Pages

Sep 22, 2013

Cucuk insulin ketika mengandung

Salam,

Hari nie pergi buat review BSP. aku dah agak dah mesti aku akan kena cucuk insulin. kalau ikutkan bacaan aku tak dek la tinggi sangat pun..bacaan aku 5.7. tapi doctor nak bacaan bawah 5.2 (ikut standard hospital klang) ketika ambil darah pukul 8 pg tue. bacaan aku selalu mesti lebih dari tue..pling tggi 6.1.cuba tengok yang bulat2 kat bawah tue..itu semua maksudnya tinggi.

yang bulat2 tue, kira bacaan tinggi


tapi aku sendiri pun pelik..hari tue,kalau ikutkan doktor tue dah nak suruh aku cucuk insulin masa kandungan 17 minggu lagi.pastu dia tanya aku nak bersalin kt mana, aku cakap kat hospital sg buloh kot .kat sg buloh , bacaan gula limit sehingga 5.6. jadi aku pun x kena cucuk..doktor tue ada cakap kalau bersalin kt hospital klang, bacaan kena lagi rendah dari 5.2. maknanya lagi strict la. aku rasa limit nie depend on hospital kot berdasarkan kes2 yang pernah dialami. sebab dorang nak make sure before bersalin, gula limit rendah..
alat untuk cucuk insulin

And then, aku kena gi buat appointment kt hospital sg buloh.yang nie ikut tempat kita nak bersalin..kalau nak bersalin hospital klang, klinik yang akan buatkan appointement untuk kita.

sebulan sekali kena gi hospital untuk check up dengan specialist. tapi dengan klinik kesihatan (KK) pun kena gi check up gak setiap minggu untuk BSP review. 

takut pulak nak kena cucuk insulin nie..takut effect baby .aku dah tanya kat doctor, tapi dia kata x effect baby pun..insulin nie untuk kontrol kandungan gula.takut gula terlebih akan masuk ke baby, baby jadi besar sangat, nanti susah nak bersalin.cucuk insulin nie kena buat sampai la bersalin.

nasib baik alat untuk cucuk dan insulin nie dapat free daripada KK tapi jarum terpaksa la beli sendiri. dos yang aku kena cucuk ialah 6 unit dan hanya sekali sehari iaitu waktu malam , sejam sebelum tidur. ada yang cucuk 2 kali sehari. yang nie kena ikut doktor. Insulin nie pun ada banyak jenis.aku dapat yang macam kat bawah.

tempat nak cucuk pula, lengan kanan dan kiri, paha kanan dan kiri dan perut.tempat2 yang ada lemak. cucuk pula tukar2 tempat, takut nanti jadi lenguh sebab tempat yang sama jer..setakat nie aku tak pernah cucuk lagi kat perut, selalu kat paha jer..sebab situ tak rasa lenguh berbanding kat lengan.
lepas cucuk, doktor suruh minum susu. tak nak bagi tiba2 bacaan pagi jadi tinggi sebab badan bertindak balas kalau gula rendah sangat sebagai perlindungan kepada sistem badan.
jarum untuk cucuk 
insulin
After cucuk insulin nie, doktor ada pesan , kalau malam tue tiba2 terbangun dari tidur, rasa pening, menggigil, dia suruh minum benda yang manis (dalam setengah cawan air oren manis). takut masa tue jadi hypoglycemia. keadaan nie jadi bila kandungan gula dalam badan sangat rendah iaitu bawah 4.0.

yang insulin nie boleh pakai sebulan jer, jadi kena la tulis tarikh bila start pakai insulin..kalau ada stock, kena simpan dalam peti ais, bahagian bawah peti ais , tempat letak sayur tue.

dan kalau nak bawa insulin ketika naik flight dalam negara. tak perlu surat pun.cuma kena letak insulin tue dalam ice box. jarum pulak tak boleh bawak, yang tue perlukan surat khas..jadi nak pergi mana2, beli jer jarum tue kemudian. aku pernah bawak insulin nie ketika fly dari kota bharu ke KLIA, masa tue letak dalam freezer bag jer.. nasib lepas jer..

kalau flight ke luar negara, maybe lain sikit sebab depend pada imigresen kat sana..jadi kena pastikan dokumen yang perlu ada, kena la bawak.takut masalah pulak nanti kan..

Jarum aku beli dengan harga RM75 untuk 100 pcs kat Multicare Pharmacy Seksyen 18, Shah Alam.sila mintak diskaun, cuba tengok harga kat kotak (RM92 hengget)..pengsan!!! ada jugak jual loose (10pcs) RM8. farmasi tue nasihat pakai sekali jer untuk hygiene..ada gak aku tengok blogger yang beli dengan harga yang lebih murah (RM59) kat farmasi hospital putrajaya.

jarum

dalam kotak-100pcs




LinkWithin