Pages

Sep 21, 2013

Proses Pendaftaran UITM untuk postgraduate-story 1

Salam semua,

Syukur dah selesai pendaftaran untuk UITM. pendaftaran berlangsung pada 19 September 2013(Khamis). .boleh rujuk SINI untuk checklist registration.

Aku sampai UITM dalam pukul 8 pagi. susah gila nak cari parking kat dalam UITM nie. parking depan menara FKA tue dah kena tutup. and then guard tue suruh aku parking kat padang kawad (jauh gila kot nak jalan ke FKA). dia suruh aku tengok kat depan kolej MAWAR kalau ada kosong. nasib aku baik ada kosong. 

selesai parking, aku ke IIESM sebab nak minta sokongan dekan FKA untuk tangguhkan yuran. Aku buat satu surat yang minta penangguhan pembayaran yuran sebab dalam fb bahagian kewangan uitm ada makluman yang boleh buat macam tue dan surat perlu dihantar ke bahagian kewangan.

surat penangguhan yuran UITM

Selesai minta tandatangan dekan. alhamdullilah, mudah saja dekan FKA bagi sokongan. kami hanya tunjuk surat tawaran PSPM. aku kemudian ke Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) untuk register. 

Kaunter pertama adalah kaunter registration, kat situ perlu masukkan student ID dan klik ok untuk update. selesai proses tue, aku dapat beg yang ada macam2 kat dalam tue (air, twiggies,mug).dalam beg tue ada gak checklist kaunter2 yang kita perlu pergi , peta kawasan dan lain2.

student kena pergi setiap kaunter dan dapatkan cop untuk checklist tue..kaunter kedua yang aku pergi adalah kaunter fakulti dimana aku perlu dapatkan pengesahan sijil2. perlu juga isi kad rekod pelajar yang macam kat sekolah menengah tue.ambil masa jugak nak isi sebab banyak maklumat yang diperlukan.maklumat ibu bapa, no ic semua.and then perlu bagi 1 salinan ic, skrol, transkrip, student pledge.

selepas tue aku pergi kaunter kesihatan. mereka cuma ambil yang perakuan kebenaran bius dan pembedahan tue jer. yang lain semua simpan sebab sihat.kalau ada sakit, baru mereka ambil yang lain. 

kemudian aku pergi ke kaunter kewangan .selagi tak selesai kat kaunter kewangan, x boleh proceed untuk buat student card. kat kaunter kewangan, kami diminta pergi ke kaunter penangguhan yuran.perlu isi borang kuning sebanyak 2 salinan (depan dan belakang). dapatkan tandangan dekan IPSIS (ada kat kaunter tue).

and then selesai yang tue, perlu pergi ke kaunter kewangan , bagi 1 salinan borang kuning tue, 1 lagi untuk simpanan kita.surat yang aku bawak x pakai pun.dapat penangguhan sehingga 30 september nie. ingat nanti next week nak try hantar surat tue ke bahagian kewangan. tapi ada jer staff kat kaunter tue cakap, penangguhan yuran hanya untuk sesuatu tempoh sahaja melainkan kita dah dapat surat dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). selagi tak dapat, terpaksa la dahulukan duit sendiri sebab x boleh tangguh lama2 pun.
borang penangguhan pembayaran yuran uitm

seterusnya aku pergi ke kaunter student card. perlu tunjuk offer letter, ic dan checklist. sekejap jer tangkap gambar semua. ingatkan boleh dapat terus kad pelajar, tapi rupa2 nya pukul 1.30 ptg baru boleh ambik kat kaunter fakulti.

next, last kaunter (kaunter IGS). hanya boleh pergi selepas complete semua kaunter yang lain. perlu bagi offer letter, student pledge, salinan ic, skrol and transcript. jadi dokumen yang perlu prepare lebih, kena la bawak.

proses semua selesai dalam pukul 12 tengahari. and then baru aku perasan yang dalam beg aku tue, x lengkap rupanya..aku dan kawan aku tak lengkap.lagi sorang kawan aku lengkap sebab dia daftar kat kaunter lain masa kat kaunter registration (ada banyak kaunter). penting kot dokumen2 tue sebab dalam tue guideline untuk postgraduate, panduan nak dapatkan stiker kereta. tambahan untuk student baru macam aku, first time aku belajar kat uitm nie kot. staff kat situ cakap biasa la ada yang termiss..ohhh..mana boleh macam tue kan, nasib baik aku pergi dengan kawan. aku boleh perasan dokumen tak cukup. cuba bayangkan kalau pergi sorang..sungguh cuaiiiii!!!!


missing documents

seterusnya kena ambik log book (untuk student phd sahaja) kat pintu masuk. 

and then aku pergi fakulti untuk booking tempat di bilik postgraduate. perlu ambil borang "workspace booking" dari bahagian pentadbiran fakulti. kalau macam kat fakulti civil, boleh ambil kat kaunter pentadbiran tingkat 7. and then perlu pilih tempat duduk dengan isi borang. 

after selesai booking, aku dapat panggilan dari pihak biasiswa kat JPBSM yang minta aku email salinan surat pengiktirafan JPA untuk master aku sebab aku buat kat oversea. padahal aku dah bagi salinan tue semalam kat kaunter JPBSM, tingkat 3. dekat dengan bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS). staff tue kata dia tak tau letak kat mana surat aku sebab terlalu banyak borang orang lain. 

penat jer aku datang semalam, kalau aku tau boleh email, awal2 aku email jer..dah la parking kat situ susah, yang dekat2 untuk staff jer, untuk student dan pelawat kat bahagian bawah.itupun asyik penuh jer. and then kalau parking kat situ, kena pulak daki bukit. dah la aku preggy sekarang. semalam nasib baik la husben aku temankan. jadi parking kat atas jer, husben aku tunggu dalam kereta. tak berani aku nak parking sebarangan dalam UITM nie , mau kena clamp nanti. 25 hengget jugak lah kena denda, tapi tak pasti pulak kot2 lain chargenyer sebab itu aku tengok kat papan tanda jer.

and then mula lah episod mengecewakan dalam proses aku nak dapatkan kad pelajar.kad matrik tue nak kena ambil kat infotech, tingkat 6 menara sultan abdul aziz shah (SAAS). dari pukul 2 sehingga pukul 5 barulah selesai..next entry...

p/s: penat , letih and stress betul hari nie .bermulalah perjalanan hidupku yang baru .bismillah.

No comments:

LinkWithin