazaar @ 7 yang kat dalam tue, ada banyak kedai2 kecil yang lain. situ pun banyak jugak choice.

sambung cerita pasal shoping baju raya aku..ini first tahun beraya bersama. tahun lepas aku berada jauh diperantauan..tema warna baju raya asalnya adalah purple. sebab purple tue favorite kaler aku.tapi macam boring pulak.selalu sangat purple. jadi kami pergi jer survey2 baju yang berkenan..first sekali pilih baju aku lah, en suami kata baju melayu dia senang jer nak cari..kat shah alam pun, orang tersangat lah ramai..kebetulan cuti nuzul al quran..alahai..nak buat macam mana kan..itu jer off day en suami..redah jugak lah..
my baju raya :)

puas meronda, last2 aku beli baju kat pkns. kain chiffon..warna royal blue..harga boleh tahan gak la.dari RM259 jadi RM200. maybe sebab ada manik2 and lace lagi..selesai lah utk part aku.and then turn en suami la pulak..ingatkan senang la nak cari baju melayu dia..last2 ini la part yang paling susah..baju aku kan kain chiffon..and baju melayu mana ada kain chiffon. sebab en suami nak warna exactly sama ngan baju aku..dia kata nanti nak bergambar x cantik la baju x sama kaler.ikut jer la kehendak en suami..baju melayu kebanyakan kain satin. kain cotton pun ada..

ada jumpa warna biru, tapi semua x berapa nak matching..ada yang cerah sangat..ada yang gelap sangat la pulak..ada yang hampir matching, tapi xdek saiz la pulak..stress jugak masa tue..penat jugak kot dari pkns, gi kat alam sentral , and then gi sacc..kat sacc ada euro moda, kat situ dapat free sampin..tapi xdek la pulak warna yang matching..

sampai la buka posa, x jumpa2 jugak..and then, after buka posa, kami start balik misi pencarian..last2 kami beli kat pkns..puas jugak la pujuk en suami. warna tue dah ok.hampir matching..en suami pun setuju jer lah..nak cari lain kali takut xdak masa la pulak.

tapi misi belum selesai lagi nie..tudung and kasut x beli lagi..weekend nie atau next week baru dpt cari..mission to go!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...