Pages

Sep 21, 2013

Kursus PHD Research Methodology di UITM Kota Bharu

Salam semua,

Sebenarnya dah lama nak cerita pasal kursus nie..kursus nie berlangsung selama 3 hari iaitu dari 2 Sep 2013 hingga 4 Sep 2013 di UITM Kota Bharu anjuran ILQAM, UITM.

Actually kursus nie untuk zon pantai timur tapi sebab coordinator PSPM kat IIESM nak try kejar meeting KPT yang dikatakan akan buat pada pertengahan bulan 9. kami seramai 4 orang nie dicampak ke zon pantai timur..

Penginapan semua ditanggung tapi kos perjalanan kena bayar sendiri.. Pemberitahuan pasal kursus nie pun agak lambat, hari rabu petang baru dapat email pasal kursus nie. 

Dari shah alam nak ke kota bharu ambil masa 6 jam kalau naik bas.aku apa lagi terus cepat2 booking tiket flight.kalau lagi lambat memang mahal. pastu naik flight ambil masa 45 minit jer..

aku dah la tengah menjadi mak buyung. letihnya nak dok dalam bas lama-lama. tambahan pula aku memang tak suka naik bas. dari kecik lagi aku memang x suka naik bas atau keta yang pasang air cond. semua akan menyebabkan aku rasa pening2 dan nak muntah. itulah dipanggil "travel sickness" atau "mabuk perjalanan". dulu aku selalu ambil ubat untuk travel sickness (macam kat bawah nie). ada jual kat watson. kena makan 30 minit sebelum perjalanan. pas makan, confirm terus ngantuk.


pinjam sat
Aku berjaya dapat harga promo yang tak adalah murah sangat. tapi boleh lah. biasa kalau betul2 murah, boleh dapat RM36 hengget. Ini aku dapat RM62 dan balik RM89. total RM151. penginapan disediakan di hotel Sutera Inn.


aku bertolak pada pagi 2hb tue..sebab flight malam sebelum tue agak mahal. tambang teksi dari aiport Sultan Ismail Petra ke Hotel Sutera Inn kena RM30. 

masa balik pulak sebab aku gerak gi airport pukul 6.30 pagi. jadi aku kena surcharge, RM45. yang buat aku pelik, bukankah surcharge tue dari kul 12 mlm hingga 6 pagi, boleh check kat laman web SPAD. aku call kaunter teksi kat airport (09-7747732). kaunter pun cakap 6.30 pagi masih lagi kena surcharge.hairan sungguh apasal time surcharge tue lain..

Kursus bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 7.00 malam. Ada break sekejap pukul 2 petang dan 4 petang.
kursus time
Overall, sepanjang kursus tue, makanan semua ok. selalu dapat air mineral and gula2. aku asyik makan gula2 sampai last2 lelangit rasa tak best...pengisian kursus pun ok. yang aku tak suka tempat kursus tue..bangunan tue 4 tingkat jadi tak ada lift lah kan..penat betul nak menapak ke tingkat 3. kalau nak makan, kena turun kat ground floor..

hari ke 2 kursus, barulah makanan petang dibawa naik. yang hari pertama, memang aku tak turun makan petang sebab x larat nak turun naik

Antara yang hadir kursus tue kebanyakn lecturer UITM, TPM dan PSPM adalah beberapa kerat jer..mostly lecturer yang datang belum nak daftar phd pun, just preparation jer. bila bercampur dengan yang kebanyakan adalah lecturer, rasa macam agak pelik pulak.sebab mereka pergi kursus tue untuk dapatkan overview mengenai phd sedangkan kami2 yang PSPM dan TPM nie dah nak enroll untuk phd dah pun.lepas tue mereka ada pengalaman supervise student dan ada pengalaman buat research. kebanyakan pula dah 5, 6 tahun jadi lecturer.

hari last kursus, dapat sijil. sijil tue diperlukan untuk dihantar ke KPT.

sijil kursus


p/s: balik dari kursus, terus aku demam, selsema dan batuk.yang sadisnya tak dapat nak makan ubat, just minum banyak air masak jer..






No comments:

LinkWithin