Pages

Sep 23, 2013

Kerja sebagai sales executive di Easy RHB

Salam semua,

Sini aku nak cerita sikit mengenai kerja di Easy RHB.

Gaji starting untuk sales executive easy RHB dengan degree, RM1800 dan RM300 untuk elaun telefon (yang nie kena claim kemudian). waktu kerja pula, tengok location kerja. kalau kat shopping mall (biasanya pukul 10 pagi sehingga 10 malam), kalau kat shop lots (biasanya pukul 9 pagi hingga 8 malam).

easy kat shopping mall
easy kat shop lots

sebelum nak start kerja, kena pergi training dalam 4 hari. macam aku hari tue, dia suruh gi kat rhb training center kat Bangi. dari isnin sampai khamis. mileage boleh claim, tapi starting from location easy tue (bukan dari rumah) ke tempat training. selain kat bangi, ada jugak training but kat hotel kat KL. lepas training, kena ambil exam untuk dapatkan sijil jual insurans (kalau tak lepas, x boleh kerja). 

Kerja sebagai sales executive kena capai target untuk setiap bulan mengikut produk2 yang ada (loan asb, personal loan, insurans dan kad debit). setiap bulan , pekerja akan diberi gred berdasarkan target yang dicapai (A,B,C,D). untuk dapat A perlu capai target untuk kesemua produk. lepas tue, performance akan dimonitor, kalau asyik dapat D, jawapannya kena terminate la.. selepas setahun, baru akan diserap jadi pekerja tetap. sebelum tue, anytime boleh kena terminate kalau tak capai target. 

Mostly semua nie banyak bergantung kepada manager branch tue. macam manager kat putra height dulu, dia suruh capai target dulu, and if dah capai, kalau nak cuti pun cuti la. janji dah capai target. dia bagi contoh macam dalam sebulan ada 30 hari, 26 hari untuk capai target, 4 hari untuk prepare for the next month. maknanya kena ada plan untuk next month. 

boleh duduk kat ofis atau pergi jumpa client, itu semua tengok keadaan dan tengok manager. ada hari yang kita kena edar flyers. ada hari kena duduk ofis. nak capai target tue semua tengok kesungguhan dan kerajinan kita. memang kena rajin edar flyers, rajin jumpa client. tak boleh nak harapkan walk in customer jer..

setakat nie perkongsian berdasarkan penceritaan manager esay masa aku interview dan kawan2 aku yang kerja sebagai sales executive. tapi aku dah reject offer nie sebab lambat sangat prosesnyer..boleh rujuk kat sini kenapa aku reject offer RHB.

http://flowersoflifez.blogspot.com/2013/05/rezeki-mencurah2.html

p/s: semuanya bergantung pada diri sendiri untuk mulakan kerja. tak salah nak cari pengalaman tapi jangan sampai menyusahkan diri..

8 comments:

Anonymous said...

sis nak tanya sikit any idea x gaji utk assistant sales manager easy rhb brp sbb ade interview utk jawatan tersebut..tq

Miss Lavender said...

anon: rm2200,x masuk elaun and komisen lagi.kalau tambah tolak mungkin 3k lebih.ada gak yg dpt 5,6k depend pada sale.

Anonymous said...

U da join ke assostant mnager tu...ok x...i da interv da dpt pon kje tu...tp dlm delima nk pg ke x...ok ke....

Miss Lavender said...

anon. x sempat join atas masalah2 lambat sangat nak clearkan loan asb tue..

if nak gain experience, why not cuba jer if belum ada kerja lagi..bidang sales nie is not easy as it seen. really have to put a lot of an effort. usaha mau lebih..connection ngan orang pun kena ok.

my personal experience ada kawan keje sales. baru plan nak buat insurans ngan dia. tapi lately susah nak angkat call, 2 weeks hilang begitu saja.and tue dah buat orang hilang kepercayaan.reputasi kena jaga ok if dah join bidang sales..

my 2 cents.

Mohamad Fariq said...

Exam tu susah x? Malay ke english ek ?

Anonymous said...

saya pun ade dpt tawaran tuh jawatan sale kt RHB EASY BANK,tp sy dalam delima,,tak berape suka kerja bahagian sale.. minta pandangan saudari

Mrs Lavender said...

X tahu susah ker tak.tapi ada notes dibagi masa training tue.exam untuk dapatkan lesen insurans.rasanya dalam english

Mrs Lavender said...

Oops. Sorry baru perasan ada pertanyaan..bagi saya la kan..kalau belum ada kerja,boleh jer nak try.tambah2 kalau masih bujang.senang nak lompat2 kerja.bahagian sale atau bahagian apa pun mesti ada cabaran yg tersendiri.yg penting sekali buat yang terbaik,ikhlas dan amanah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...